
Jilaka kamu serbanistas, ente semua telah jajah Facebook ana macam kaum ana menjajah Gaza dan Ramallah, nantikan Merkava menyerang ente sekalian. Hidup Yawheh!
Ezreenology - Religion Should Be Separated From Sports, Seriously.
Tiba-tiba teringat djaman aku sekolah, darjah tiga, djaman budak-budak semuanya masih belum bersunat dan masih gay, sebab rata-rata budak lelaki masa usia begini cukup jijik untuk sebelah perempuan. Dulu masa aku di sekolah, kalau ada budak lelaki nakal je, kena shuffle tempat duduk, duduk sebelah perempuan. Dan pada masa ini, siapa yang lepak dengan budak perempuan dianggap tidak cool dan selalu kena pulau. Oleh kerana masa kat sekolah dulu aku ada crush, yang sanggup belikan aku macam-macam sebab nak suruh aku duduk sebelah dia, aku kadang-kadang dipulau juga kawan-kawan.
Tapi aku dapat juga main bola, atau badminton, atau main police entry. Atau main lawan pemadam dan juga tutup botol. So, satu hari tu aku dan kawan-kawan nak main bola. Oleh kerana duit syilling semua dihabiskan membeli ais krim Malaysia dan juga air tebu (djaman aku air tebu sebungkus 50sen kau tahu?), tiba masanya untuk tentukan siapa yang start kickoff main bola. Oleh kerana duit syilling takde, kami main ozom. Bagi siapa yang cukup urban sampai tak tahu mengeja yang tak tahu ozom tu apa (apew tuew aq ta tawwww) - ozom tu ialah sejenis permainan algorithm untuk menentukan sesuatu. Burung, batu, air. Ada sesetengah negara macam US dia main batu, kertas dan gunting, which is illogical bila batu kalah dengan kertas(aku tak nampak apa point pun batu boleh kalah dengan kertas).
So, lebih accurate ialah versi Meleis, burung, batu dan air. Burung vs batu, batu menang. Obviouslah - kecuali kalau kau berfikir macam Angry Birds. Air vs burung, burung menang sebab burung minum, dan batu vs air - air menang, sebab batu tenggelam.
Pada hari tu, kawan aku Fandi selaku ketua pasukan, lawan dengan satu lagi team. Team lagi satu ni diketuai oleh Zul Tayap. Kenapa orang panggil dia Zul Tayap? Sebab dia ni pergi sekolah ke, pergi main bola ke, pergi kedai ke tak pernah lekang ketayap dia. Bapak dia cakap sape tak pakai ketayap menyerupai orang kafir. Dalam fikiran aku mungkin bapak dia seorang penjual ketayap.
So, Fandi ni ozomlah dengan Zul Tayap. Bila ozom je - Fandi keluar tangan bentuk batu, tiba-tiba si Zul Tayap ni mengangkat tangan seluasnya dan menjerit "ALLAHHHHH!!!". Kami semua terpinga-pinga. Apa lancau yang Zul Tayap ni sedang buat?
"Apa benda kau ni?" kata Fandi, tergaru-garu kepala.
"Ye la, kau keluarkan batu, aku keluar ALLAH. Akulah menang."
"Mana boleh macam tu?" kata Fandi.
"Ye la, Allah cipta batu, burung, air. Tiga-tiga pun aku menang."
"Kau nak menang, ambiklah. Jom kita main tempat lain." kata Fandi yang tension dengan perangai Zul Tayap. Tak tahulah setelah 20 tahun aku tinggalkan Zul Tayap, apa sudah jadi. Mungkin dah jadi macam ni.

Baguslah kalau Zul Tayap yang aku kenal 20 tahun tu jadi YB macam Zul Noordin. Moga-moga dia boleh kembangkan business ketayap abah dia dulu.
