20120125
Asal Usul Serbanistas.
[sila baca ini dengan nada macam Azhar Idrus] Saya telah ditanya oleh seseorang di Twitter, apa itu serbanistas, minta Nami beri pencerahan [/Azhar Idrus]
Soalan ni membuatkan aku termenung seketika, apa itu serbanistas? Siapa yang beri definition serbanistas sehingga perkataan ini dah jadi macam urban dictionary dah. Well, lapan tahun yang lepas semasa aku couple dengan Ez, semasa nampak ustaz sibuk sound beberapa pasangan couple di KL (kami berjaya mengelak), dia seraya berkata dengan verbatim;
"You know what Nami, I hate these moralist police that keep telling off people to do this and to do that, not to do this not to do that. And these pakcik suka cakap kuat-kuat dalam ceramah, are good for nothing to our society. They're serbanistas."
Perkataan tu tak pernah keluar lagi sampai satu hari aku jumpa dengan kawan aku, J, dan dia mencadangkan aku supaya kami bekerjasama menulis The Serbanist Manifesto, parodi dari The Communist Manifesto(so far, tak buat lagi). Dan dari situ, sekali lagi timbul perkataan serbanistas ni wujud. Memandangkan Ez dan Johan pernah duduk di USJ,(J tinggal di USJ tahun 2002) I think it's a USJ thing. Perkataan ni start di USJ, mungkin.
So, Selasa lepas aku lepak dengan kawan pakar pasca-moden aku Farid Ridzwan, dan kami berbual tentang serbanistas. Somehow, kewujudan golongan ini diceritakan secara detail dan epik oleh Farid sampai aku rasa kalau aku buat filem pasal ni, cerita ni pasti boleh menang anugerah Cannes. Terlalu epik, lebih epik dari JRR Tolkien.
So, dari mana serbanistas ni datang? Aku plan nak tulis dalam bentuk buku non-fiksyen tapi well, kalau aku tulis confirm orang pertikaikan aku, so instead of writing books, why not aku tulis dalam bentuk blog je.
Sejarah serbanistas bermula selepas wafatnya Nabi Muhammad. Selepas wafatnya nabi terakhir, Khalifah Ar-Rasyidin memerintah umat Islam. Tetapi khalifah bukan nabi. Tu adalah perkara pertama kau harus faham. OK, selepas itu berlaku First Fitna, dan macam-macam lagi. Bagi aku start dari sini semua dah cerita politik. Perpecahan Sunni dan Syiah bermula dengan politik. Sifir aku mudah - politik untuk kuasa, ekonomi untuk kewangan, kuasa untuk wang untuk kuasa. Simple, no mumbo-jumbo here.
Selepas itu berlaku Pencerahan dalam umat Islam - yang kebanyakannya bukan datang dari Arab, tapi dari Parsi dan Sepanyol. Ini aku quote secara verbatim dari Farid Ridzwan. Pencerahan datang dari para ilmuwan yang liberal, sekular dan Yahudi(ada Zoroastrian(Majusi) dan ada yang atheist. Ini serius. Kalau tak, mana datang quote Umar Khayyam "susu basi halal tapi kenapa wain jernih haram" yang epik itu. Ibnu Sina adalah pelopor kepada sekularisme yang mereka ambil idea-idea dari ketamadunan Greek dan Parsi. Ibnu Rushd dari Sepanyol, Ibnu Sina dari Uzbekistan, Umar Khayyam dari Iran.
Kota Baghdad menjadi kota ilmu. Semua warga pemikir telah datang ke kota Baghdad mentelaah ilmuwan Greek dan falsafah seperti Plato, Aristotle dan bermacam-macam lagi sebelum dimampuskan oleh dogma Kristian. Eropah pada masa ini yang maju cuma Sepanyol - yang lain semuanya terlalu mundur dan terlalu uzur ekonominya. Pope yang korup dan dogma memerintah seluruh Eropah. Dalam golongan ini, muncul seorang yang bernama Imam Al Ghazali, seorang Parsi dengan fahaman Neoplatonisme. Perdebatan dengan ibnu Rushd adalah satu perdebatan intelektual yang epik.
