Selain dari @j_h84, dia ni juga adalah rakan aku bila nak berborak perihal pasca-moden. Aku siarkan jelah, okay?
Faridzwan Abdul Ghafar/ 5 Jan 2011/ AMALINA
PELAJAR terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri, 23, yang kini menuntut di Universiti Edinburgh, United Kingdom (UK) sekali lagi menjadi perhatian umum apabila gambarnya yang boleh disifatkan sebagai peribadi tersebar di pelbagai laman blog.
Penyebaran gambar berkenaan menimbulkan rasa 'kurang selesa' di kalangan rakyat negara ini terutama orang Melayu yang sebelum ini masih trauma dengan peristiwa pelajar pintar, Sufiah Yusuf, 26, terbabit dalam perkhidmatan seks di Britain.
Akibat penyebaran gambar berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab, maka pelbagai tuduhan dilemparkan sehingga ada dakwaan Nur Amalina hanyut dan mengamalkan gaya hidup bebas.
Selain itu, wujud juga tuduhan kononnya Nur Amalina gagal dalam pengajiannya di universiti dan pulang senyap-senyap ke negara ini, lupa ajaran agama dan sudah tidak 'berpakaian seperti yang sewajarnya'.
Penulis menganggap perkara ini adalah konflik post modernisme di kalangan orang ramai dan mengikuti reaksi rakyat terutama Melayu dalam isu gambar Nur Amalina sejak ia menjadi tajuk perbualan hangat di pelbagai saluran komunikasi termasuk media arus perdana.
Rata-ratanya membidas Nur Amalina berpakaian ketat dengan seluar 'legging', tidak bertudung dan rambutnya sudah diwarnakan perang selain beberapa gambar dengan rakan lelaki dalam posisi yang agak rapat dan mungkin juga sudah bersentuhan.
Berbanding paparan imej awal Nur Amalina ketika mendapat pengiktirafan pelajar terbaik SPM 2004, Nur Amalina dilihat bertudung, sering disisi ibunya, Sabariah Hassan, 52, dan selalu berpakaian sopan pada definisi orang Melayu-Muslim-Malaysia di negara ini ketika menghadiri majlis.
Masih segar diingatan penulis ketika Nur Amalina dengan imej 'gadis baik' berada di atas pentas dalam sebuah majlis anugerah membabitkan ramai selebriti dan penggiat seni tanah air sebelum berangkat ke UK.
Ingatan itu jugalah yang segar dalam pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia dan mereka amat selesa sekali dengan paparan imej yang dibawakan itu sejajar dengan penampilan 'berpakaian seperti yang sewajarnya' oleh majoriti gadis Melayu-Muslim-Malaysia.
Boleh dikatakan wujud sekumpulan masyarakat Melayu menjadi pengguna tegar paparan imej berkenaan termasuk lelaki Melayu-Muslim-Malaysia yang lazimnya menginginkan calon isteri dengan imej sebegitu.
Logik algoritma bagi pengguna tegar paparan imej ini mudah, 'gadis baik' digambarkan melalui penampilannya bertudung dan 'berpakaian seperti yang sewajarnya' selain bersikap sopan dan hormat-menghormati.
Justeru, apabila Nur Amalina yang dijadikan 'role model' oleh kumpulan ini tampil dengan imej sedemikian pastinya ia mengundang perasaan marah dan kurang selesa, kerana ia meranapkan paparan imej yang selama ini selesa bersarang dalam fikiran mereka.
Bagi penulis, kewujudan pengguna tegar paparan sesuatu imej adalah perkara biasa dan kerap menjadi barometer bagi mengukur tahap kepenggunaan imej sesebuah masyarakat dalam sesebuah tamadun.
Ini bermakna, dalam konteks negara ini, masyarakat Melayunya digerakkan dengan paparan imej Melayu-Islam yang kuat melalui pelbagai medium termasuk siri drama seperti Nur Kasih dan program realiti Imam Muda serta Ustazah Pilihan.
Jika kita lihat pula dari sudut masyarakat Barat, mereka adalah pengguna tegar paparan imej lelaki berpakaian kot dan wanita memakai skirt dan jika 'role model' mereka berpakaian seperti yang ditakrifkan masyarakat Melayu-Muslim-Malaysia, pasti ianya mengundang perdebatan dan rasa tidak selesa pengguna tegar paparan imej Barat.
