20120103

Melayu Pasca DEB.Urban Konservatif.



Rasanya dah lama aku tak tulis entry macam ni. Rasanya sekali-sekala lepaskan rage dalam dada ni pun best juga. Takdelah aku rasa macam berat kepala otak.

Sepanjang aku duduk di Shah Alam - aku perhatikan ada satu kelompok manusia Melayu. Orang senang melabelkannya sebagai Meleis - tapi Meleis ni di kampung pun ada, di bandar pun ada. Aku lebih selesa memanggilnya dengan lebih spesifik - Melayu pasca DEB yang tinggal di kawasan urban dan konservatif.

So - semalam aku membaca caci-maki dan hina-dina dari kelompok ini terhadap Amalina apabila dia menggugurkan tudungnya sebaik sahaja tiba di bumi Queen Elizabeth. Bila buang tudung - otomatik perempuan itu boleh jadi sejahat-jahat laknatullah. Bila bukak tudung - otomatik perempuan tu boleh jadi bahan kutukan seolah-olah yang mengutuk tu sudah menempah perabot Court's Mammoth tanpa bayaran cengkeram serta sudah boleh memilih set dapur untuk dipakai dalam rumah di syurga Firdausi nanti.

To be honest - mereka ni bukan berugama sangat pun. Ini kerana pemerhatian aku sepanjang aku duduk di Shah Alam darul Melayu Pasca DEB ni. Bukan tak pernah beroommatekan Melayu pasca DEB ni. Bukan tak pernah lepak dengan diorang pun.

Aku tak berminat nak cerita pasal tudung Amalina. Atau bercerita tentang pasangan gay di negara Robbie Keane, Bono U2 dan The Cranberries ni. Yang aku nak bercerita ialah Melayu pasca DEB tu sendiri. Kenapa mereka jadi begini, dan bagaimana mereka jadi begini.

Sebelum merdeka, Melayu tinggal di kampung dan hidup bergantung pada tanah pertanian. Bila bergantung pada tanah ini - ini bermakna mereka terikat dengan sistem feudalisme. Sistem dimana raja menguasai pemikiran mereka. Pun begitu British, penjajah penaung negara kita ni membangunkan kawasan-kawasan penting untuk ekonomi seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru dan Singapura. Kebanyakan penduduk-penduduk di sini adalah kaum British, Cina dan orang-orang asing. Melayu ada duduk di kawasan-kawasan ni, tapi tak ramai. Jadi selepas merdeka bila orang puteh balik kampung, orang-orang Melayu jadi pentadbir, tapi still minoriti dalam kawasan. Mereka tinggal di kawasan enclave mereka seperti Kampong Baru, Kampong Pandan dan juga fringe area of Bangsar. Pantai Dalam dan mungkin juga Kampong Chubadak.

Kebanyakan Melayu-Melayu yang dah memang dah duduk sini - pada djaman ini sudah pun urban. Proses urbanisasi mereka sangat natural - sehingga kalau kau biasa tengok cerita P Ramlee, kau akan tengok Melayu selamba menegok air anggur dan air tapai. Melayu memang dah lama berjudi, beli nombor ekor adalah benda norma dalam kebudayaan Melayu pada ketika itu. Bila berkahwin, joget lambak adalah perkara yang pasti ada dalam majlis. Nenek aku kata, lepas rewang, teh ganja adalah juadah lepas kepenatan. Ini hakikat. Masa ini tidak ada pun orang nak kutuk-kutuk Minah Yankee naik Vespa dengan Din Selamat. Takde pun orang yang nak jadi voyeurist sebok nak kisah hal orang lain. Semua ada konek, semua ada puki. Masing-masinglah jaga.

Semuanya berakhir bila 13 Mei berlaku. Tunku Abdul Rahman yang pernah mengisytiharkan dirinya Perdana Menteri paling gembira di Bumi, tiba-tiba terkejut tengok pergaduhan kaum. Tiba-tiba Melayu yang dulu relax je lepak dengan Cina yamseng petang-petang, tiba-tiba cerita pasal ketuanan Melayu. Tiba-tiba nak cerita pasal Cina kawal ekonomi Malaya. Empat tahun sebelum tu pun, bila Singapura dipaksa meninggalkan Malaysia dengan undian Parlimen 126-0. Tiba-tiba muncul satu golongan Melayu yang nak menguasai seterusnya apa yang berlaku hari nilah.