Anyway, berbalik kepada topik asal. Facebook, dicipta oleh seorang Yahudi atheist bernama Mark Elliot Zuckerberg. Adapun si Yahudi atheist ni mencipta Facebook, ribuan bahkan jutaan manusia - sama ada menemui sanak saudara yang telah lama berpisah, menemui girlfriend (saya jumpa girlfriend saya pasal Awek Chuck Taylor), ada yang jumpa bakal bini, ada yang jumpa kerja, ada yang jumpa kawan, ada yang jumpa downline MLM, macam-macam orang. Tapi ada satu golongan yang bersepah dalam Facebook kini ialah golongan serbanistas. Golongan holier than thou yang merasakan ugama mereka lebih power dari orang lain.
Kadang-kadang ironi juga serbanistas ni, mengutuk atheist dan Yahudi dalam Facebook, tapi yang mencipta Facebook itu sendiri Yahudi atheist. Kadang-kadang dia buka cerita tentang atheist nak menyebarkan agenda menyebarkan ajarannya untuk menyesatkan umat Islam. Butoh apa - kau ingat Islam je ke kena? Bukak The Thinking Atheist channel - Kristian paling banyak kena. Tapi aku rasa atheist memang attack semua pun, so relax lah. Mengutuk Yahudi seolah-olah Yahudi ni manusia paling keji, tapi lupa ada ramai lagi Nabi Yahudi yang wajib kau kenal.
Aku tak pernah kisah apa preference political kau. Kau UMNO, kau PAS, kau anarchist, kau PKR, kau pro bontot Saiful, pergi mampus kaulah. Apa yang buat aku annoyed dengan kau ialah - dalam page group bola nak sembang ugama. Dalam page masak-memasak nak sembang ugama. Dalam page gamers kau nak sembang ugama. Dalam page Terfaktab cinta mencinta kau nak sembang ugama. Dalam page muzik kau nak sembang ugama. Dalam page segmen IT dan komputer kau nak sembang ugama. Bila kau nak buka minda kau benda lain ni?
Jadi, serupa macam kawan aku Fandi, aku blah dari group bola sebab ada ramai geng Zul Tayap dalam group tu. Admin page contact aku suruh masuk balik, aku kata "kau halau semua serbanistas dalam group tu baru aku masuk. Aku tak suka group bola orang bercerita ugama, sama macam Zul Tayap".
At the end of the day, serbanistas ini adalah produk dari djaman pasca DEB. Dulu Melayu proto-DEB tak ambik pusing golongan macam ni. Mak aku cerita siapa pakai tudung dulu dipanggil "minah dakwah". Even orang kampung pun tak nak campur. Ini serius. Orang Melayu djaman Tunku Abdul Rahman dulu tak pernah ozom guna Allah. Nak berdebat guna Allah. Nak lawan guna Allah. Woit, Allah bukan tentera upahan kau la untuk kau menang segalanya.
Paling tak boleh blah aku pernah jumpa page "1 juta mohon Mark Zuckerberg masuk Islam". Time ni apa yang aku boleh lakukan ialah, mata di atas, tangan di bahu. "ye laaaaahhhh..."
Kalau aku jadi Perdana Menteri, aku buang negeri semua serbanistas ni ke Acheh. Mungkin mereka di situ akan lebih aman dan tenteram. With exchange of some punk-rockers there ke sini. Bagus juga.
Faith: not wanting to know what is true.
Friedrich Nietzsche
33 gelas teh tarik:
sekali tgk si Mark ni mcm Julius Caesar la pulak. Dgn pesen rambut gitu. Kahkah
sila tengok avatar facebook dan twitter gua
ciri-ciri islamik gitu
kahkahkah!
Zul Tayap? Is this a real character or you just made up story?
This is funny.
Like I told you, they are stupid. Let them go. Without serbanistas I don't have jokes to laugh.
I really hope Azhar Idrus will meet Bill Maher. Like seriously will be epic joke of the year.
New rules! hik hik!
bahu di tangan, atau tangan di bahu?
This is by far your best post. Well, not that far lah, post yang lain pun sangat bagus juga.
but yeah, try bukak blog gossip, kat situ pun dorang kaitkan everything dengan agama. perfect irony.
Sefaham aku..