Pengguna tegar paparan sesuatu imej wujud dalam semua bangsa di dunia ini dan kadang kala ia menjadi isu politik seperti keengganan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak berbangsa Cina dari DAP memakai songkok baru-baru ini.
Kewujudan pengguna tegar paparan imej ini harus diimbangi dengan pendedahan komunikasi silang budaya secara berterusan oleh golongan intelek negara supaya ia tidak mencetuskan polemik pada masa depan.
Memang, jika kita lihat perkara ini hanyalah isu remeh yang tidak perlu diberi perhatian tetapi ia memberi gambaran keupayaan fikrah rakyat yang menjadi tulang tamadun negara ini dalam kepenggunaan paparan imej.
Malah, ahli falsafah Perancis, Jean Baudrillard membincangkan perkara berkenaan dengan begitu mendalam dan sering berdebat berhubung kepenggunaan imej dengan beberapa ahli falsafah post modernism lain di Eropah.
Pendidikan komunikasi silang budaya perlu diberi keutamaan kerana negara ini dibentuk melalui campuran pelbagai budaya selain sedang berdepan cabaran globalisasi, justeru pendedahan mengenainya dapat meningkatkan keupayaan fikrah masyarakat dalam soal kepenggunaan paparan imej.
tamat//
11 gelas teh tarik:
budaya yang semakin melekat dihati orang malaysia...paparan imej jadi keutamaan...
kulit tak mencerminkan buku..itu pasti
ni boleh dapat A tambah dlm BM kertas 2
1.hahaha pasal dia pakai legging org marah?
x mo la marah2 ngan amalina.
kang dia x balik mesia baru tau.
brain drain.
2. aik bila masa amalina jadi role model? bukan K-Pop ke role model skrg?
3. kesian budak medic kat oversea.
4. pengguna tegar paparan imej?
seb baik aku keje construction hahahahahaha.
in summary, anak2 skalian, kelak mendapt result SPM, carila keje2 low profile jikalau malas menjadi pengguna tegar paparan imej.
jgn jadi doktor
jgn jadi peguam
jgn memasuki bidang2 professional kerana kepenggunaan tegar paparan imej anda akan dicemuh..
eh keje ngan Jepun x per.
ok sekian komen ini hari.
Very good...
Gua rasa @comradenami dan @FaridzRidzwan dah bicara panjang lebar cerita Amalina drpd sudut imej dan masyarakat. Gua pun tak peduli Amalina nak pakai apa, imej apa, nak keluar dgn siapa, dia dah besar panjang, pandai2 dialah menilai.
Cuma gua rasa reaksi terhadap Amalina ada satu aspek yg org belum sentuh lagi. Hendak tak hendak, Amalina seorg selebriti, tapi bukan calang2 selebriti. Dialah satu2nya pelajar yg dapat SPM tertinggi, dan rekodnya takkan tercabar selagi Kementerian Pelajaran halang org lain ambik 17A atau lebih.
Cuba korg ingat balik time resultnya keluar. Berhari2 dlm paper cerita pasal Amalina. Jumpa org sana sini dgn imej bertudung yg dipaparkan. Tak cukup dgn itu, Amalina menggunakan statusnya sebagain pencapai 17A UNTUK PRODUCT ENDORSEMENTS. Gua ingat lagi, mukanya tertepek di iklan pensel, iklan program belajar, seminar DLL. Malahan, dia juga pernah endorse perkhidmatan TV berbayar!
Amalina telah melalui EXPOSURE OVERLOAD pada tahap yg singkat. Pencapai2 keputusan SPM tertinggi sebelum ini tidak pernah mendapat exposure sebegini. Paling hebat pun jumpa Pak Menteri atau interview MHI/Selamat Pagi Malaysia. Itu sahaja. Gua tak pernah tengok top achiever kat mana2 negara dalam dunia yg dapat exposure mcm Amalina. Kenapa Amalina dijulang sebegitu, atau kenapa dia buat product endorsement yg gua rasa agak berlebihan, itu Kementerian Pelajaran, Amalina & emaknya aje yg boleh jawab.