OK, aku tak nak cerita melalut panjang sangat. Akhirnya Tun Razak jadi PM dan Dasar Ekonomi Baru dibuat. Kawasan baru dibuka di Felda, dan kawasan baru dibuka di pinggir Kuala Lumpur.

Penghijrahan besar-besaran kaum Melayu secara pukal ke Kuala Lumpur dan kawasan urban inilah yang membentuk Melayu Pasca DEB ini. Dan hari ini - mereka menjadi majoriti effect dari Dasar Ekonomi Baru.

Tidak seperti Melayu urban, mereka ini terasing dari budaya urban. Bila sampai sini mereka jadi majoriti. Bayangkan penduduk Kuala Lumpur pada tahun 1960 dari lebih kurang 200,000 naik sekali ganda 500,000 pada tahun 1970. Pada 1980 naik lagi sampai 900,000 orang. Kini penduduk Kuala Lumpur sudah mencapai 1.5 juta orang metronya. Tapi penghijrahan Melayu pasca DEB secara besar-besaran ini didorong dengan pembukaan banyak kilang dan industri baru di pusat bandar.

Jadi, urbanisasi mereka tidak natural. Tambahan pula dengan kalahnya Arab dengan Yahudi dalam Perang Yom Kippur, serta Revolusi Iran sekitar tahun 70an, paranoid orang Melayu yang dah memang Islam terhadap kaum lain makin menjadi-jadi. Maka jika ada diantara orang Melayu mula dah tak nak jadi Melayu bermakna dalam state of mind mereka keluar dari Islam.

Faktor-faktor inilah yang menjadikan Melayu hari ini sangat voyeurist dan sangat kepohchi. Padahal Melayu djaman dulu relax dan open. Tapi pada pengamatan aku, mereka yang sibuk mengkritik orang ni tidak Islamik, orang itu lupa adat resam ni bukanlah Islamik mana, dan bukanlah Perempuan Melayu Terakhir pun. Pakai juga baju DKNY walaupun ciplak dan ketara made in Shenzen Guangdong. Pakai juga lampu chandelier yang bersalutkan emas dan plastik. Bila design interior nak buat ala Inggeris. Butohlah. Nak kutuk orang tak pakai tudung sebagai lupa daratan, habis kau tu hape?

Anyway rancangan Melodi, Nona dan akhbar Harian Metro ini terus kekal setelah sekian lama kerana wujudnya kaum ini. Kaum Melayu Pasca DEB ini bersepah dimana-mana pun. Mereka tak suka kalau orang jadi urban sebab mereka nak urbanisasi diikut mengikut acuan mereka. Segalanya jadi phony dan aneh. Cerita bontot pun boleh jadi cerita utama berita berminggu-minggu.

Mengingatkan aku terhadap seorang Melayu pasca DEB yang mengkritik aku sebab pandangan sekular aku. Last-last kantoi follow blog blue. Sama juga dengan ada lah ex-colleague aku yang tak puas hati dengan member aku yang agnostik. Last-last pergi rumah lampu merah di BB mencari China doll juga.

So, what have to be done?

Bagi aku simple je. Benda ni tak boleh salahkan UMNO semata-mata. Bagi aku golongan urban konservatif pasca DEB ni lagi bersepah dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR dan PAS berbanding dalam UMNO. Nak kata kita kena undi Pakatan untuk perubahan pun idok juga. Macam kau tukar aquarium ikan tapi kau tak tukar airnya. Bagi aku tak guna tukar aquarium ikan bila air keruh. Yang perlu kau tukar dan buang ialah airnya.

In the end, aku rasa iklan macam ni takkan wujud lagi di Malaysia. Tapi di celah-celah kehidupan, masih ada lagi yang sedang menapai walaupun sambil menyuruk-nyuruk. Relaxlah, mana-mana bangsa dalam dunia ada tapainya sendiri. Arab ada khamar, Russia ada vodka, Irish ada stout, Jerman ada beer, Melayu ada tapai dan tuak, even dalam kepulauan Solomon yang jauh tu pun ada tapai.

