
Black Album - Track no.3 - Holier Than Thou. Barangsiapa tidak pernah mendengar album ini, maka dia akan layaknya dihukum dihantar ke azab seksa Justin Bieber. - Surah Al-Metal, ayat 66.
Aku rasa umat Melayu pasca DEB sekarang ada habit baru - menyembah ulamak dan ustaz.
Now, kewafatan Nabi Muhammad kira-kira 1,400 tahun yang lalu seterusnya mengembangkan Islam ke serata dunia. Telah dikatakan bahawasanya tidak ada Nabi lagi selepas Nabi Muhammad. Tetapi manusia yang ingin jadi Nabi palsu memang banyak. Awal-awal lagi mengikut sejarah ada beribu-ribu manusia mengangkat diri mereka jadi Nabi.
Tetapi ia tak berakhir disitu. Ada jenis manusia tidak mengangkat diri mereka jadi Nabi - tapi menggelarkan diri mereka sebagai ulamak.
Seperti Pope dan Cardinale - tidak akan ada sesiapa yang berani mengaku diri mereka sebagai Saint Peter atau nak letak nama Pope sebagai Peter the Second. Let alone nak mengaku diri sebagai Jesus. Ini kerja gila namanya. Tapi di antara mereka akan membawa doktrin masing-masing, dan mereka mahu doktrin mereka diikut kerana mereka dianggap sebagai ketua ugama.
Tapi setahu aku, tidak ada santo dalam ajaran ugama Islam. Dan somehow - pemerhatian aku melihat ulamak - juga mahu jadi santo. Memanglah mereka tak mengaku diri sebagai Nabi atau Khalifah Ar-Rasyidin, tapi mereka mahu doktrin mereka diterima atas alasan mereka ni adalah pewaris Nabi. Sama seperti Pope yang mengangkat diri mereka sebagai pewaris Saint Peter si nelayan orang kanan Anak Tuhan Jesus.
Now, aku rasa dah banyak statement ulamak yang diterima bulat-bulat dan sabdanya harus diterima tanpa bantahan. Seolah-olah seperti John Negroponte meletakkan veto bila Majlis Keselamatan PBB ingin bercakap mengutuk Israel. Membantah kata ulamak dianggap seperti dosa besar. Walaupun dia bercakap langsung tak pakai otak - alasan, DIA ULAMAK.
Now, aku ada satu soalan; Ulamak ni apa? Apakah untuk jadi ulamak ni sama prosesnya macam kau nak jadi Nabi? Apakah kerja ulamak ni? Apa motif dia wujud dalam dunia ni? Apa hak dia nak bercakap tentang sesuatu? Dan bagaimana dia buat judgment untuk mengeluarkan sesuatu pandangan atau pendapat? Melalui empirikal ke? Melalui bacaan Quran je tanpa melihat pada pandangan yang lagi luas ke?
Dan soalan lagi besar dari itu; Siapa yang lantik mereka ni jadi ulamak? Apakah ia datang dari Tuhan? Apakah Malaikat Jibril turun dari langit dan berkata, "kau adalah ulamak"? Atau mereka ini belajar berapa tahun di Mesir, Pakistan bla bla bla dan kemudian dilantik kerajaan "kamulah ulamak negara". Macam tu ke?
Now, cuba kau fikir balik - bila sabda mereka ini terus diangkat menjadi undang-undang, tanpa merujuk kepada empirikal dan pandangan orang lain kau langsung terima bulat-bulat, kau rasa lama-lama mereka ni wujud tak satu perasaan "grandeur" dalam diri - "aku cakap apa pun orang terima gak". Kalau kau fikir satu benda, takkan semua benda kau refer dengan mereka ni?
Bagi aku - ulamak ni macam pundit bola. Ya, kadang-kadang mereka ni cakap berdasarkan apa yang mereka rasa - tapi kadang-kadang aku tolak juga apa yang pundit bola cakap. Bagi aku ulamak ni macam pundit ugama. Bukan setiap kata dari mereka ni kau boleh terima bulat-bulat. Kalau dalam bola pun aku bukan terima pun semua yang pundit bola cakap, sebab manusia ada pandangan masing-masing.