Kemudian datang Mongol pada abad ke-13, menyerang dan menjarah kota Baghdad. Semua buku-buku ilmuwan dibakar. Para pemikir dibakar hidup-hidup. Seluruh Baghdad dibakar dan dimusnahkan. Entah apa tapai yang diminum Gengkhis Khan sampai dia punya ting-tong lain macam, aku pun tak pasti. Mungkin tapai susu Orom terlampau lama diperam jadi gila macam tu. Tapi kesimpulannya, dari datang gila Gengkhis Khan ni, hancurlah tamadun di sini. Seperti dalam cerita Star Wars, Revenge of the Sith - semua Jedi dibunuh, macam tu lah juga. Hilanglah semua bijak pandai.
Kemudian dari Harran, Turki - lahirlah seorang yang bernama Ibnu Taymiyyah pada 1263. Dia ini berpindah ke Damsyik selepas perang dengan Mongol. Dia kemudiannya berguru dengan ibnu Hanbal yang mengkaji imam As-Syafie dan Hanafi, dan lain-lain. Dari peperangan Mongol ini, Farid memberitahu aku bahawa Ibnu Taymiyyah menganggap "bahawa kafir akan sentiasa mahu memerangi". Dari sini timbul satu defence mechanism terhadap Islam. Kafir kena perang tak kira siapa. Kalau pemimpin Islam menindas, lebih baik dari pemerintah kafir yang baik. Dalam erti kata lain, ingin menegakkan ketuanan Islam.
Tahun 1300 Ibnu Taymiyyah menjadi leader dalam melawan Mongol di Damsyik. Dan dia secara terus menolak ilmu dari Greek dan Parsi yang telah dipelopori dulu. Akibatnya, selepas Mongol kalah perang, negara telah ditadbir oleh mereka yang bukan dari golongan saintis dan filosofi macam di Kota Baghdad dulu.
Kemudian Ibnu Kathir pula yang datang. Dari sini dia menubuhkan satu kumpulan mencari golongan murtad. Siapa yang murtad (atau menentang pandangan ulamak) akan dianggap murtad dan dihukum bunuh, which contradicting with Surah Al-Kafiruun. Kenapa doktrin Ibnu Kathir ini ada? Sebab dia adalah pengikut Ibnu Taymiyyah. So, dari situ, beribu-ribu orang mati dibunuh - hanya kerana disyak murtad. Jadi, rakyat jadi takut sebab mereka telah terlalu berkuasa dalam pemerintahan pasca-Mongol.
Kemudian datanglah Turki Uthmaniyyah. Tidak seperti ketamadunan sebelum ini yang berasaskan ilmu, Turki Uthmanniyah berasaskan ketenteraan. Dengan golongan pasca Ibn Taymiyyah seperti Ibnu Kathir dan lain-lain, rakyat tidak berani mempersoalkan Sultan, atau Khalifah as per say. Dan mereka menjalankan pemerintahan monarki dimana keturunan cucu cicit yang akan terus memerintah.
Beratus-ratus tahun dalam pemerintahan Turki Uthmanniyah, dengan harem penuh dengan gundek-gundek Sultan, ugama disebarkan melalui ketakutan bukan dengan keilmuan. Pembunuhan beramai-ramai Armenian Genocide pun dari perkara yang sama juga. Beribu-ribu warga Armenia yang Orthodox Kristian 'halal' ditumpahkan darahnya oleh pemerintah tanpa banyak bicara.
Sehinggalah perang Dunia pertama di mana Turki berpihak kepada Jerman dan Austria-Hungary, dan Turki tewas dalam perang itu. Dari situ, muncul golongan sekular, dari golongan The Young Turks menjadikan Turki sebuah negara republik. Dan aku pernah tanya orang yang lahir di Turki dan aku tanya, "kalau Turki jadi sebuah negara khalifah balik, kau setuju tak?" dia terus geleng seolah-olah macam tanya orang Melayu adakah patut wakil DAP jadi Perdana Menteri. Ya, orang Turki menolak sekeras-kerasnya pemerintahan khalifah macam orang Jerman ban Nazisme dan Adolf Hitler, tapi orang Melayu kat sini pulak gila nak jadi khalifah. Dan ada yang gila nak jadi Nazi.
