
Petang ini, ketika masih berkira-kira tentang wang dan tentang berapa perbelanjaan yang harus aku belanjakan bulan ini - sambil itu cuba untuk jadi penulis pojok dan penulis surah songsang - aku berfikir bagaimana agaknya hidup seorang menteri, seorang raja, atau seorang YB yang tak perlu berkerut dahi memikirkan soal wang, dan risau apakah hari esok masih ada untuk meneruskan kehidupan.
Ketika ini aku membaca laporan tentang jumlah pungutan wang kempen Mitt Romney calon Republikan kini mencecah $40 juta, dan Newt Gingrich mengekori dengan $22 juta, dan Barack Obama masih belum bertanding lagi sudah mencecah $100 juta. Ketika ini juga aku mendengar Zizan Razak membayar Karpal Singh RM75,000 untuk lawan dengan anak-anak muda dalam pertandingan bertekak dalam mahkamah. Ketika ini juga aku mendengar surah tentang menteri berniaga lembu dan dapat rumah di One Menerung - kawasan perumahan paling elit di Kuala Lumpur.
Dan bagi orang macam aku - yang bekerja dapat cek, masih lagi memikirkan apakah aku akan dapat wang pada hari sepatutnya aku bayar sewa rumah - RM150 - sebab cek hanya akan masuk cash tiga hari bekerja - dan oleh sebab Malaysia ini banyak cuti perayaan - dan berderet-deret, 3 hari menjadi sampai 8 hari. Kadang-kadang aku terfikir kenapa bank - yang memegang instrumen paling penting - wang - boleh cuti pada hari cuti, sedangkan manusia yang bekerja di kedai lampu dan chandelier tak boleh cuti pada hari cuti. Seven Eleven juga tidak cuti. Bahkan aku dengar sesetengah kilang pun tak cuti. Aku rasa manusia tak beli lampu hari-hari, tapi hari-hari manusia guna wang.
Pada ketika ini aku tersenyum merindukan kekasih aku - Erica Micheal. Semalam dia terlibat dalam kemalangan, aku bersedih. Sepanjang hari aku tak dapat tidur, aku sungguh risau. Aku bertambah risau bila ibunya patah kaki. Aku risau bukan sebab apa - aku risau sebab dalam dunia kapitalisme ini - jatuh sakit adalah berdosa besar. Bila kau jatuh sakit kau kena uruskan macam-macam, kadang-kadang aku rasa ridiculous bila majikan suruh kau telefon, berhubung walaupun kau separuh nyawa sedang sakit. Entahlah, apalah sangat nyawa orang berbanding dengan wang ringgit, bukan? Harap-harap ibunya dapat claim PERKESO.
Ahad lepas semasa makan di kedai mamak, aku tertonton Nona. Nona ni seingat aku rancangan wanita yang dah ada semenjak aku tahu TV itu wujud. Selain Melodi, Nona adalah salah satu dari dua rancangan bangang TV3 yang tak pernah dibuang oleh TV3. Jangan marah sangatlah, pujuk diri aku. Biasalah, rancangan bangang kat mana-mana pun ada. Amerika pun sama banyaknya rancangan bangang. Di Amerika ada Dr. Phil, di Malaysia ada ustaz-ustazah yang membebel macam bagus.
Aku menonton kisah perkahwinan anak Datuk sipolan dan anak Tan Sri sipolan. Bagi aku Nona langsung tak berniat ikhlas nak membantu anak muda nak berkahwin. Nona adalah satu rancangan TV yang membentuk masyarakat Melayu pasca DEB yang telah dibentuk secara pesat sejak awal 1990an. Masyarakat yang konservatif, yang selalu mengejarkan faux riche dan masyarakat yang kitsch. Bila Nona menyiarkan rancangan seperti ini - maka berkoyan-koyanlah manusia Melayu ini nak berkahwin macam Datuk itu, macam artis ini. Tak dapat yang mahal - yang plastik pun jadi. Jadi, aku tengok bersepah-sepahlah perkahwinan yang aku rasa macam tidak ada istimewanya hari pada hari tu sebab hari kahwin kau sama macam hari member kau kahwin. Tu belum cerita pasal kad kahwin. Kad kahwin wangi, kad kahwin dengan ayat Quran. Aku kalau kahwin nanti aku nak kad kahwin aku berunsur sekular - takde ayat-ayat atau hadis-hadis. Make it simple. I don't feel guilty about it.