Kadang-kadang pernah tak kau terfikir kenapa ugama Islam ni ada empat mazhab, kemudian berpecah lagi mazhab itu ini, pecah lagi ajaran imam tu imam ni. Mufti negeri ni tak sama dengan mufti negeri lain. Mufti ni dapat bayaran lebih dari kerajaan dia akan sokong kerajaan. Rasuah depan mata buat dunno je. Tapi orang awam bersenggama kat celah mana boleh pulak nampak. Inilah akibatnya bila sekularisme tidak ada - seolah-olah akan ada satu penguasa akan menguasai orang lain, baik dari segi perbuatan atau pandangan. Macam blogger aku tak pernah paksa orang terima apa yang aku kata. Paling-paling aku buat pun, aku cuma defend pandangan aku. Aku tak pernah sabit kata "itu harom ini harom".
Well, anyway manusia ada pelbagai pandangan dan ragam. Bila kau start kata "mengumpat orang bukan Islam takpe sebab dia bukan saudara kita" atau "perempuan yang layan ramai lelaki tak layak jadi isteri", kau rasa apa akan jadi bila semua umat Islam ikut cakap kau?
1.Kita akan membentuk masyarakat fasis. Mula-mula mengumpat takpe. Lepas tu merompak bukan Islam takpe. Lepas tu apa lagi, membunuh orang bukan Islam takpe.
2.Kita akan membentuk masyarakat misogynist. Satu masyarakat yang meletakkan perempuan di kasta yang lebih rendah. Cuba kau fikir, yang buat palat dalam hubungan selama ni banyak yang lelaki. Ada tak kau keluar statement "lelaki yang banyak layan perempuan tidak layak jadi suami"? Tak. Sebab kau misogynist. Kau rasa perempuan je yang cipta masalah - walhal kau tak pernah tengok kepalatan yang lelaki buat. Aku pernah dengar kawan aku - kakak dia kena cerai masa kakak dia tengah mengandung sebab laki dia sedang menggatal dengan tiga perempuan - dan satu perempuan tu bini orang, dan lagi satu perempuan budak sekolah.
Ustard, tolong tengok dunia ni dan buka mata luas-luas - ini djaman pasca moden. Ini bukan djaman lelaki pergi kebun atau sawah dan perempuan duduk rumah jaga anak. Ini djaman semua umat bekerja dan berkawan. Ini djaman yang bergantung dengan kebolehan bukan mengikut gender. Tolong buka mata luas-luas.
Dan korang boleh kutuk aku apa yang korang suka. Sebab bagi aku, dia tak maksum. Dan dia bukan siapa-siapa. Aku tak kisah bila pandangan - stay jadi pandangan, tapi bila sabda kau dah jadi undang-undang dan norma masyarakat, kau tengoklah lebih banyak masalah yang akan timbul.
So, bila ada orang goes "jangan mengkritik ulamak" - samalah macam di PBB "jangan mengkritik US bila Negroponte tekan button veto membantah orang kutuk Israel". Salah tetap salah.
Apa yang aku nampak hari ini ialah kebanyakan dari mereka ini ada timbul sifat holier than thou dan seterusnya ada perasaan grandeur bila mengeluarkan kenyataan. Cakap ikut sedap tekak dan orang tetap akan follow. Dan kalaulah begini jadinya, akhirnya apa yang aku nampak ialah umat Islam semua adalah penyembah ulamak. Umat Islam dah tak nampak apa kebaikan Nabi sesama manusia tapi hanya sesama Muslim semata-mata. Semua pandangan akhirnya terjurus dalam satu pandangan. Pandangan lain dibantah dan dicantas. Akhirnya, seperti Katholik yang ada Pope, akan wujud satu hierarki "dia ulamak besar dia ulamak kecil dia bukan ulamak" dan pandangan itu - walau bangang macam mana pun orang tetap terima.
If let's say one day ada ulamak besar cakap "haram makan nasi sebab djaman nabi orang makan roti", kau nak dismiss benda tu?
Lensa Rosak - Kalau Zaman Abu Nawas Dah Lama Azhar Idrus Kena Troll
36 gelas teh tarik:
Bersedialah - bandwagon Bani Melayu pasca DEB akan menyerang.
Akan rasa diri lebih berugama dari orang lain. Lebih baik dari yang lain.
nami, aku sokong
this is soo true. thanks
http://www.youtube.com/watch?v=swskmxHzMQ0
mari mari.
semua benda yang kau taip ni la yang selalu bermain kat fikiran aku dulu. cuma tak tahu nak luah macam mana. dan kau dah luahkan kat sini. heheheh~ good..
Aku baca 4,5 paragraph dah boleh agak siapa yang kau maksudkan. Mungkin sebab aku pun tak pernah berkenan dengan dia kot?
