
Pagi tadi aku bangun awal pagi. Tujuannya hanya satu - untuk mencari nasi lemak yang dapat meleraikan angin gelora di esophagus. Hari sepoi-sepoi bahasa, bertiup dari angin hujan yang mungkin akan tiba. Sedang aku keluar dari rumah, aku dapati hari ini hari yang agak aman walaupun semalam kucing aku telah berak di atas tilam aku. Dan lagi seekor meruntuhkan almari kain murah aku yang dibeli di kedai perabut tempoh hari.
Sedang melintas jalan, kelihatan ada ramai orang berkerumun di tepi jalan. Seperti perasaan normal manusia yang ingin tahu, aku juga mahu jadi kepohchi melihat apa yang berlaku. Kelihatan seorang kanak-kanak cedera dilanggar sebuah kereta Proton Waja. Si pemandu kereta, aku melihat berpeluh-peluh sejuk dahinya. Melihat suasana itu, aku rasa dia sangat kaget. Melalui perwatakannya, aku lihat dia ini seorang yang baik. Manusia mana yang tidak pernah lakukan kesilapan. Dia cuba membetulkan kesilapannya dengan memanggil ambulans, dan sayup-sayup kedengaran dia sedang memberitahu lokasi kemalangan itu. Aku melihat dia ini seorang Melayu pasca DEB yang biasa, ada janggut sejemput di dagunya. Aku perhatikan stiker di keretanya ada kalimah-kalimah Quran, ayat Kursi barangkali, serta stiker tempat letak kereta pejabat. Tidak ada stiker tiga garis mahupun sarang labah-labah.
Melihat kepada ini, aku merasakan dia seorang Muslim yang baik. Aku malas nak menonton drama ini lama sangat. Aku bukan Stanilavski yang nak tonton karenah orang berjam-jam untuk teater. Esophagus aku dah memberontak menuntut nasi lemak.
Aku cuba melintas pada jalan yang membelah Seksyen 24 dan Seksyen 18 - di hadapannya tersergam bangunan yang tak berapa indah - Ole Ole. Sama ada nama ole-ole ini datang dari kata orang Melayu "ole-ole itu tanda kenang-kenangan", atau tersampuk penyakit Amerika Latin yang gilakan bolasepak. Facade bangunan yang kitsch serta tidak ada nilai estestika memang berlambak di Kota Anggerik ini.
Sedang aku cuba melintas, aku dapati semakin kereta menghampiri ke garisan belang, semakin ia cuba laju, seolah-olah aku ini adalah crush test dummies yang boleh dilanggar. Sama ada aku ini kelihatan seperti benda bukan bernyawa, mereka tidak peduli. Semakin aku cuba melintas, ada lagi kereta yang memecut laju seperti di belakang ada Godzilla yang sedang mengejar.
Tahu tak kenapa aku yang dah berusia 28 tahun ni - aku masih tak bawak-bawak kereta? Kawan-kawan aku cakap aku ni loser, ada yang dah drive kereta semasa di bangku sekolah lagi. Nak cari kerja pun susah, nak gerak pun susah kalau nak harapkan pengangkutan awam. Nak tunggu GTP menyiapkan projek MRT, alamatnya kena tunggu Anwar masuk jail lagi sekalilah.
Kebanyakan ex-girlfriend aku reti bawak kereta. Orang kata aku ni loser sebab selama ni asyik awek aku yang drive. Bukan aku tak nak bawak kereta, tapi aku masih sedar diri - yang aku ni belum cukup berjalan untuk berkereta.
Seperti Murshid Merican dalam buku novel fiksyen Melayu pasca moden terhebat (bagi aku setakat ni) - karya Ridhwan Saidi - Amerika, pernah berkata, "orang Malaysia ni tak cukup berjalan lagi untuk berkereta. Sebab itu mereka bertindak seperti mesin, seperti kereta itu sendiri, tidak ada empati, tidak ada nilai-nilai seperti benda hidup". Tidak verbatim tetapi lebih kuranglah. Itu yang aku rasakan.
Berapa ramai manusia KL tidak tahu untuk naik bas untuk ke sini dan ke sana? Atau jalan-jalan belakang di Kuala Lumpur? Berapa ramai yang tahu untuk memerhatikan gelagat manusia yang berada di sekeliling mereka? Berapa ramai yang tahu apa yang orang di sekeliling mereka lakukan?
