
1.7 juta penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya bergembira menyambut Hari dimana mereka tidak diberi pilihan untuk memilih perwakilan mereka untuk mentadbir kawasan mereka.
Saya pernah ke bandar-bandar besar.Singapura,Jakarta,London dan Brussels - dan satu perkara yang saya tahu ialah (kecuali Singapura sebuah negara kota - ditadbir oleh Perdana Menteri) semua bandar besar ini - Datuk Bandarnya dipilih oleh rakyat jelata.Dan saya amat terkejut kenapa Kuala Lumpur - yang mempunyai penduduk seramai 1.7 juta orang - dinafikan haknya untuk melantik ketua kawasan mereka.
Jika di peringkat negeri - kita mempunyai kuasa untuk melantik ADUN yang akhirnya menjadi dikalangan ADUN untuk menjadi Menteri Besar.Tetapi di Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang lain - ia dipilih secara hand-picked oleh Perdana Menteri untuk memberi nasihat kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik beliau.
Menurut kata Johan,dah namanya Wilayah Persekutuan - kenalah Persekutuan berkuasa.But bagi aku even kalau ianya Wilayah Persekutuan - hendaklah ada satu pilihanraya khas untuk melantik Datuk Bandar atau Menteri Wilayah Persekutuan ni.After all,dasar-dasar mereka ini memberi impak kepada penduduk Wilayah Persekutuan.
Di negara-negara lain - ibu negara diberi istilah "Wilayah Autonomi".Di Argentina - Buenos Aires walaupun adalah sebuah Wilayah Persekutuan - tetapi rakyat masih memilih Datuk Bandar.Di London - ditadbir oleh Greater London Authority - dan pengasingan kuasa dari kuasa eksekutif.Bermakna London dipilih secara direct - dan pentadbiran London diuruskan sendiri oleh London tanpa campur tangan kerajaan pusat.Begitu juga dengan di Jakarta - ditadbir oleh Datuk Bandar melalui pilihanraya.Kecualilah Beijing,Pyongyang,Yangon atau Harare - yang tu memang handpicked dari pihak atasan.
So macam mana?Dalam impian nak menjadikan Kuala Lumpur ni sebuah metropolitan yang unggul - kau kena bagi ruang untuk rakyat untuk membuat dasar mereka atau at least kalau takde referendum pun,untuk memilih Datuk Bandar mereka sendiri.Aku yang pernah menghuni di Bangsar - pun bengang dengan sistem perparitan yang selalu tersumbat,perkhidmatan bas yang lembab sampai gua Tweet baru nak respond,lepas tu suka halau penduduk kampung dalam kawasan Wilayah untuk pembangunan baru,kamon,apa orang-orang Wilayah ni takde hak ke nak suarakan pendapat dorang?
Satu soalan:Siapa mamat Raja Nong Chik ni?Well,honestly kalau lu orang tanya penduduk Kuala Lumpur(aku consider penduduk Kuala Lumpur sebab aku bekerja di sini) well jawapan aku ialah "who the hell he is".Siapa malaon ni?Orang Kuala Lumpur tak kenal dia kecuali kawasan UMNO Cawangan.De fak?Kamon la - Kuala Lumpur ni memang ada cop mohor rasmi UMNO ke?Woit - 10 dari 11 Parlimen Kuala Lumpur semua undi Pakatan - takkan tak sedar-sedar lagi?
Satu soalan terbuka untuk warga Kuala Lumpur tanpa membuka Wikipedia - siapa Datuk Bandar Kuala Lumpur?I bet dari 10 orang aku tanya,10 orang tak tau.Kecuali kalau dia bekerja kat DBKL.De fak?Di London semua orang tau siapa Datuk Bandar dorang which is Boris Johnson.Dan mereka tahu sebelum tu ialah Ken Livingstone.Kalau kau tanya orang Selangor orang Selangor tahu siapa itu Khalid Ibrahim.So does kalau tanya orang Sarawak jawapannya Colonel Sanders.(sebab muka dia macam Colonel Sanders).Tapi orang Kuala Lumpur tak tau siapa Datuk Bandar dorang sendiri sebab dia bukan dipilih dikalangan rakyat.
For once - orang Kuala Lumpur adalah orang paling menderita bayar cukai yang tertinggi di Malaysia.Jumlah pendapatan cukai DBKL jauh lebih tinggi dari negeri Kedah.Atau Perlis.Kalau orang Perlis atau Kedah mempunyai hak untuk memilih siapa kepala mereka - kenapa Kuala Lumpur tak boleh?
Kalau tak - buat sakit hati aku je sebagai seorang yang bekerja di Kuala Lumpur,melihat orang Kuala Lumpur tak kenal siapa kepala mereka,dan dasar-dasar bandar semua tak ditentukan oleh orang Wilayah.Tau kena bayar cukai tanah.Tau kena bayar cukai lesen niaga.Tapi tak tau apa dasar mereka.
Jadi - mulai hari ini - kalau korang nak panggil 1 Februari ni sebagai Hari Wilayah Persekutuan - aku memanggil hari ini sebagai Hari Percukaian Tanpa Perwakilan - selagi Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur tak diberi hak untuk memilih wakil mereka sendiri.
Jadi bayangkanlah kau beli rumah - kau bayar bank tiap-tiap bulan untuk rumah - tapi bank kau tak kasi kau pilih cat rumah apa,TV apa,perabut apa - semua bank decidekan,kau rasa patut tak?
Ada 13 Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan - kalau terbacalah artikel ni - sila respond.
Cheras - Tan Kok Wai(DAP)
Bukit Bintang - Fong Kui Lun(DAP)
Batu - Tian Chua(PKR)
Wangsa Maju - Wee Choo Keong(BEBAS)
Titiwangsa - Lo Lo Ghazali(PAS)
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar(PKR)
Kepong - Tan Seng Giaw(DAP)
Seputeh - Teresa Kok(DAP)
Setiawangsa - Zulhasnan Rafique(BN)
Bandar Tun Razak - Khalid Ibrahim(PKR)
Segambut - Lim Lip Eng(DAP)
Putrajaya - Adnan Mansur(BN)
Labuan - Yusuf Mahal(BN)


6 gelas teh tarik:
Macam biasa... ayat dan hujah ko Nami memang aku respek lah. Ramai orang tak tahu siapa Menteri Wilayah Persekutuan dan Siapa Datuk Bandar Kuala Lumpur. Tapi ramai yang tidak tahu macamana diaorang dilantik (tapi aku prefer ramai tak perasaan) dan malas berfikir. Aku suka ayat ko ne...1 Februari sebagai "Hari Percukaian Tanpa Perwakilan".
Kita semua tahu mengapa Kuala Lumpur tak diadakan pilihanraya Datuk Bandar kan? Soalnya kita sanggup atau tidak memecah tradisi itu.
1 lagi karya hebat.
Correction, ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo dah meninggal.
*applause* thanks sebab utarakan something yang aku tak pernah perasan selama ni
Mr Sylarius - kalau kau rajin - ini entry lama - aku preset - setiap 1 Februari aku rewind balik.
Catat Ulasan