Ulamak ke, ostad ke. Bottom line is depa semua manusia biasa jugak macam kita. Bila dah dok diangkat tinggi, diagung2, dipuja. Riyak. Cakap apa pun boleh jadi mazhab.
Persoalan pasal 4 mazhab tu. Baru kelmarin aku bincang dengan tunang aku. Yeah kita memikir pasal asal usul mazhab dan siapa imam2 tu yang layak keluarkan mazhab sendiri. Tapi takde jawapan.
Aku pernah dipanggul islam liberal oleh kawan aku sebab aku dok persoal a few things dalam Islam. Heh.
"...ada habit baru - menyembah ulamak dan ustaz". - bahaya siot kau punya statement. ada yang terkinja-kinja mengamuk kang. hahaa!
"Rasuah depan mata buat dunno je. Tapi orang awam bersenggama kat celah mana boleh pulak nampak". - yang ni aku fucking agreed.
tapi entri kau ini seolah bagi pukul rata kat semua ulamak. sebab itu la majlis permesyuaratan dibuat, untuk menyelesaikan pertikaian pendapat sesama ulamak. dan tak semua perkara yang keluar dari mulut ulamak tu mereka mahu diterima sebagai undang-undang yang termaktub. lagi pun, apa buah fikiran yang mereka sampaikan tu dibuat setelah segala bagai rujukan dari hadis2, firman2 dan pandangan ahli2 terdahulu dilakukan. tapi kalau ulamak pemakan gaji tu, sendiri paham je la.
Yes aku agree dengan SM.
Bila suatu ahli ugama itu terlalu diagungkan, maka dia dianggap sebagai pengutus tuhan. Ilmu dia banyak yes aku agree. Tapi usul fatwa hendaklah bersesuaian dengan isu semasa. Ini dah 2012 beb bukan zaman para sahabat lagi.
about this one..I do agree for some part of this.
macam SM kata, nampak entri ni macam pukul rata semua ulamak...but what i think nami trying to say is, dia nak pukul sampai rata orang2 yang mengaku diri jadi ulamak ni.
tengok la kat mana2 pun, tiba-tiba ramai pulak ustaz2 youtube dalam kehidupan seharian kita.
tapi kalau diikutkan sebenarnya gelaran "ulamak" ni bukan boleh sembarangan bagi, kepada sembarangan orang. sebab kalau x silap aku, "ulamak" ni sepatutnya possess more than just tahu hukum-hakam, dan cara-cara menjawab hukum-hakam. Dia jugak kalau seingat aku memahami keadaan semasa, memiliki kemahiran berfikir apa entah ko kata tadi..empirikal kejadah, haa benda2 tu la.
tapi orang djaman sekarang pun lebih gemor tahu hukum hakam aje dari tahu apa yang Nabi sampaikan. contohnya bila mai bab tutup aurat, bukannya depa nak tanya macam mana nak tutup aurat tu dengan sempurna, tapi duk tanya (contohnya) ;
"erm ustaz boleh ke kalau kite pakai tudung sekian2, dari kain sekian2, warna sekian2"
dan trend semacam ini semakin berleluasa.....last2 semua benda pun nak refer kpd ustaz.
however nak salahkan ustaz2, "ulamak2" seratus empat puluh peratus dalam hal ini pun, tak boleh juga. sebab to me diorang hanya menyampaikan, cuba merungkai masalah2 yang dihadapi oleh masyarakat lagi2 bab ibadah, akidah, syariah. cumanya yang aku nampak sikap orang kita yang semakin too dependent on ustaz2 ni..last2 kuar ler fatwa "mengumpat orang bukan islam xpe, bukan sedara seagama kita"
sori nami, panjang la pulak! mgkn aku patut start entri baru...*sambil memandang blog sendiri yg dh seminggu x update*
bg ak kau berani tulis artikel ni, tp menunjukkan kejahilan diri kau.
dalam perenggan ke 7 dan 8, sila ruujuk hadis ni. Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), berarti telah mengambil bahagian yang sempurna.” [Hadis riwayat Imam Abu Dawud] adafaham? kau bdk degree, so kau boleh faham. n jgn terlalu agungkan pemikiran dan legend komunis, kita ada agama,
dalam perengan ke 10, dalam sesetengah jawapan yg ust bagi, dia akan bagi daripada kitab mana, imam mana. and kalau ada khilaf, dia akan sebut. and dia akan sebut jugak nak ikut yang mana terserah. itulah nama nya khilaf, kau taw khilaf tu ape? cari sendiri.