Tak, mereka berada di dalam kotak besi yang bergerak. Mereka hanya berada dalam comfort zone mereka sendiri. Sebab itu mereka tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kecuali bila dah langgar orang - baru tahu agaknya, "oh aku langgar orang rupanya".
Perancangan bandar kita sangat bergantung dengan jalanraya. Ada banyak bandar-bandar baru yang dibina di pinggir Lembah Klang untuk menyokong ekonomi negara. Tetapi pembangunan ini tidak ada nilai-nilai empati. Yang ada adalah nilai-nilai keuntungan yang menimbun-nimbun. Nak kapitalis, kapitalislah, tapi kena fikir juga apa yang ada di kelilingnya. Aku tak fikir Friedrich Hayek, atau bapa pengasas kapitalis Adam Smith suka melihat ini. Dan aku tak fikir kapitalis yang ada sekarang ni baca pun buku kapitalis - sama macam komunis djaman Soviet atau Korea Utara - aku tak fikir pun dorang baca buku Marx.
Aku pernah membaca buku yang ditulis oleh arwah Benton MacKaye, seorang yang aku kagum dalam perancangan bandar semasa aku belajar di UiTM dulu (dulu aku kat UiTM ambik architecture, so aku belajar sekali perancangan bandar, tapi lepas tu aku kantol 'barang' so aku dismissed) - dia adalah orang pertama yang membantah urban sprawling. Dia berkata instead of "townless highways", kenapa tak "highwayless town"? Sebab zoning hanya menyusahkan orang ramai untuk bergerak. Seperti yang kita ada sekarang, rumah di kawasan perumahan Maluri Perdana(ni nama fiksyen, sebab nama ni agak generik), satu kawasan yang jauh dari pejabat tempat kerja. Kerja di Kuala Lumpur, pusat bandar, dan nak membeli belah di satu lagi kawasan yang jauh dari tempat anda tinggal. Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, anda memerlukan kereta. Anda perlu cepat ke pejabat. Anda tidak peduli orang lain (atau binatang lain) dan anda hanya mahu anda untuk sampai awal. Dan masa pulang, untuk membeli belah, anda nak cepat sebab sebelum shopping mall tutup, anda perlu sampai cepat.
Macam semasa saya di Ghent, Belgium yang bercirikan highwayless town, anda tinggal di tingkat 3. Pejabat kerja, anda hanya boleh turun dan berjalan sedikit untuk sampai di seberang jalan, tingkat dua. Kedai makan ada di seberang. Kedai jual baju ada di sebelah kanan. Segalanya dekat dan semua boleh sampai dengan hanya berjalan kaki. Dan dengan ini - bandar itu hidup. Bandar itu tidak mati seperti Putrajaya atau Shah Alam. Kerana bandar itu sendiri saling menyokong antara satu sama lain.
Put it this way - praktikaliti hantaran pendek dalam bola sepak seringkali berkait dengan penguasaan possession ball serta menjadi pasukan yang dominant berbanding pasukan yang suka buat hantaran jauh. Bukan sahaja permainan jadi bosan bahkan selalu gagal untuk menyempurnakan jaringan. Sama juga analoginya dengan bandar.
Kita boleh bina bandar tanpa kereta jika pemaju kita mahu. Kita tak perlukan kereta jika kita mahu. Kita takkan jadi loser kalau tak reti bawak kereta. Kita hanya jadi loser - bila kita bawak kereta, dan harga minyak makin lama makin naik - dan merungut dan mengamuk dalam kereta lepas tu kita hilang nilai manusia kita bila dalam kotak besi tu.
Tak salah pun bawak kereta pun anyway, dan tak loser pun tak bawak kereta. Put it this way, dah reka bentuk bandar kita macam ni, accept jelah. Tapi sekurang-kurangnya, jadilah manusia yang berkereta, bukan kereta yang bermanusia. Manusia yang kawal kereta, bukan kereta yang kawal manusia.
14 gelas teh tarik:
btol..nk jalan-jalan romantik ngan bf pn tak bleh sbb tmpt nk dating sume jao2..sume kne kuar duit tol and parking..