Aku dengar kawan aku loan ah long - bila nak berkahwin dulu - berderau jantung aku. Sampai begitu sekali. Ini kerana dasar budaya kita yang mementingkan wang hantaran dan macam-macam lagi. Aku bertanya kepada kawan aku ni - apakah bini kau yang mintak macam-macam sampai jadi macam ni - dia jawab, isteri dia pun tak minta - tapi keluarga sebelah isterinya. Bapaknya nak kahwin di 'dewan aircond' dan katering yang sedap-sedap. Ibunya nak hantaran satu set persalinan serba berdiri serba duduk (tak faham pergi tanya orang Johor). Isterinya cuma mahu kasih dan sayang serta apa yang dia mampu seadanya. Tapi bila orang tua - yang gila tonton Nona ni mula masuk campur, akhirnya si isteri akur dengan kehendak orang tua - jika tidak akan dijodohkan dengan lelaki lain. Demi nak berkahwin dengan lelaki yang dicinta - si isteri pun terpaksa minta suaminya untuk menuruti kehendak ibu bapa. Si suami, demi isteri tercinta - terpaksa pinjam loan ah long. Yang puakanya siapa? Bukan ah long, sebab itu dah memang business dia. Bukan ibu bapanya, sebab bodoh. Yang puaka adalah Nona dan penerbit rancangannya. Ini paling puaka. Kalau aku tersalamlah penerbit rancangan Nona ni, yang pedajal hidup member aku ni - aku pasti kena cari tanah untuk bilas 7 kali air dan satu air tanah.
Aku menyeru kepada anak muda untuk mula mendesak para ibu bapa kita bahawa kita semua ini orang biasa - tak mungkin mangkat dijulang. Kalau Nona benar-benar ikhlas nak menolong anak muda untuk berkahwin - tolong tunjukkan perkahwinan pekerja kilang atau petani. Tolong jangan jual kehidupan orang kaya untuk membodohkan orang miskin yang dah sedia bodoh ni.
Ah - apa aku nak susah. Orang miskin yang nak ini semua. Ilusi untuk nampak kau seorang kaya. Bahkan title "raja sehari" pun untuk kau rasa diri kau adalah raja untuk sehari. Apa bendanya yang raja sehari - kalau kau terpaksa turut dengan perintah orang sekeliling kau? Pada hari perkahwinan kau - kau adalah boneka yang duduk bersanding di depan orang ramai. Cukup bulan pening kepala nak bayar hutang.
Aku teringat apa pesan arwah Elly dulu, dia kalau boleh nak kahwin dengan kakak, abang, ayah dan maknya dengan aku dan keluarga serta keluarga terdekat je. Mungkin dua-tiga orang sahabat paling akrab. Tak mungkin sepelaung satu kaum akan datang. Yang paling penting ialah bersederhana dan cinta.
Pada akhirnya - Tuhan pada djaman moden ada dua - kertas yang bernama wang - dan imej visual yang dipaparkan di TV, internet, atau billboard. Inilah Tuhan kamu. Suka atau tidak - kamu terimalah. Kalau tak, kenapa kamu cukup senang dengan seorang ustaz yang dah jadi Menteri - yang walaupun nampak sangat menipu tapi sebab dia pakai kopiah, kamu terima je argument dia? Sebab imej visual sudah mengaburi anda.