dan dorang bukan cakap ikut dorang je, dorang ada sumber dan kalau kau masih x faham, kau boleh merujuk dengan dorang sendiri. kita ni jahil dengan agama, tp kalau kita belajar sendiri tanpa ada ustaz atau ulama, kita akan sesat mcm ayah pin.
contohnya dalam ceramah dia seperti isu ambil wudu dalam keadaan bogel. bg kau mmg soalan remeh dan x sepatutnya di tanya, tp bg ak x, sbb x semua orang taw ape hukum bila amek wudu dalam keadaan bogel. sama juga macam isu coke, coke ni haram sebab die memudaratkan kesihatan, dan apa2 yang memudaratkan hukumnya haram. sbb tu ada ulama ni kata makruh tp ada kata haram. inilah khilaf. sbb ape haram, cari sendiri.
ak comment ni bukan nak backup sesapa,walaupun kau xberapa suka dengan penyampaian dia, tpi cuba fikirkan ustaz mana yg dapat menarik golongan muda utk menjadi ahli surau/masjid dengan cepat selain dia. kau mampu buat dengan blog kau ni, mampu menarik golongan muda kembali belajar agama? Mungkin sesetengah pendapat dia kita tak boleh terima, tp xperlulah kita memburukkan dia sebab penerangan dan penjelasan dia. masih ada ruang dan masa untuk kau rujuk balik dengan dia ataupun ulama lain. Sesungguhnya orang Islam tidak menjatuhkan & memburukkan saudara seIslamnya.
“Imam Syafie pernah berkata: aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”.
P/s : bro, hati2 ketika menulis sesutau, nnt rosak akidah, banyakkan mengucap, kita di akhir zaman, fitnah mmg banyak. jangan tergolong dalam golongan tu, kami tak pernah mengagungkan die, tp kami hormat dia sebab dia orang beragama :) assalammualaikum =)
Not saying that any and all ulama are bullshitters. The point is, if someone says something, be they ulama or politician or teacher or boss, you have to THINK about what they say. Weigh the logic. Use your damned brain for goodness sake. Jangan nak terima bulat2 semua benda.
Such a simple thing but people would rather be butthurt than THINK.
jiyuu : dalam islam, ulama ataupun ustaz, mereka hanya menyampaikan, dan terserah kepada kita untuk menerima. dan mereka juga menyampaikan dengan merujuk dari alquran dan hadis, dan memang betul kita xleh terima bulat2, tp kita kene merujuk balik quran dan hadis, n kaji semula, bukan seorang tp dengan ilmuan sbb kalau sorang2 nnt sesat =) dan byk kajian2 alquran sememangnya betul mengikut sains. dan kadang2 otak kita ni ada limit, x semua boleh fikir logik. kalau boleh fikir logik berdasarkan akal fikiran kita, cuba jiyuu bgtaw kat saya, secara logiknya kat mana tuhan kamu berada skang ni??? =)
If let's say one day ada ulamak besar cakap "haram makan nasi sebab djaman nabi orang makan roti", kau nak dismiss benda tu?
bagus persoalan tu, kalau orang yang taksub sangat dengan kata2 ulamak camtu, dia ikut ke tak nak makan roti je??
harapkan pagar, pagar makan padi (kalau aku tahu pagar tu actually pegar spesis burung, takkan aku guna dulu peribahasa elakkan tanam padi tepi pagar, macam bodo je)
siapa yang pandai2 buat 4 mahzab? nabikah manusiakah?
Benar ulamak tidak maksum dan tiada dosa kalau kita membantahnya.
Lagi satu tulisan kau sebenarnnya benar dan kebenarannya ialah mereka yang terlalu taksub dan berkiblatkan ulamak2 ini akan mempunyai pandangan yg serong terhadap kau...pedulikan mereka...yang penting kau tahu dan sedar apa yang kau tulis itu lebih mulia dari membuta tuli mengikut semborono!
kalau-aku-tahu: aku ada beberapa soalan untuk kau jawab.
1- siapa lantik ulamak?
a.Malaikat Jibril turun dari langit menyampaikan wahyu
b.parti politik terutamanya parti berasaskan ugama
c.kerajaan
d.sendiri jack diri.
2-apakah dengan mengatakan ulamak ini pewaris nabi, jadi sama level dengan nabi sebab kata-katanya tak boleh disanggah?
3-apakah ulamak ini macam Pope dan Cardinale yang kini bersarang di Vatican?tapi versi Islam lah. Sebab Pope dan Cardinale inilah yang membentuk dasar ugama dari semasa ke semasa.