So, selepas Perang Dunia Pertama, Mesir diperintah oleh British. Dalam pemerintahan British ni - they don't give a flying fuck about religion, mereka cuma mahu sumber ekonomi. Mereka bina Terusan Suez untuk mengangkut timah dan rempah ratus dari Timur ke negara mereka. Dan dalam masa ini, Muhammad Abduh telah muncul sebagai ilmuwan al-Azhar. Terkenal dengan quote "Di negara Barat saya tak nampak Muslim tapi saya nampak Islam, di sini saya tak nampak Islam, cuma Muslim", Muhammad Abduh menggalakkan harmoni antara Syiah dan Sunni untuk berbaik-baik.
Tapi - Muhammad Abduh ni ada dua anak murid yang terkemuka - Ali Abu Raziq dan Rashid Ridha. Ali mewakili jalur sekularisme dan Rashid mewakili jalur fundementalis. Dan apabila Muhammad Abduh meninggal, mereka berdua bersaing untuk mendapat pengaruh di Al-Azhar. Rashid Ridha memegang falsafah Ibnu Talmiyyah dan bertegas "kita perlukan kerajaan khalifah, dan tujuan kerajaan Turki Uthmaniyyah runtuh kerana Barat mahu hancurkan Islam". Tetapi Ali Abu Raziq berkata, "lebih baik kita berada di sebuah negara kafir yang adil kepada seluruh rakyatnya, daripada pemerintah Islam yang kejam dan menindas". Ini membuatkan mereka terus bertikam lidah. Dan semasa itu, golongan fundementalis bangkit - (seperti yang berlaku di Mesir sekarang - Ikhwanul Muslimin) nak menentang British. Dan fahaman Ali Abu Raziq ini disingkirkan dari Al-Azhar dan akhirnya dia jadi pengemis di Kota Qahirah.
Tetapi selepas itu Raja Farouk berjaya menubuhkan kerajaan monarki Mesir, tetapi selepas itu anaknya Raja Fuad II telah digulingkan oleh Gamal Abdul Nasser, yang sosialis. Nasser, seorang yang radikal telah menentang imperialisme seperti Soekarno dan Fidel Castro, dan bekerjasama dengan Soviet Union. Ini menjadikan Sayyid Qutb bangkit. Sayyid Qutb, yang datang dari pengikut Ikhwanul Muslimin - Hassan Al Bana - mengatakan Nasser ini pada mulanya baik sebab nak menentang British, tapi last-last jadi sekular. Jadi dari Sayyid Qutb ini berkata, seperti juga Ibnu Taymiyyah - dia berkata "darah orang kafir halal ditumpahkan - sebab saya pernah pergi Amerika dan melihat kerusakan bangsa mereka tanpa ugama suci". Dan pergerakan Rashid Ridha juga tersebar di Arab Saudi dan terbentuk ajaran Wahabbi - dari Ibnu Muhammad al Wahabb - yang dipengaruhi kuat oleh Ibnu Taymiyyah untuk menjadikan segala yang Arab diensemblekan dengan ugama Islam. Pakai serban misalnya, atau bela jambang. Atau pakai jubah. Dari sini Ibnu Saud memperkukuhkan kedudukannya sebagai keturunan Raja Saudi.
So, dari mana pulak datangnya serbanistas ini datang ke Tanah Melayu ni? Well, macam aku pernah tulis dalam entry Melayu pasca DEB dulu, Melayu urban djaman proto-DEB adalah Melayu yang liberal dan mereka tidak voyeurist macam sekarang. Tetapi selepas Tunku dan ramai lagi pemimpin negara Islam menubuhkan OIC, ada banyak pelajar yang dihantar keluar ke Al-Azhar untuk belajar ilmu ugama. Dan dari sini, mereka yang terpengaruh dengan Ibnu Talmiyyah balik ke Malaysia, bawak ajaran tu. Selepas DEB, penghijrahan Melayu dari luar bandar ke Kuala Lumpur semakin meningkat. Dan dengan geng-geng Al-Azhar ini datang, mereka membentuk satu golongan yang diberi nama ABIM. Dan "you-know-who" adalah leadernya. Dan bila "you-know-who" ini masuk dalam UMNO sebagai parti pemerintah, "you-know-who" ini membawa golongan ABIM ini masuk dalam UIA. "You-know-who" ini kemudiannya mengasimilasikan ugama dengan kaum Melayu. Dulu ustazah mak aku kat sekolah rilek tak pakai tudung, nowadays cikgu English pun pakai tudung. Dan dulu - kat sekolah budak Melayu rilek je pakai pinafour, now semua diwajibkan bertudung.