Berjalan-jalan menjengah jalanan di kota ataupun kampong dapat membuka minda kita tentang banyaknya ragam manusia di sekeliling kita...la ni peruntukan masa berjalan-jalan hanya di 'shopping complex'
I like your analogy about short pass in football related to township development.
Urban sprawl is indeed creating problems. And yes, this is why America needs more oil than Europe. Because the way they plan the town, it's so motherfucking annoying.
Americanism are well adapted in third world countries like Malaysia because they are referring America as role model of development. Somehow, it also pain in the butt. You need money for car, then for gas, then for driving license, then for maintainance, ending up you're working for your car. You're worship your car.
I rarely drive since 2009. I walk or riding my bicycle. If I need to go to town, I try my best to take public transportation, but if the place is unreachable by public, then I drive. Driving is sort of the last thing for me to move.
Can Malaysian do that? I don't think so.
yg gua tgk dan rasai, pembangunan di malaysia solely based on harga tanah.
how to convert RM279/sq. ft kepada RM2000/sq.ft. Tanah termahal di KL is in Bukit Bintang RM7k/sq.ft
itu sebab kampung baru...
aku x rasa authority yg ada power utk control betul2 plan. Dengan duit, semua land application buleh lepas.
gua naik moto. naik kete sakit poket.
bro, mintak tolong. apa title buku Benton Mackaye. aku nak cari.
http://books.google.com.my/books?id=I1hayhB0DEYC&printsec=frontcover&dq=&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false
Sial, kena bagi link balik.
Benton MacKaye - Conversationist, Planner and the Creator of Appalachian Trail
thanks a lot bro.
one thing, gua rasa agak celaka sekejap bila baca appalachian trail kat wiki.
sebab asyik teringat "org2 tua" construction yang megah dengan technical achievements Lim Goh Tong untuk develop Genting, dari camna nak pasang Telekom cable..bla bla bla.
thanks again.
apa yang aku perasan pasal kebanyakkan orang yang berkereta kat Malaysia ni ialah mereka rasa mereka king of the road. pedestrian melintas kat tempat n waktu yang betul, dia main redah je. Kat negara lain, cars give way to pedesterians, kat sini pedestrian have to give way to cars.
yup. aku pun setuju gak dgn pembangunan yg mcm tu. highwayless town, bola la jd bandar hijau n bersih. no wonder la rakyat kita n Amerika jd gemok2.
nami,
http://www.bem.org.my/v3/body/pdf/einforeach/2007/BEM%20Mar07-May07%20%28Agriculture%29.pdf
ko check page 33.
lagi satu kan,
ko compare dua ni, citer sama, penceritaan lain2.
http://en.wikipedia.org/wiki/Highland_Towers
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tragedi_Highland_Towers
the english one has a positive tone, the Bahasa is more critical.
"The Highland Towers were once notorious in the 1980s and early 1990s for being a popular spot for the wealthy people to hide their mistresses" - SERBANISTAS DETECTED!
Aku taknak kupas apa-apa cuma aku tak sangka kau duduk sekangkang kera saja dengan aku.
Ohohoho Section 18 brah..
Kereta perlukan duit.
Tapi berbanding bas aku prefer kereta. Sebab kadang-kadang tunggu bas ambil masa yang lama. Tu belum kira nak jalan pergi bas stop lagi.
Dah 33 tahun hidup, aku still xtau drive. Sekarang tiap2 hari jalan kaki / naik bas rapidpenang / feri. Layan bro, save banyak kot duit, bleh perati laut dan gelagat orang2 sambil makan breakfast. Layan.
Solidaritas pejalan kaki brader!
And kudos for the shortpass analogy. Haruslah kehebatan Barcelona diaplikasi pada kehidupan seharian.
buku Benton Mackaye tu RM118, kat MPH x de stock.
lucky ko bg link.
buku biografi rupenyer, siot, aku serius bosan masa chapter citer mak bapak, datuk dia tu.
da sampai2 bab dia keje tu da menarik balik.
nami-san, ko simpan x buku2 architecture ke apa apa buku..serius klu nak tolak gua nak beli..
klu ko photocopy, jual photocopy tu pun gua beli tapi ngan harga berpatutan.
Catat Ulasan