4-salah ke berfikiran logik?apakah kita perlu untuk berfikiran tidak logik untuk mewaraskan sesuatu kesengalan?
macam tu aku nak anggap jauh di hujung cakerawala - ada Jedi sedang berperang dengan Sith di Planet Coruscant. Dan Yoda sebenarnya masih belum mati - keturunannya bersepah di muka bumi sebagai makhluk melompat berwarna hijau yang makan lalat.
Dah kau suruh aku fikir tak logik, kan?
nami
rakyat malaysia mmg macam ni.
contoh tengah kemaruk bolasepak. sebab konon team malaysia tengah power.
pastu tiba2 thn ni badminton menang piala thomas.kemaruk balik main badminton.
same goes with the ustaz thingy skang ni lah.
sekejap jek tu.kang tiba2 ustaz tu kena tibai, ker apa ker.terusssssss cop orang tu konpom masuk neraka.
tak caya?.
kau tunggu jek bandwagon ni attack ko lepas ni.
dan masa tu
aku hulurkan kau COKE dgn POPCORN,kita makan sama2 sambil tengok wayang derang. keh keh keh..
Dear Nami,
By the way nice one.. Hahahaaahaa. Anyway.. aku cuba respond..
1. Ulamak dilantik oleh penguatkuasa. Ada juga yang dilantik oleh org sekeliling. Bergantung pada keadaan sosial kawasan tu. Ia hanya gelaran utk org yang tinggi ilmunya dimata masyarakat or pihak berwajib dikawasan tersebut.
2. Memang ulamak pewaris nabi. Dalam erti kata, kalu ko tak tau jawaban, ko cari ulamak. Tapi ulamak tak kebal atau maksum dr kesilapan. Ada ulamak yg sosat, bias dll. Bias sebab politik, harta dan nama. Mereka hanya manusia biasa... Malah menentang idea tak salah. Yang penting cara yang betul. Byk tokoh Islam dedulu yang cakap (bermaskud lebih kurang dlm loghat aku sendri)," kalu aku salah, betulkan aku, kalu aku betul, hangpa follow lah aku..."
3. Ulamak mentafsir situasi bergantung pada masa. Mereka berperanan begitu kerna depa by right master of Quran & hadis. Depa cuba relate dengan Quran dan Hidis berkaitan dengan permasalahan sekarang. Contoh macam penyalah gunaan dadah. Time nabi tak dak dadah. Ulamak yang fatwakan haroomm. Macam gak Ribena. Hadis cakap perahan anggur haram, tp Ulamak halalkan Ribena bcos tak mabuk.
4. Tak salah berfikiran logik. Malah Quran dan hadis menggalakkan. Banyak ayat Quaran yang menyebut.."tidakkan manusia mahu berfikir...". Malah hadis yang famous menyebut; "menggunakan akal sejenak lebih baik dari beribadat beribu tahun.." Namun begitu, kena bersandarkan juga Quran dan hadis dan offcourse, ada benda yang akal tak mampu nak cerna macam perkara berkaitan dengan roh.
Dear Ateeka Ameer;
Mazhab 4. Sebenar ada belambak lagi mazhab. Sebenar isu nie agak simple. Since this is not my turf, than aku tak ble tulis banyak. Anyway bagus sebab hang persoal perkara nie. Jawapan bnyk kat kedai buku. Serius banyak. Ko kena baca je.
PTS pun byk publish buku² yg bagus. But in a nut shell, rukun iman dan rukun Islam semua nya sama. Cuma pendekatan masalah fikah je tak sama.
Kalu hang malas sgt, hang boleh ajukan soalan nie pada aku. Either pada FB or Blog aku. Aku cuba jawab yng mano boleh, insya'allah..
Pick up Pawi answer question no.2:
. Memang ulamak pewaris nabi. Dalam erti kata, kalu ko tak tau jawaban, ko cari ulamak. Tapi ulamak tak kebal atau maksum dr kesilapan. Ada ulamak yg sosat, bias dll. Bias sebab politik, harta dan nama. Mereka hanya manusia biasa... Malah menentang idea tak salah. Yang penting cara yang betul. Byk tokoh Islam dedulu yang cakap (bermaskud lebih kurang dlm loghat aku sendri)," kalu aku salah, betulkan aku, kalu aku betul, hangpa follow lah aku..."
That's what I'm trying fucking to say. Now, statement misogynist, fascist, breed hatred ni, kau nak sokong ke?