Dan kemasukan fahaman ini secara perlahan-lahan dalam pentadbiran Malaysia menjadikan apa yang ada sekarang ini. Dan "you-know-who" ini menerapkan fahaman sama seperti golongan di Mesir yang menentang Nasser dulu. Dan bila "you-know-who" ini diberhentikan kerja oleh Mahathir, suddenly dia buat 180 degrees turn dan keluarlah ayat "anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya anak India anak saya juga". Epik weh masa tu.
Tapi dalam masa sama, golongan-golongan dari geng "you-know-who" ini, yang menjadi ahli UMNO masa "you-know-who" ini masuk, telah bersarang di JAKIM, JAIS, JAWI, dan macam-macam lagi jabatan ugama. Dari sini seperti djaman Ibnu Kathir yang sentiasa memburu orang murtad, sama juga dengan djaman sekarang - cuma bezanya mereka skodeng dan mencari pasangan yang sedang bercumbu dalam bercinta. Kita jadi voyeurist nation pada hari ini adalah kerana kuasa dan wang, ekonomi dan politik.
Dan somehow, Saudi yang buat hukum hudud, supply petroleum kepada Israel. What a wonderful world.
Akhir sekali, haram bagi kamu meminum Ribena sampai mabuk. Terima kasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
38 gelas teh tarik:
aku tak pernah suka dengan you-know-who waktu masih dlm umno kerana dia bawa budaya politik wang semasa menjadi menteri kewangan. true story. even harakah said so.
sekarang dia pula 180 degree kata umno rosak kerana politik wang. sedangkan dia yang mulakan dulu. oh, melayu mudah lupa
aqram:keyword : ghafar baba.
Jadi, kewujudan serbanistas ada mendatangkan kebaikan pada dunia tak??(dari segi ekonomi ke, keilmuan ke)
you know whooo
Dzulfiqqar:sekarang dorang berlambak ni, ekonomi baik tak?
Keilmuan meningkat tak? Berapa banyak invention djaman dahulu dengan djaman sekarang?
Boleh jawab sendiri.
macam mana dengan revolusi di mesir yg latest ni?? bagi kau, adakah benda tu keberjayaan serbanistas di sana, sebab ikhwan muslimin macam tengah conquer kat sana..
Dzulffiqar:cuba kau tengok berapa ramai serbanistas yang turun di jalan pada 25 januari tahun lepas?
yang turun - semua anak muda. yang dengar lagu punk, yang dengar lagu anti-establishment, yang melawan rejim mobarak dari dulu.
butohlah ikhwan muslimin yang start all these. kalau dia start semua ni dari dulu dah boleh tergolek dog dah mubarak.
yang kena tear-gas, yang kena pelangkung semua anak muda. islam kristian agnostik atheist semua turun. takde sekor muka pukimak ni ada.
bila kerajaan dah digulingkan, tau-tau dorang datang, tubuh kerajaan.
pilihanraya? kau ingat aku percaya dengan keputusan tu? haha!
sama juga dengan revolusi 1979 - yang kena pelangkung, kena pukul semua anak muda. ayatollah datang dengan ayat suci, terus memerintah.
lepas tu ayatollah sekali pelangkong anak muda. same old shit.
never trust a theologians.
keyword:hijack.
nice...suma nak amik kesempatan..wtf...
"sama juga dengan revolusi 1979 - yang kena pelangkung, kena pukul semua anak muda. ayatollah datang dengan ayat suci, terus memerintah.
lepas tu ayatollah sekali pelangkong anak muda. same old shit."
macam mana Khomeini nak kena pelangkung? dia dah kena halau awal2 lagi. semangat anak muda tu dialah yang semarakkan. sebab dia dah dihalau dari Iran. bila menang baru dia boleh balik.
nami, revolusi 25 januari tak berlaku macam tuh je nami. ia makan masa bertahun-tahun. orang-orang mesir sama ada yang islamist dan juga haluan kiri banyak diseksa berpuluh tahun lamanya. dan ikhwanul muslimin banyak main peranan menyebarkan kesedaran pada orang mesir untuk melakukan perubahan. dan KEUTAMAAN mereka adalah KEBAJIKAN rakyat. ikhwanul muslimin bukan macam saudi atau pakistan. ikhwanul muslimin lahir dari negara sekular. dan mereka mengambil pendekatan menyedarkan orang ramai secara rela bukan memaksa. aku rasa tak adil kau dengan mudah menidakkan peranan ikhwanul muslimin dalam kebangkitan rakyat mesir. aku tahu kau banyak membaca. tapi post kau nih aku tengok terlalu simplify kan sejarah islam dan orang-orang islam. dan memberikan konklusi yang tidak menyeluruh. My humble view
membuka kepala otak aku.