1. Sebenarnya, religion (aku cakap dari konteks Islam), tak ble nak seperate dari segala perkara berkaitan kehidupan (termasuk sukan) bcos Islam adalah cara hidup. Dalam perkara ini Islam berfungsi sebagai guideline. Malah ia juga meggalakkan sukan. Hadis nabi ada menyebut dgn maksud yg lebih kurang begini; "Ajarlah anak² kamu membaca, memanah, menunggang kuda dan berenang...". Sekiranya niat bersukan itu baik, maka berpahalalah..
2. Apa yang Zul Tayap buat tu memang pelik. Memang ada sekelompok org yg fahaman agama dia agak "narrow". Dalam kes nie, dia mengalatkan Allah. Alaa, nie jaman ko bebudak. Biasa lah bebudak memang macam tu. Tak kira chup tempat dgn "alif lam lam ha, sapa curi dia dosa" lagi... Org macam nie memang kesian.
3. Personally, aku pun visit site the Thinking Atheist. Hakikat dia memang Atheist "serang" sume agama tersusun. Not just Islam. But anyway, Atheist juga adalah agama. Am I correct?
4. Yahudi bukan semuanya jahat. Yahudi hanya salah satu bangsa yg tuhan create. Salah sorg bini Nabi org Yahudi apa.. Tuhan jadikan majoriti 25 Rasul dr golongan Yahudi yg perlu diketahui bersebab. Alah, kalu pikir dalam sikit boleh agak nape tuhan byk citer pasai nabi dr golongan Yahudi. Just guna otak je. Sungguh pun byk nabi dr org Yahudi, but that do not make the Jews lebih mulia dr bangsa lain. Tp yang jadi maslahnya, sekelompok Yahudi pikir depa bangsa terpilih. You can refer the Bible. You know this.
5. Salahkah bercinta berlandaskan Islam? Nabi tak penah tegah muda mudi bercinta. Bersyair cinta dan menagih cinta pun nabi tak tegah. Just jgn pi over the limit sajalah. Itu yang dimaksudkan bercinta berlandaskan Islam. Islam mengawal para pelamun cinta utk still jaga adap dan maruah.
6. Salah ka makin ramai org Islam tutup aurat dan ikut sunnah? Ini satu kemajuan sebenarnya. Aku tau bukan sume yg tudung labuh or ikut sunnah baik. Kes bebaru nie pun kita ble tgk macam mana student tudung labuh menjerit tak tentu pasai maki hamun di tgh malam. Or awek tudung litup buat benda tak senonoh. But having said so, depa dah terlepas dr dosa tak tutup aurat.
7. Maybe ada benarnya bila hang cakap Melayu DEB nie "poyo" & over acting dalam menonjolkan keIslaman dia (ini yg aku paham dr tulisan hang). Majoriti maybe seolah nak menonjolkan aspek luaran shj.
8. Tak salah doa macam tu.. Tp slah kalu doa tanpa usaha. But its really laughable. Hahahaaa
Pada aku, kita tak ble nak blanket something base on our mere experience only. Tak fair. But its your point of view & I respect it. Aku tak pasti adakah aku dilabel sbgai sebanitas or not. But bila aku baca entry hang, aku tertarik utk respond.
Memang ada segolongan yg menyalah tafsir agama dalam keadaan yg sgt "jumud" @ narrow. Aku sendiri pernah kena tarbiah hanya kerna aku keluar statement kat FB yang menggalakkan org utk baca buku DrM. Dia cakap, dr baca buku DrM better baca buku sirah nabi sebab baca buku DrM dunya semata. But case tu diam lepas aku respond balik dan ajak debat menggunakan hujah agama(yg semestinya dia menolak utk berdebat).
By the way sekarang nie byk org menggunakan Islam utk personal interest.
Pawi:kalau kau cakap Atheism ni ugama - samalah macam kau cakap "tidak mengumpul setem itu hobi".
Atau pengangguran itu satu pekerjaan.
Salah tu.
kau ni cliche buat anti-establishment membenci serbanitas. menulis kerana gilakan populariti. gila picisan.
Nami;
Atheist = agama?
Sebenarnya, aku pun memula susah nak faham maksud dia. Tp apa yg aku tulis nie dipetik dari buku;
World Religions At Your Fingertips; By Dr Micheal McDowell dan Nathan Robert Brown.