Dah salah tu tetaplah salah. Bukan aku kutuk ugama pun.
apa yang nami tulis adalah benar. dan skopnya boleh diperluaskan lagi.
contoh:
1) kau boleh menentang apa yang doktor kau cakap kalau kau rasa ilmu kau lagi power dari dia
2) kau boleh tolak apa yang pakar ekonomi cakap kalau kau rasa ilmu kau lagi power dari dia
3) kau boleh tolak apa yang peguam cakap kalau kau rasa ilmu kau lagi power dari dia
tapi...
kau tak boleh tolak apa yang nami cakap sebab nanti kau dilabel sebagai butthurt..
kahkahkah..
tolak nasihat islamik dikata masuk neraka, tolak nasihat nami dikata butthurt..
whether you are serbanistas or liberal or sekular or fascist or whatever type of people, we are the same..
kahkahkah
popcorn and coke please..
well
i'm not religious.
if misogynist and fascist statement and people obey about it, what's next? Ribena?
Give me a break. The world is already fucked up.
dear nami : ak x pernah ckp pn salah kalau kita berfikiran logik, sbb tu kita perlu mengkaji dengan logik apa yang al quran n hadis ckp related to the environment *ak da mentioned ape yg ak balas kat jiyuu*, tp kau kene ingt. x semua perkara kita boleh kaji atau pkir dengan logik akal. contohnya, kewujudan Allah, kau mampu kaji???? susah sgt kot, sbb x nmpk. ak bg contoh satu lg, orang yang mati, kau bleh kaji x mcm mana nk hidupkan dia balik??? boleh?? kalau boleh ak bg adiah nobel kat lu bro =) akal kita ada limit br0, ingt tu, x semua perkara boleh dengan logik akal tp keimanan =) apabila buat sesuatu, bnykkan istighfar kepadaNya.
maafkan ak, kalau ak rasa salah, ak akan cuba menegur dengan iman ak yg sedikit ni, terserah kepada kau untuk menerima, kita ni sama2 hamba Allah yang bukan maksum dan sering lalai. cuma doa dijauhkan dari api neraka. muhasabah diri banyak. jangan asik terlalu mengkaji kitab or buku2 pemikiran komunis, tp bykkan mengkaji Alquran, ilmu dari Allah =)
p/s : bro2, ulamak atau ustaz xpenah melantik diri mereka sendiri ulamak, tp orang keliling melantik mereka. hee. kalau ada ulamak yg mengaku ckp die ulamak atau ustaz, bgtaw lah kami. hee. asssalammualaikum =) oh one more thing, ulamak atau ustaz bukan kami mengkiblatkan kepada mereka, kami cuma hormat sbb ilmu d dada dia, tp kami kiblatkan ke Allah. tepuk dada, tanya iman bro =)SubhanaAllah pd Mu kami bersujud Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
aku pernah baca artikel seakan-akan artikel nami ni...tulisan dr.maza kalau tak silap
nami & dr.maza mengupas tentang isu yang sama tapi garapan yang berbeza..
aku setuju dengan nami..
nami
ko selalu kata ko akan diserang oleh religious bandwagon @ blogger yang bajet holier than thou setiapkali ko tulis entry kontroversi mcm ni
aku tkda masalah. tp kenapa tidak ko buang jauh2 gelaran tu pada orang yang nak komen. sebabnya setiap orang ada pandangan sendiri. selagi dianya tak kritik mengaibkan, aku rasa tak jadi masalah besar.
awal2 dah label orang itu ini tak best bro..
islam itu tidak pernah fail.
melainkan mahkluk-makhluk yang menganuti islam itu tetapi mempegunakannya untuk kepentingan sendiri.
cc kepada Ustaz yang sekarang seperti holier than thou tetapi pernah menjadi guru muzik pada djaman kegemilangan rock 1985. hikhik
op
di masjid jamek kajang, ada library (almari penuh buku aa senang citer)
kat situ ada buku al-umm by imam shafie (banyak jilid kot)
1st bab dia citer pasal air
dia hukumkan air panas yg dijemur tu makruh..for the reason, ikut medical knowledge zaman tu..air panas selalu dijemur dlm bekas besi..so zat besi mungkin masuk dlm air tu..itu reason imam syafie ikut scientific knowledge actually. Bab lain mmg ada hukum ikut nas/hadis tapi pasal air ni purely scientific (ikut knowledge zaman tu la)
henceforth, buku al umm imam syafii dan buku great war for civilisation tu sama level pasal sama2 tambah knowledge dan kesedaran.
knowledge is power
ah apsal nak concern sgt ngan org close-minded? lantak pi lah ahhahaha.