Semacam tidak cukup lagi artikel kau bro. Well aku tidak lah mengaji macam Farid Ridzwan, tapi semacam ada lagi kisah yang tidak dikisahkan.. too raw maybe? Well its a good opener though.. thumbs up!
kalau nami buat buku, memang gempaklah..kot2 jadi bahan perbincangan ni...
skrg yang boleh selamatkan kita dan serbanistas ialah enlightenment thru knowledge.
"Pencerahan datang dari...." - Paragraph 8 -9.
wei nami-san,
apsal serbanistas suka ckp "baca Quran dulu baru baca buku kafir?"
dari mana mindset ni datang?
sebab org ajar dogma, bukan ajar agama ka?
Serbanistas, they love to put the sins on the others just to make themselves look better than the others.
Meleis, just like always, fail to see the bigger picture when trying to solve the problems. Young peoples in love yang always kena.
The Meleis generations were doomed from the start. Nak membiak pun susah. Especially the majorities which are poor. Dah la miskin, nak kahwin pun disusahkan lagi.
http://national-express-malaysia.blogspot.com/2012/01/egyptian-sheikh-driving-chevy-is-haram.html
kah kah kah! salah satu contoh...
melayu yang gila nak jadi khalifah ni bersepah kat bangi...
lebih baik dengar lagu band rock melayu Khalifah (ex-jinbara) dari pada sibuk nak berkhalifah dan ikhwanul muslimin wal abim ni...
kah kah kah!
Adapun demikian tulisan ini tidak depth sangat kerana saya tahu seorang Melayu hanya boleh baca paling tinggi 1,000 patah perkataan sahaja. Jika saya nak menulis secara detail ia memerlukan satu siri yang panjang, dan saya tidak mahu menulis panjang-panjang sepanjang esei Albert Camus terhadap existentialisme anak muda dalam The Rebel.
Oleh kerana limitasi waktu dan barangkali kemampuan manusia Melayu membaca dan menghadam itu sendiri, saya rasa lebih baik saya tulis secara brief dan mudah. Kalau saya nak tulis betul-betul - novel saya tidak siap.
Tentang Revolusi 1979, saya tidak nafi pada djaman Shah Iran, SAVAK telah juga mempelangkung golongan Islamis. Tapi bila Islamist berkuasa ia juga mempelangkung anak muda. Maka bagi hemah saya, Islamist hanyalah seorang hijackers yang menawan revolusi yang dibangkitkan anak muda. Persoalan di sini, kenapa anak muda selalu dipelangkung? Bila saya nak tengok orang tua macam Ayatollah nak kena pelangkung?
Saya tidak menidakkan Ikhwanul Muslimin sebab ada diantara mereka yang memegang falsafah Ali Abu Raziq, tapi mereka yang memegang falsafah Rashid Ridha ini majoriti.
Bicara saya mudah sahaja, ini pendapat peribadi saya. Bagi seorang sekularis seperti saya, saya rasa ugama hanya boleh di ruang litupnya tersendiri. Ia bersoal peribadi. Manakala politik lebih bersifat masyarakat, sedangkan masyarakat itu bersifat majmuk.
Fikirkan, manusia yang tidak belajar sejarah adalah manusia yang tidak akan berjaya di masa depan.
Di iran zaman 80's, anak muda Iran dipelangkung mamat bernama Hojatolislam Sadegh Khalkali. Geng khomenei gak. Mamat ni siap ada hit-list.