Secara ringkas ia dikelaskan sbgai agama atas faktor fungsi ia sbgi "kepercayaan". Yakni, kepercayaan yg tiada tuhan. But ofcourse, pd aku, ia bergantung kepada bagaimana seseorg itu memandang "fahaman" Atheist itu berfungsi.
Aku tak pasti Richard Dawkin nampak Atheist nie sbgai agama atau tidak. Aku tak perasan dia highlight isu nie dlm Gods Delusion pun. Maybe dia highlight benda nie dlm Greatest Show On Earth? Ini aku tak pasti bcos aku belum baca buku tu walau pun aku dah beli buku tu. Hahahaa
Nami's rage against serbanistas at its best and max!
Jamil: samalah macam korang serbanistas yang gilakan populariti bila cerita pasal Freemason dalam The Arrivals.
Same jewwwwww
Pawi: Kau cuba letak religion as political party, misalnya.
Contoh, ada BN, PAS, KITA, PKR etc.
Kau mengambil untuk tidak menyokong sesiapa.
Macam religion, ada banyak ugama dalam dunia ni, dan kau memilih untuk tidak masuk mana-mana. Dan kau tak percaya adanya Tuhan.
Atheist, agnostic, apatheist - semuanya lain. Kau kena faham definitionnya.
Aku nak buat novel pasal serbanistas
idea banyak - masa yang tak banyak
satu-satulah
siapkan novel kasanova ni dulu
kang aku buat novel serbanistas ni
dengan kajian terperinci dan terpadu
aku kais dan bongkar cerita
dari imam al ghazali ke ibnu talmiyah
dari sheikh muhammad abduh ke dua anak muridnya yang bergocoh
cerita sisi gelap serbanistas
politik, kuasa dan ugama
lepas ni jangan cakap aku tak pernah baca
aku bagi trivia sikitlah
Ali Abu Raziq dan Rashid Ridha
dua anak murid ini bergocoh pada djaman kejatuhan Uthmaniyah
Ali ambil aliran sekular
Rashid ambil aliran ekstrem
Rashid kata "kita perlu tubuhkan kerajaan khalifah Islam untuk mempertahankan syiar Islam"
Ali kata "tak guna ada kerajaan khalifah kalau ia menindas, apa yang penting adalah rakyat sentiasa aman dan tidak kira kerajaan apa sistem pun, jangan menindas"
Ali dihalau dari al-Azhar dan Rashid menguasainya
Ali jadi peminta sedekah di kota Qahirah
Akhirnya fundementalis ini muncul Sayyid Qutb
yang menjadikan golongan proto-serbanistas ini wujud
rasa diri hamba Tuhan
tapi sebenarnya hamba ideoloji orang
yang merasakan dirinya Tuhan
kahkahkah
pawi:
atheism tu agama?
agama tu percaya tuhan ada, atheist pula x percaya langsung tuhan tu ada. org yg beragama percaya pada ada satu makhluk yg mungkin ada kat atas langit yg mempunyai kuasa luar biasa. yg tak ada agama pula x percaya benda tu..faham dulu definisi..
atheist datang dari perkataan greek ateo..cek wiki la senang..
btw, dalam buku si richard dawkins tu, iaitu god delusion si mamat richard tu pun dah ckp awal2 dah pasal apakah atheism..dan dalam the greatest show on earth, dia ckp bab mula2 n seciput je psl agama..tu buku sains..tu buku jatuh kategori evolutionary biology, bukan atheism atau pun comperative religion..
rip:macam aku cakaplah.
orang yang anggap atheism tu ugama sama macam cakap "tak mengumpul setem itu hobi" atau penganggur itu satu pekerjaan.