Aku orang biasa - tak mungkin mangkat dijulang. Sebab tu aku prefer untuk tak letak gambar aku di mana-mana juga account laman sosial aku. Sebab imej - mungkin mempengaruhi pendapat anda. Kalau tak, masakan ramai yang bangang boleh tweet "Justin Is My Hero" tempoh hari?
p/s:It's not about Vorsprung Durch Technik you know, and it's not about joggers that goes around and round and round and round and round.... - Blur, Parklife.
18 gelas teh tarik:
Ah, bab kahwin. Bab yang dimana di usia saya sekarang ini, semua nak tanya, "Bila kau nak kahwin?" Tahukah anda, saya tak kerja lagi? Mana kau nak cekau duit nak kawen?
Bila kawan aku cakap hantaran kahwin untuk orang-orang yg kunun berpangkat macam aku (pangkat pekebende, keje pun belum) ni mencecah rm30 000, aku terduduk. Apa ke babi sampai RM30 000? RM 10 000 aku bolehla terima lagi. Sebab aku study dulu pun, dapat simpan duit RM7000 lebih sikit dengan cara ikat perut selama setahun setengah. Tak kan dah keje tak mampu kot kan?
Adalah tidak best memulakan perkahwinan dengan hutang. Hutang kahwin, hutang rumah, hutang kereta confirm adalah, pastu nak simpan untuk anak belajar, nak itu nak ini... tak ke beban?
Ni nanti aku nak kawen ni, semoga mak tak minta hantaran tinggi2. Ok, tak mungkin kot. Mak aku tak layan sangat NONA. Hahaha!
Dah, aku dah melalut. Sorry Nami, blog kau jadi tempat luahan hati aku haha.
Rancangan Nona juga menyebabkan ramai pompuan2 muda mencari datuk2...
Kah..kah..kah..kah...
Kalau aku tersalamlah penerbit rancangan Nona ni, yang pedajal hidup member aku ni - aku pasti kena cari tanah untuk bilas 7 kali air dan satu air tanah.
Cara paling halus untuk cakap babi. hik hik!
Perkahwinan dah tak sacred semenjak isu hantaran kahwin yang lebih dipentingkan, sedangkan mas kahwin, akad nikah dan penyatuan dua insan itu menjadi isu pokok. Entah ah. Malas nak cakap sedangkan diri sendiri pun belum berkahwin, tapi turut terkena tempias benda ni.
Apakah akan wujud Skim Kahwin 1Malaysia.. kah kah kah
Aku stuju dgn pendepat hang.
Sorry about Erica. I believe sume akan OK mcm biasa nanti.
Berkaitan NONA, pada aku NONA nie macam citer Hindustan utk rakyat biasa. Mampu tgk dan berangan. Aku penah kenal sorg kawan yg isteri dia nak gak majlis perkahwinan ala² dlm NONA. Koyak woo... Nasib baik ada bank rakyat. Buat personal loan. Tp, wadehel? Itu berhutang dlm berkahwin.. I don't really get it. Seriusly, aku pun cukup tak suka dgn NONA. Dia menggalakkan rakyat biasa berbelanja lebih-lebihan. Sedangkan itu semua pembaziaran dan berunsur riak.
Hantaran yg mahal pun mendorong kaum lelaki pohon persoanl bank rakyat. Come on... Ada kes yg macam dah jual anak. Ini juga dah salah. Tak ble membebankan si lelaki. Dgn masalah dan tekan hidupan harian ditambah dgn pressur susah nak kawin, no wonder wujud istilah, "nikah belum, tp kawin dah...". Kepada parents dan anak gadis disana, biarlah harga yg berpatutan.
Ya... God is in the TV... Bak kata Marilyn Manson dlm lagu Rock is Dead. People now days worship what is the TV. It has to change.
Anyway, we are just common people..
Aku betul-betul setuju dengan artikel kali ini. Yang lorat lebih-lebih masa pasangan nak kawin bukannya pengantin itu sendiri, tapi mak bapak dan keluarga. Kalau bising-bising lepas tu hulur sorang RM500 takpe la jugak. Dah tu pengantin macam takde kuasa nak dalam menentukan macam mana majlis perkahwinan akan berjalan. Campur pulak budaya "takkan nak kalah dengan Mak Jah sebelah", lagi haru dibuatnya.