Dah laa rekod dia tak boleh dicabar, muka dia merata2, menurut @faizfaiz cikgu2 dan banyak mak bapak mula dok jolok budak2 “kenapa kau tak boleh jadi mcm Amalina haa?” Korg taulah macam mana system pelajaran kita ni nak kejar A aje. Jadi banyak yg jadik tertekan dan menyalahkan Amalina sebagai punca, rightly or wrongly. So, bila terbongkar cerita begini, maka tak hairanlah reaksinya agak tegang. Gua rasa lagi tegang dan kuat drpd reaksi mamat melayu yg kahwin sejenis kat Ireland tuh, pasal yg hangin bukan cuma serbanista/melayu urban konservatif, malah mereka yg berfikiran lebih terbuka juga, kerana circumstances ketika itu.
Gua tak ambik side mana2 dan gua setuju Amalina punya hidup, dia punya pasallah. Kalau tak kerana ini Amalina, gua tak ambik port pun (gua tak kisah pun pasal mamat Ireland tu, cuma gua harap dia bayar hutang biasiswa). In fact, kalau apa yg diceritanya benar pasal volunteering kat Afrika bagai, maka gua rasa kita patut banggalah macam tu. Cuma gua rasa ini aspek yg belum dikupas dan ini adalah pandangan dan pemerhatian peribadi gua.
@napiez
thanx bro.now i know.
amalina pernah guna statusnya sebagai pencapai 17A UNTUK PRODUCT ENDORSEMENTS.
aku rasa cam nak nyanyi Karma Police je sekarang.
"This is what you get, when you mess with us."
henceforth,
she gained something for her image.
now she paid it back.
Case sama bila ubat adiputra tu kene rampas.
hey nami and faridredzuan,
after reading this article many times, baru gua dapat paham point dia..thanx. i beg forgiveness for commenting before understanding. (menyemakkan ruang dgn komen sampah)
Simulacra and Simulation by Jean Baudrillard ni perlu dicari.
last point of the article is education..
Cuba try check Paulo Friere - Pedagogy of The Oppressed.
one of the point in the book (yg gua paham la) is "the banking concept of education as an instrument of oppression"
After reading that chapter, i had a gut feeling that education in Malaysia ada menyemaikan dasar "protectionism" dalam Meleis, sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru.
Which in turns produce serbanistas, trollers, orang yang letak kepala lembu depan office for political reasons,ustards, and myself included.
arrayah.info : Ariff Gay dan Amalina Seksi - Bukti Kegagalan Produk Sistem Pendidikan Sekular
assalamualaikum,
dear mr. abu idris, sorry but i digress.
pendidikan di malaysia tak pernah tak sekular, sebab ada subjek Pendidikan Islam. Banyak guru melayu muslim yang gua kenal pun banyak menyuntik "semangat islam" kepada muslim students. Banyak juga event "maal hijrah" dan seumpamanya di sekolah2.
"Instead of communicating, the teacher issues communiques and 'makes deposits' which student patiently receive, memorize and repeat......in the last analysis, it is men themselves who are filed away through the lack of creativity, transformation and at best, a misguided system" - pedagogy of the oppressed.
bukan salahkan teachers, b'coz teachers in malaysia pun tertekan dgn paperwork bebukan klu x salah gua. (baca ruangan education dlm the star)..just that kurikulum kita macam mementingkan hafalan sangat oh?
Apsal lepas May13, the generation afterwards sangat2 close-minded, dan melayu semakin paranoid ngan bangsa lain?
aku follow semua blogger dari terfaktab, rasa2 nak komen ni kat blog dunia sebelah zara (blog seorang guru)..tapi gua rasa cam tembak kaki lak kalu citer pedagogy of the oppressed kat situ.
hopefully ada educationist who reads this blog dan reply.
haha, 2-3 hari ni gua asyik mengomen aje dlm blog, just b'coz gua dah amik cuti utk turun besok.
oh ya last one, keje ngan jepun x payah imej imej, sebab jepun provide free jacket yg ada logo company.
Dah sekian.
abu idris:ape benda yang gagalnya jadi gay dan seksi?
duh!
Catat Ulasan