Atau tidak mengundi itu berpihak kepada satu parti. Macam tu lah.
cob:
aku suka penerangan ko tu.haha..ala, siapkan la awal2 buku serbanistas tu..dunia memerlukan buku pencerahan mcm tu di kala zaman gelap ni..
mungkin bila dah siap, serbanistas sekalian mesti buat upacara bakar buku tu..nak baca takut, dogma, takut kena bakar, so bakar jelah senang buku tu..kehkehkeh
op
rilek la nami.
gua rasa serbanistas ni problem dia pasal:-
The mark of the immature man is that he wants to die nobly for a cause, while the mark of a mature man is that he wants to live humbly for one.
agama patut buat org humble.
klu x humble tu, x ya peduli keagamaan dia.
pergh...attention whore betul ko ni kan. menulis pung pang pung pang, what had you done lately dude? you can't even feed yourself, let alone change the world. keje pun setakat minimum wages, aku tak faham what erica micheal sees in you. yeah, perhaps you got mind which thinks different from others and it was fun while she at cloud nine in love with you but hey, last time i check, it didn't put food in your fridge (assuming you have one).
one day, she will leave you for she will be giving up on having proper life with you. unless you don't mind she's out there earning the bread while you at home waiting for her to get you something to eat. sure, full time at home husband would be ok for you, right?
you think your writing can change the world? dream on and have fun when the world toying around with you.
exclusion case : buddha~ agama tetapi atheist, agama yang percaya tidak wujudnya tuhan~
serbanistas ?? hahaha~ long time no see~ aku sibuk cari duit kot, takde pulak aku tengok serbanistas ni kat blog2 & group2 business dealing emas perak~ hahahaha~ setahu aku islam ajar supaya kita kejar dunia & akhirat~ bukan tibai akhirat saja~ kamon, islam jugak yang ajar emas & perak tu nilainya akan kekal sampai akhirat, takkan yang bukan islam ni nak ajar korang supaya menyimpan emas perak! hello pak2 serbanistas out there~ emas perak mahu murah boleh kontek gua yo! dealer2 melayu islam tidak berserban banyak bagi harga baik punyew~ beli emas bar 1 gram @ perak 1 Oz pon dah kira terbaek yo bagi beginner yang low budget macam gua~ oh, sori bro nami, ter-promo sekejap~ & aku cume heran, serbanistas ni, gaya & budaya pelik2 dari arab dorang mau tiru, tapi business pak arab yang maju dorang tak tiru~ hampeh!
Jamil:bla bla bla
personal attack
bila anda tewas dengan perdebatan anda, anda attack personal saya
Anda tak tau apa saya buat
Bukannya anda tahu saya kerja apa
Nak drag erica ni dah kenapa?
Keh!
Macam ni la serbanistas
Kenal aku pun idak
Tak tau aku ni kerja apa
Main tekan je cerita
dah kalah argument tekan red button
Which aimlessly entah mana-mana
So, berbalik kepada si Jamil ni
Money is everything
Sembahlah duit, jangan sembah Tuhan.
Kelakar la lu ni dude.
jamil hakim,
"keje pun setakat minimum wages.."
mindset lu sama ngan chinese yg pernah inteview gua ngan member gua.
"bukan TUHAN bayar gaji lu, company bayar gaji lu.." bila member gua tanya pasal semayang.
member gua tanya "mana surau dlm office ni" kat interviewer tu.
pasal rezeki pun buleh pandang down kat orang.
pasal agama pun buleh pandang down kat orang.
keji keji.
"pergh...attention whore betul ko ni kan. menulis pung pang pung pang, what had you done lately dude? you can't even feed yourself, let alone change the world. keje pun setakat minimum wages, aku tak faham what erica micheal sees in you. yeah, perhaps you got mind which thinks different from others and it was fun while she at cloud nine in love with you but hey, last time i check, it didn't put food in your fridge (assuming you have one).
one day, she will leave you for she will be giving up on having proper life with you. unless you don't mind she's out there earning the bread while you at home waiting for her to get you something to eat. sure, full time at home husband would be ok for you, right?
you think your writing can change the world? dream on and have fun when the world toying around with you.
19.1.12"
Aku tak ada kena-mengena dengan kau, ape jadah libatkan aku?
Yeah, it is always good to see people in love. And it just feels better when they break up, right?
And you see their world crash upon them.
Is this what you call Muslim?
Tak pernah nak doakan baik-baik untuk orang.
You people make me laugh.
So ironic!
And please, GO TO SCHOOL AND LEARN MOTHERFUCKING GRAMMAR!
ERICA
kan mem aku dah marah...
kahkahkah!