Apa komen gadis di atas yang comment pasal Amalina tentang rasuah di negara-negara kapir atheist makan babi Illuminati ni banding dengan negara Islam yang mengikut ajaran Ahlil Sunnah wal Jamaah kita ni? Tak tahu? I rest my case.





p/s:Religion, to me, is a bureaucracy between man and God that I don't need. - Bill Maher

17 gelas teh tarik:

Ahmad Tongkeng berkata...

Huuuuh

Dude, tulisan kau yang ini paling provoking minda dan otak aku.

Aku tak kenal kau siapa. Aku tak perlu kenal pun. Yang penting aku setuju dengan tulisan kau ni.

Sedap gila bila baca terus rasa macam nak minum Ginis Staut.

aires berkata...

kaum melayu ialah kaum yg sangat busybody. aku masih x paham kenapa diorang xboleh biarkan orang lain nak hidup dengan cara tersendiri.

bende ni yang masih aku x paham.

adakah sebab majoriti adalah islam, sebab agama drang suruh drang busybody? sbb agama diorang dictate kata kalau x tegur nnti masuk neraka sama? this really shows that they just want to save their own asses is it?

mangifera berkata...

punca jadi begini sebab melayu tu sendiri. bukan salah agama, ini salah individu.

semua ni cuma kejutan budaya yang mana melayu tak recover lagi dari dulu. melayu ni jugak yang minum arak and main pelacur tapi bila dia tengok orang lain buat, dia rasa offensive, terus lupa apa yang dia buat pun salah.

sebab apa dia rasa salah? sebab dia punya subconscious mind bagitau diri sendiri yang apa yang dia tengok tu adalah sama je dgn apa dia buat, sebab tu dia terasa lebih2. I bet lots of people yang duk komen2 lebih2 psl amalina tu actually pernah je buat or intended buat macam amalina tu. it's the reflection of their action and it's such a rude awakening in their subconscious mind.

Islam ada suruh menegur tapi menegur dengan berhikmah. Bukan maki hamun, caci maki. cara caci maki tu buat orang lagi jauh dgn islam dan orang yang menegur tu, sekaligus reflection on the religion. Agama tu tak pernah salah, yang duk salah manusia tu yang duduk perkudakan agama utk kepentingan sendiri.

Jiyuu berkata...

Org yg dok kutuk2 Amalina bukak tudung tu DENGKI. Years ago, semua org sibuk puji betapa baiknya dia...so now everyone just loves to see her fall. Not so much of a fall pun, just made some personal choices. Tunjuk rambut, pakai mekap and camwhoring. Don't tell me you don't do that, perempuan2 pasca DEB. Yg komen pasal Amalina at the beginning of the post pun xpakai tudung. Nk komen org lain xpakai tudung pehal? Aku xpaham.

Akhir kata, lantak kamu la semua nk bukak tudung ke, bukak baju ke, xde kaitan ngn aku. Just don't be such blatant hypocrites.

aufi alwi berkata...

menasihati orang tu harus, tak kirala orang tu hipokrit ke tidak. aku lebih rela dinasihati oleh seorang hipokrit daripada tidak dinasihati langsung.
SELF REFLECTION la katakan.

Cikya berkata...

gua tak suka sebar rumors,
sebar fitnah, bad mouthing ni tak kacak.
orang bodoh je tukang sebar benda2 hal aib orang ni.

satu aku nak cakap,
sekali kau buka aib orang, akan terbukak hijab aib kau yang Allah tutup. demm, hidup ada karma.

lagi, kau nak gebang lebih apsal?
kau bukan dia, you're not their shoes, though you don't know the truth.
jadi lah lembu mohon share di pesbuk. buta2 percaya...

gua malu weyh. bagi gua, baca benda2 macam tu, tak mengembangkan otak lansung, siap buat komen gaya extremist.
demm again. macam Nami cakap, sebelum kutuk kritik orang tu, cermin diri dulu.
kau dah sempurna tip-top tak boleh jentik lansung ker amalan, akhlak, perangai kau.. :)

ahh, tak pasal2 aku ter'emo', cakap pasal lembu..

kau bukan refer kepada Nami.
kau=cow= lembu..
Ohoi!