Bayangkan duit yang kopak untuk:
i. Majlis bertunang
ii. Majlis akad nikah
iii. Majlis belah pompuan
iv. Majlis belah lelaki
v. Hantaran
vi. Rombongan etc.
Apa salahnya nikah pastu buat reception mengikut bajet masing2. Kalau mak bapak nak majlis grand2, sponsor la. Ni baru nak kahwin dan berhutang keliling pinggang.
i. Hutang PTPTN
ii. Hutang kereta
iii. Hutang rumah
iv. Hutang nak kahwin
Tak ke gila namanya tu.
aku dah lama xtengok nona sebab mcm mengAGUNGkan perkahwinan org org kaya je. puihhh
i say "enculez vous, marriage de malais!" aku anti-pelamin http://sibuknakblog.blogspot.com/2012/01/pelamin.html
salahkan jugak majalah2 kewanitaan, fesyen2, dan yang sewaktu dengannya. nak kawin dah jadi perkara yang membebankan dan menakutkan
nona, rancangan yg bodoh bagi pendapat aku, berkali tukar pengacara tapi xpenah tukar pengisian rancangan sendiri, salahkan pengacara kalau rating jatuh.wtf
nami-san,
tgk ni.
http://9gag.com/gag/2329547
kewl
well,
nowadays kawen dah xsesacred dlu
ble aku cakap dgn mak aku,kenduri nak makan meehun dgn telor die marah,sbb die ckp habes org kg mengate,
wadehel?
bkn diorg nak kawen pn,,
janji lepas syarat dahle
ni yg buat aku nk kawen dlu baru nikah
ha ha ha
btw,well said nami
Setuju sgt dgn artikel ni.
Gua dlm perancangan nk kawen June nih.
Gua x tunang pon. Gua nk kawen sbb gua da xtau nk buat apa sbg couple. Duit bukan ada, tp cukup la nk buat kenduri menjamu saudara mara dan rakan taulan yg rapat. Gua harap semua yg gua plan berjalan lancar.
Nasib baik aku dapat mak mentua yang tahu bezakan fantasi dan realiti.
Beliau layan jugak Nona sekali-sekala. Dan kalau lepak dengan rakan sebaya, perkara-perkara berkait dengan Nona dan yang sewaktu dengannya jadi topik perbualan.
Anaknya yang aku kahwini sekarang sedang mengejar Master in Pharmacogenomics. Walhal aku hanya lepasan diploma. Kami kahwin pada 2007 dengan wang hantaran sebanyak RM7000. Bila ditanya orang kenapa hantaran rendah ini jawapan orang tua itu: anak bukan untuk dijual.
entry ni mengingatkan aku kat lagu anti-flag, this is the end for you my friend.. liriknya "Seems every station on the TV is selling something no one can be. If every page was torn from the magazine would cash still drive the media machine? The products, damage and pursuit are endless, identity can leave you selfless"
Cerita bab kahwin yang macam-macam jenis yang NONA siarkan paling aku muak dan sejak sedekad lampau aku dengar ayat "rancangan nona" pun telinga aku dah muntah...
eh, kebetulan saya buat entri bertajuk sama dalam terfaktab semalam. haha!
macam saya kata dalam entri tu jugak, hantaran dulang2 dan wang hantaran tu tidak wajib. yang wajib ialah maskahwin dan sebolehnya memaklumkan kepada orang (aka, kenduri kecil gitu)--which would be, i say, less than 5k.
I have a plan in my mind--to be the first ever to rebel against the malay marriage postmodern culture stuff. No photogs, no pelamin, no fancy songket, no dowry and n no extended guest lists of twice-removed cousins i don't even know.
tengoklah, tengoklah. kehkeh
p.s. hey you, yes you. if you read this, marry me. ok dah mula melalut. bye.
Catat Ulasan