Dear all,
Atheist;
In a nut shell bermaksud... "laa hau la wa laa.." @ tidak ada tuhan.. Aku tau definasinya. Cuma aku sangkakan hang faham dari konteks yg aku cuba sampaikan. Tak sangka ramai yang sangka aku tak tau apa itu Atheist.
Atheist = Religion? Seperti yang aku tulis sebelum nie,"ia bergantung kepada bagaimana seseorg itu memandang "fahaman" Atheist itu berfungsi".
Apa yang aku petik @ tulis ini adalah dr buku World Religion At Your Fingertips. Buku nie simpel, korang boleh cari kat kedai buku or order je kat AMAZON. Pendekatan yg sama juga telah diambil oleh Karen Amstrong dlm buku History of God.
Aku rasa tak perlu lah aku ulas lanjut tentang perkara ini. Hangpa boleh cari buku nie dan baca. Sama ada hangpa terima atau tidak, itu pilihan penerimaan masing².
Penerimaan sama ada Atheist nie sebagai satu sistem kepercayaan, satu kekosongan atau statement sebenarnya bukan isu pokok. Yang penting, org paham apa itu Atheist dari maksud zaman sekarang. Aku percaya hang mesti tau yang suatu ketika dulu Atheist ini merujuk kepada kelompok yang macam mana kan..
Serbanitas?
Aku pun galakkan hang tulis buku tu. Aku pun nak tau juga apa yang hang cuba nak sampaikan.
Harta kekayaan dan bisness?
Memang, Islam pun menggalakkan umat dia cari harta kekayaan. Nabi pernah cakap (yg maksud dan bunyi dia lebih kurang begini); "Allah menyayangi org miskin dan beriman, tp Allah lebih sayang pada org kaya yg beriman..". nabi pun meggalakan Muslim utk berniaga dalam hadis; "9 dr 10 kekayaan didunia adalah drpd perniagaan.."
Ilmu = Humble?
Agama memang sepatutnya membentuk insan yg lebih humble. Tp ini lah masalahnya. Kekadang dgn ilmu yg ada sesorang tu jadi sombong dimana padanya, hanya dia yang betul. Actually bukan sahaja ilmu agama, malah segala jenis ilmu. Sepatutnya ikut resam padi...
pawi:masing2lah
memang betul lah apa kau cakap tu
kita masing-masing mencari ilmu
kita tuju mana kita nak tuju
asalkan kita aman bahagia, rilek sudah
Cob; True...
Memetik kata² Joker;"Why soo seriusss.."
"laa hau la wa laa.."??
(Tiada daya dan tiada..)
Ke..
"Laa ilaah"??
:p
Pawi, you're cool in my book.
Aku faham apa maksud kau bila kau cakap atheism adalah agama.
Pada aku, atheism is not a religion. But it is a lot like religion. In terms of ritual and tradition, memang tak ah. Tapi macam agama jugak, ada atheist yang moderate dan ada yang extreme.
Yang moderate reserved their disbelieve to themselves and try to find commonality among human being tapi yang extreme always feels the urge to fix others or to shove their version of truth down other people's throat or at least to condemn other people for their belief.
Ironical as it is, atheist pun ada yang jenis holier than thou. Well, maybe the term holier doesn't apply to them, but...you now what I mean, kan?
Itu maksud aku bila aku cakap atheism is a lot like religion.
Pada aku, masalah utama majoriti serbanistas ialah kejahilan. With little knowledge that they leech off from obscure teaching from this Ustaz, or that Ustaz, they think they know it all and they go around condemning others for the sake of condemning, bukannya untuk bawa kebaikan bersama. They have no effort in doing actual research to prove or disprove anything they heard. If it's from an Ustaz (even a self-proclaimed one), they'll swallow it whole, sometimes verbatim.
Soalan: Boleh dikira religious ke seseorang tu kalau dia tak ada moral dan tak ada ethics?
try to search "yahudi" in facebook and tada!! Rahsia Simbol Yahudi, i loled hard to this
teori konpirasi palejadah pun boleh buat duit, pathetic
ko-san,
Soalan: Boleh dikira religious ke seseorang tu kalau dia tak ada moral dan tak ada ethics?
ni personal opinion.
dlm pengajaran agama islam kat malaysia ni selalu ada these 3 stories:-
1. pelacur bagi anjing minum
2. pembunuh yg da bunuh 100 org, pastu blah gi negeri lain, mati tgh jalan.
