20120102

Dari Mana Kita Datang?Kita Ni Apa?Ke Mana Kita Akan Pergi?



Ini lukisan Paul Gauguin, pelukis Perancis post-impressionism yang aku belajar masa di USM - bukan sibuk berkempen untuk Aspirasi atau pakai baju batek tayang muka kat YB je kerja aku ni masa di universiti.

"Hidup ini umpama mencari gerai gulai itek Batu Road", petik kata hati aku selepas menjamah gulai itek berserta kopi Acheh di belakang bangunan UMNO lama. Dengan dekorasi tidak mengada-ngada, tidak ada bunga plastik sebagai perhiasan atau apa jua unsur-unsur Melayu pasca DEB urban konservatif, gulai itek bersama nasi panas ini aku nikmati dengan seorang teman yang pemurah.

Kenapa aku cakap hidup ini umpama mencari gerai gulai itek Batu Road? Ini kerana, walaupun setiap kali aku lalu wilayah Jalan Tuanku Abdul Rahman, atau area Medan Tuanku aku perhatikan manusia berpusu-pusu di sini, terutama time raya. Tapi aku belum pernah lagi tengok di sini orang begitu penuh, sebab gerai ini agak tersuruk dan rare sekali. Kalau aku punya wang - aku seboleh-boleh nak elak gerai tomyam, restoran mamak pasca millenium atau warung nasi campur hari-hari lauk sama. Tapi manusia sering mencari benda yang kita sudah biasa. Umpamanya, kalau kau hisap rokok Dunhill kau akan refused hisap rokok lain.

Aku surahkan tulisan ini buat Tengku yang berada di Sydney. Aku mohon maaf kiranya aku tak nampak(atau buat tak nampak) kehadiran kamu di KLCC tempoh hari. Kamu kata, kamu drive selama 3 jam dari BSB ke Miri, melepasi passport checkpoint dan naik kapal terbang sebelum ke KL. Kau kata kau sengaja naik flight kat KL instead BSB nak ke Sydney sebab kau nak jumpa aku.

Macam aku cakaplah, orang lalu lalang di Batu Road tapi semua nak menuju satu tempat dengan bersebab. Nak cari jeans bundle, nak cari kasut, tapi tak pernahnya nak menyusur sini sana tanpa hala.

Dalam erti kau mencari cinta kau, kau lupa yang kau ada orang disekeliling kau. Mungkin takde lagi jantan yang boleh melekat di jantung kau, sebab kau belum berjalan jauh lagi. Mak ayah kau lepaskan kau pun bila kau berusia 21 tahun.

Teruskan berjalan lagi. Aku percaya kau boleh jumpa lebih baik dari aku. Dan aku pun nak berjalan ke arah lain. Mana tahu - bila kau dah jumpa jalan kau, aku dah jumpa jalan aku - kita teruskan jalan kita ke mana haluannya.

Belajar elok-elok kat Sydney tu. Lupakanlah cerita ini semua. Cari hidup baru. Aku pesan juga dengan diri aku. Malas aku nak berkepam dalam cerita lama.

Dah tahun 2012 dah ni. Lapan tahun lagi nak menjelang 2020 - kereta terbang tak wujud-wujud lagi.

3 gelas teh tarik:

Wadi AR berkata...

dah terbang budak tu pon. biar kan jelah nami

CtZ berkata...

kereta terbang x wujud lagi. sape nak cipta nih. hehe mane pegi sume intelek genius dari malaysia.

bulan1720 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts with Thumbnails