@kalau-aku-tahu
soalan ini untuk anda, berdasarkan hadith yang anda tulis tadi:
“Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), berarti telah mengambil bahagian yang sempurna.” [Hadis riwayat Imam Abu Dawud]
penah dahulu kecoh kes "ulama" Shamsul Zaman yang dikatakan menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan menggunakan hadith tentang ulama pewaris nabi ini.
persoalan pokok: bagaimana kita nak bezakan bahawa sebarang fatwa dan pendapat yang diperlukan adalah untuk kepentingan umat dan bukan ada niat sebaliknya?
@TheBentPencil
ulama itu tidak menyamakan nik aziz dengan nabi. cuba tonton betul-betul video ceramah dia yang asal dan fahamkan.
(sori gua mencelah)
the bent pencil,
just my 5 cents..
answer : check and study
for every fatwa and every thoughts mesti ada reason.
check reason yg diberi oleh ulama.
ermm gua suka dr asri (walaupun dilabel wahabi) just because apa yang dia cakap make sense.
ahli akademik divalue based on paper, thesis.
same goes with ulama supposedly.
idea dia yg penting.
satu lagi pasal kite,
knowledge agama most of us is based on listening, not reading.
kite bleh check dgn sedalam mungkin pasal henset samsung galaxy, sony ericson la, itc...apsal x nak check pasal agama eh?
sanggup practice agama based on listening saja?
beli buku agama pun yg pasal dajjal, jin yg rm10, tapi buleh plak beli novel mahal/DVD korea dari oversea.
in writing this, aku pun da jadi holier-than-thou da hahaha.
ok folks, if u think this is shit forget it, if it's good for u, keep it. ok selamat semayang jumaat semua ~!
@SM: good answer. tapi belum jumpa video itu lagi. Link plis!
@firdaus.9898: ah, same thoughts. yes, call me strict but I prefer ulama with strong credible education. either from good university, credible Madrasah or have a long list of equally credible teacher.
bercakap pasal ustaz-ustaz dijadikan idola. pada aku aku tak suka apa jenis idloa pun. aku tak suka orang taksub obefiend, tukartiub, ustaz azhar idrus, najib, anwar, papagomo, malah orang yang taksub tehtarikgelasbesar pun aku tak suka. semua jenis ketaksuban memberi jalan pada kebodohan.
I hope I'm not too late to join the discussion.
Honestly, I'm glad that someone like kalau-aku-tahu has joined the forum.
Why am I feel glad?
OK, right now it seems like kalau-aku tahu and Nami represent 2 completely different ideologies, because, quite obviously they came from 2 opposite sides, Nami is the more secular-minded side, while kalau-aku-tahu came from the serbanistas-minded side.
But for me the views that kalau-aku-tahu has shared here are actually not mutually exclusive to Nami's ideas.
Nami, in this article, has condemned Meleis who are currently going crazy about posting/sharing UAI's ceramah video on anywhere possible, be it on facebook and blogs.
In my own view, of course there is nothing wrong with this. Its good to share knowledge. Sharing is caring kan? But the only fucking problem for me is; these Meleis, when they post the youtube videos, do they post their own opinion in the comment section of that post? A lot of them don't. They just post it blindly, and never bother to include their own opinion or research. Hell, they don't even care to put their own title. Just click 'share' on the youtube page, and its fucking done. They just let it rot in their wall. IMHO Nami is completely right to bash these kinda Meleis. As Nami said, they are like 'sembah ulamak'!
But now, we have kalau-aku-tahu here saying that no, Ulama's' opinions should not always be taken as 'fatwa'. We should do our own research too, and we have to ask other ulama's' as well, to prohibit ajaran sesat.
For me, kalau-aku-tahu's view is pretty close to Nami's idea.
BOTH sides suggested that we should not take Ulama's' words bulat-bulat. We have to kaji, we should fucking read more.
For me both Nami and kalau-aku-tahu have struck the same important points.
It is these fucking simple-minded Meleis that need some heavy tuning.
And why were I glad again? Because people who are either secular-oriented or serbanistas can actually share the same idea. But yeah, the similarity is often hardly noticeable though. Some rare occasion indeed.