3. ulama yg bleh jalan atas angin, last2 mati kafir..barshisha kot nama dia...
yg gua paham ceritaceriti ni, klu hari ni x de moral, esok dia ada moral, mana kita nak tau oh?
hari ni baik esok jahat tulat baik balik. tu human kot.
so x ya kita nak amik tugas tuhan nak evaluate dan condemn orang. Keje HR kat company lain banyak lagi kot.
sori tuan blog and readers kerana ke-serbanistas-an entry ni. tolong jangan hantar gua gi Acheh klu jadi PM nanti. ko-san, jgn marah.
otak gua tepu dok pikir Armenian Genocide. (chapter 10, buku robert fisk)
giler ah.ikat ramai2. pastu beratur sebelah sungai. pastu tembak orang yg paling hujung, then reramai jatuh dlm sungai. untuk save bullet.
Armenian (Christian) kene massacre ngan Kurds (Muslim)..which years later Kurds (Muslim) kene chemical attack ngan Iraq (Muslim).
gua x larat pikir pasal serbanistas da bile baca menda ni.
Suatu perkongsian
http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/israels-serbanistas.html
firdaus, terima kasih sebab menjawab. Aku rasa kau keliru dengan soalan aku. Aku tak tanya seseorang tu akan masuk syurga atau tak. Kalau itu soalannya, maka jawapan kau memang tepat sekali.
Soalan aku berkait dengan serbanistas yang sangat eager untuk nampak religious tapi tatacaranya tak bermoral malahan tak ada ethics contohnya mencarut maki hamun orang lain sedangkan setiap argument boleh dibalas dengan counter argument yang valid. Atau bila dengan terang layan orang lain sebagai second class citizen atau sebagai sub-human semata-mata sebab orang lain tak ikut acuan yang sama dengan dia.
Tapi aku setuju dengan apa yang kau cakap yang manusia tak layak berlagak macam tuhan, menghukum orang lain "kau tak sama dengan aku jadi kau masuk neraka" atau "dia orang baik, jadi mesti masuk syurga". Manusia bukan tuhan, dan tiada manusia yang boleh diagungkan macam tuhan.
Itu apa yang kebanyakan serbanistas buat. Mengangkat imam, syeikh dan ustaz diorang sampai ke tahap tiada siapa boleh kritik tuhan-tuhan baru diorang.
Pada pendapat aku, dalam banyak masalah yang ada dalam dunia ni, semua kekejaman dan ketidakadilan tu, itu bukan salah agama. Itu semua berpunca dari manusia. Boleh saja nak gunakan setan atau iblis atau jin sebagai scapegoat, tapi realitinya, kejahatan tu hasilnya dari tangan-tangan manusia.
Kalau sesama manusia tak boleh layan dengan baik kemudian memilih untuk menghukum secara serkap jarang dan jahil (macam apa yang serbanistas suka buat), macamana seseorang tu boleh mengaku diri dia beragama?
Sebab itu di barat, walaupun tanpa agama, hidup masyarakatnya lebih fulfilling dan ada sebahagian dari mereka yang lebih baik dari kebanyakan masyarat beragama di timur sebab diorang ada pegangan moral dan ethics yang kuat. Dan sebab itu ada kerajaan-kerajaan kafir (heh) di barat yang lebih maju dan boleh diharap berbanding dengan kerajaan-kerajaan pimpinan muslim. Aku rasa aku dah menjawab soalan sendiri. Dah jadi rhethorical dah soalan aku kan?
Oh, bila aku cakap masyarakat barat bermoral, moral tu subjektif dan flexible. Bukan objective dan rigid macam apa yang dah didictate dalam mana-mana kitab. Sebab kitab suci mana-mana agama pun tak semestinya diorang terima sebagai valid and reasonable argument untuk define moral values.
Dah panjang sangat komen aku ni. Ok, move on to the next one.
Catat Ulasan