Republic berkata...

sendiri mahu ingtalah hari ini mungkin hari dia esok lusa kau tahu ke siapa pula punya giliran...

Jiyuu berkata...

@Aufi alwi,
Masalahnya dengan hipokrit yg dok mengomen Amalina ini, Amalina itu, is komen diorang lebih kepada self-righteous ego boosting yg xkan memberi impak langsung atas kelakuan Amalina sebab bukan Amalina tu baca pun apa diorang komen. Nasihat is one thing. Mengutuk is quite another.

tank_hadi berkata...

nicely written brah.aku sependapat dgn kau tapi aku bagi term sendiri kat melayu pasca DEB ni.aku panggil diorg red neck meleis.mane2 pon bersepah.dari djaman aku sekolah sampai r kat uni.mmg byk

Cob Nobbler berkata...

tank_hadi:neck mereka tidak red
neck mereka brown
kakakakaka

kurosagi berkata...

cermin diri sendiri~ yup~ itu yg terbaik~ "mind your own business", itu peganganku~

bila dah banyak berkawan & berurusan dgn cina2 n india2 ni ak nmpk~ pemimpin2 melayu ni protect bangsa sendiri seolah2 binatang yang hampir pupus~ ketakutan tu cukup tinggi~ takut2 cina merampas malaya~ takut2 bangsa terjajah~ buat undang2 baru~ kuota itu, kuota ini, hadkan itu ini, haramkan itu ini~ sekat mana2 hak yang mereka nampak sebagai peluang bangsa non-bumi menjajah melayu~ bagi aku, kita tak perlu mengaku TUAN TANAH, tetapi orang lain lah yang mengiktiraf kita sebagai TUAN TANAH tanpa dipaksa~

pasal politik lak, yang perlu ubah, sistemnya bukan orangnya~ sistem 'demokrasi' ni la yang buat kita bertengkar mencari salah masing2 tanpa henti sedangkan nik aziz terkenal dengan zuhudnya, anwar ibrahim & dr mahathir 2 genius ekonomi melayu~ karpal dengan ketegasan undang2 nya~ so, pendapat aku, biarlah mereka pegang kepakaran mereka, jangan bagi anwar jadi PM, bagi dia menteri ekonomi sudah lah~

pasal Amalina 17A, kau budak bijak, tapi attitude yg paling penting~ attitude 1st, intelligent 2nd~ sebab orang bodoh banyak yang berjaya atas muka bumi ni~ take a look at them~ malu la kalau mereka2 yg kurang bijak ni berjaya menggapai impian mereka tapi kita yang diberi kebijaksanaan tinggi ni tidak tercapai impiannya~

last but not least, iklan baik untuk anda! 70s siot!

http://www.youtube.com/watch?v=weRFhrWY5Yg

Michael Kosher berkata...

keep em comin,aku dah jenuh tgu post baru kt F.O.A, thanx mate

Diyana Munira berkata...

You know what, what you typed here is half of the reason why I'm feeling suicidal lately (other than the political issues yang haru-biru lagi confusing).

It's funny lah. As in haha funny. Post benda2 yang diragui without investigating. Bila nampak aib orang, publish memang nombor satu. Menasihat secara mengutuk. Mana lah orang tak rage.

Faiz berkata...

diorang dengki diorang tak seksi dan secerdik amalina. LOL

haha berkata...

Pada aku, islam satu cara hidup yang bermasyarakat. Jadi, sikap saling mengambil berat antara satu sama lain amat ditekan. Tegur menegur juga amat digalakkan. Tapi perlu dibuat dengan beradab. Bukan dengan cara menghina-hina (macam dialami amalina). Tapi yang amat penting sekali islam juga suruh kita sentiasa cermin diri kita.

Raden berkata...

ni la masalahnye bila senang sangat seseorg tu diangkat sbagai idol... pantang silap... abis la kena... x kira la sapa... selebrity/tokoh/pilitician... padahal diorg ni suma manusia... x maksum pon...

TreyLey berkata...

Melayu yang sedemikian rupa amat jarang didapati sekali di kepulauan borneo di mana mereka boleh meminum beer brsama2 dgn teman sekerja yang lain khususnya dayak di kedai cina pada waktu petang.

Related Posts with Thumbnails