P/s: Sorry for writing in English. Dah terbiasa taip dalam english kat intenet, walaupon english aku broken LOL :P
ada ulamak yg dipuja ker??... bahaya ni...
btw... tulisan ni sepatutnyer mengfokus kepada pemuja ulamak... bukan ulamak tu sndiri
sebenarnya. kriteria menggelarkan seseorang itu sebagai 'ulamak' di malaysia masih di tahap rendah. atau ulamak di malaysia mmg di tahap rendah atau masyarakat kita tak faham sampai tahap mana baru boleh seseorang itu digelar ulamak.
aku cadangkan agar dibuat peperiksaan untuk mereka yg nak digelar ulamak ini baru boleh digelar ulamak. adil sikit.
Sijil Peperikasaan Ulamak Malaysia.
heheh.
Agreed 100%.
Patut ditambah yg ustard2 dan ulamak2 ni belajarlah jugak ilmu fardhu kifayah seperti astronomi,psikologi dll dan bukannya baca Quran dan hadis2 sampai muntah hijau.
Sebab di Vatican sana dh ada paderi yg pandai ilmu astronomi.Bukan je boleh cerita psl Bible je,cerita psl bulan bintang pun boleh.Syg aku lupa pulak nama dia.
Ustard2 dan ulamak2 di Malaysia?Tanya apa itu Big Bang sah terkebil2 dan ternganga kluar air liur basi.Dgn paderi Kristian pun dh kalah dlm bab ilmu2 sains ni.
Aku hanya respek golongan pewaris nabi ni bila diaorg blh terangkan apa itu String Theory,apa itu partikel dll.The end
Ulamak yang bersifat holier than thou [atau lebih dikenali sebagai ular + mark ; yaitu mereka yang suka membelit dan memagut manusia dengan hukum-hakam bak ULAR, dan dalam masa yang sama, melabel taraf keimanan dan kesesatan orang lain (MARKing)] biasanya adalah mereka yang mengolah ayat-ayat Quran, hadis, dsb hanya pada sudut hukum dan agama semata-mata, hingga sanggup mengenepikan budaya, logik, dan teknologi semasa.
Dengan kata lain, pentafsiran yang amat teramat sempit. Sedangkan pentafsiran boleh pergi lebih jauh, mendalam dan luas. Mereka hanya tahu mentafsir 'pokok' hanya sebagai tempat tinggal dan sumber buah-buahan umpama beruk yang melihat fungsi pokok. Bukannya sebagai manusia yang mentafsir pokok kepada ladang, papan, katil, kerusi, meja, atau rumah banglo.
Atas sebab itu, ulamak sebegini dikatakan sebagai ulamak yang bersifat seperti keldai. Tuhan sendiri menempelak golongan sebegini:
"Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat (kitab), kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal." (62:5)
Mengaku beriman dengan kitab, mengaku sebagai pelindung yang akan memikul kitab, tetapi hanya bak keldai yang hanya tahu memikul, tanpa memahami dan tahu cara membaca isinya. Sebab itulah kita akan rasa meluat mendengar kata-kata, ceramah, atau apa-apa statement dari golongan seperti ini, kerana Tuhan sendiri menempelak:
"Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." (31:19)
Lantas, mereka yang mengikut sahaja keldai adalah lebih hina daripada keldai, malah suara mereka pastinya lebih buruk dari keldai hingga kita pun terasa mahu menyumbat selipar ke dalam mulut mereka tatkala mereka mula berbicara..
Ustaz/Ulama skang banyak buat duit beb. Yang skang tgh popular like a rock star tu dok buat roadtrip je manjang. last show he did, 70k orang datang, sorang derma 5 ringgit. 10% bagi kat pelawak yang dia jemput, 20% bayar PA system, 10% bayar orang kerja, 30% derma masjid, kalau setakat amik baki 30% kat diri sendiri pun masih banyak beb, actually ambik 5% je pun banyak gak for a stand up comedian in Malaysia
Agak2 ko, orang2 yang pergi konsert ceramah agama tu bile balik rumah dia bukak ke Al Quran dia utk verify ustaz tu cakap betul ke tak. For sure dia cakap "kelakar gak ustaz tu main gitar, lepas ni kita cari clip dia kat youtube and post kat facebook, baru la nampak cam alim" sambil rasa puas and a sense of fulfilment because he just went to a ceramah agama.
[17:36] "You shall not accept any information, unless you verify it for yourself. I have given you the hearing, the eyesight, and the brain, and you are responsible for using them."
Setakat dok dengar, angguk2 time ustaz cakap, senangnye hidup. Hidup macam tgk TV.
All glory to the hypnotoad!
Catat Ulasan