Irony, entri serbanistas ni keluar sama hari ngan berita "Tokoh seks Islam suci"
ai..
definisikan maksud serbanistas di kamusdialek - www.kamusdialek.com
urban dictionary versi malaysia
Aku suka baca tulisan kau. Panjang pun aku suka. Tapi kalau kau ambil pendekatan simplify dan buat konklusi dengan mudah, kau dan azhar idrus tak banyak beza. Serius, aku tak de problem nak baca kau tulis panjang2. Keep writing yo! And btw, aku lagi suka sama2 liberal dan islamist hidup bersama dan buat keputusan bersama. Tak mustahil kan?
haha, dunia =.="
Nami, fakta ko mungkin ada yang silap. Kata- kata "Allah SWT akan membantu negara yang adil, waima ia adalah kafir. Dan tidak akan membantu negara yang zalim, waima ia adalah mukmin" adalah dari ibn Taimiyyah sendiri.
الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة
Dari kata3 Ibn Taimiyah yang dipetik dari kitab alHisbah. Jadi aku tak faham mcmana dengan prinsip Ibn taimiyah dalam soal yang besar seperti kenegaraan ni member ko boleh kata Ibn Taimiyah memerangi orang murtad sampai berbunuhan. Ya, kalau dalam kitab aqidah mazhab apa sekalipun, ulama' memang tegas dengan orang kafir. Tujuan utama pensyariatan agama adalah menjaga agama umat(dalam ilmu maqasid syariah). tapi dalam soal hubungan, anak murid besar Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim sendiri antara ulama' yang banyak menketengahkan hak- hak orang bukan Islam, bukan menzalimi mrk.
Encik Cob Nobbler, mungkin tidak sesuai sebagai seorang sekularis apabila anda menggunapakai stereotaip berdasarkan kaum, i.e. "Melayu hanya boleh baca paling tinggi 1000 patah etc."
Back up your point, man! Generalisation = lazy writing.
Other than that, good job, thanks for writing the truth as you know it.
Wow! Good one! Really an eye opener
Hmm...
Dah terlalu jauh..
Aku bukannya manusia yg paling layak utk cakap perkara ini tapi aku rasa sebagai sorg insan, aku bertanggung jawab utk memberi pendapat.
Anyway, agama dan life in all aspect tak ble dipisahkan. Ia juga bergantung juga pada niat.
Agama memberi bentuk dan panduan kepada segala aktiviti duniawi kita. Dan aktiviti duniawi kita nie lah yg menentukan tempat kita akhirat kelak.
Sememangnya sejarah membuktikan bahawa ada ahli politik menjaja agama utk kuasa politik mereka. Mereka berimej Islam dan menjual syurga bersama Islam dgn atas nama mereka dan kumpulan mereka.
Jgnlah kerana tafsiran atau tindak tanduk beberapa personality dalam lipatan sejarah @ yg masih hidup di"superimpose"kan sebagai ajaran Islam. Ini adalah kerana mereka jua adalah manusia.
Beberapa tafsiran hadis Nabi yg bermaksud lebih kurang sedemikian;
1. Golongan yg merosakkan agama, adalah golongan pelampau..
2. Sebaik-baik jalan, adalah jalan pertengahan..
3. Sekiranya terdapat dua pilihan antaranya, pilihlah yang paling mudah..
4. Agama ini mudah.. Barang siapa yg menyusahkannya, maka dia tidak termampu melakukannya..
Macam yg aku cakap td, agama (Islam) tak ble dipisahkan drpd kehidupan. Islam adalah cara menjalani kehidupan.
Sungguh pun Islam itu, mudah, tp ia tak boleh diambil mudah.
miele:bukan nak stereotype, it's a fact.
to be honest dulu my writings around 2-3k words every entry, now i try my best to make it brief and short. ini benar.
lagipun if i want to write whole thing in details, it took me at least 10 episodes for this chapter.
dan saya tiada senggama masa untuk menulis sepanjang itu. saya ada projek saya yang sedang saya buat.
Pawi: saya rasa tidak relevan bercerita tentang bola di dalam surau, bukan?
sama juga, tidak relevan bercerita tentang ugama dalam stadium atau ruang litup yang lain.
same game.
bagi manusia yang memahami sekular betul2, mereka akan rasa lebih baik sekular dari theology.
mudah tak mudah belakang cerita. kita tiada nabi nak guide sekarang, jadi apa kita buat ialah kita hidup saja dengan satu sistem yang lebih up-to-date dan lebih dekat dengan kita. pasca moden.
kalau kita faham konsep ruang dan masa maka kita akan faham kenapa perlunya sekularisme dan pluralisme.
tapi anda boleh berpegang dengan pendapat anda dan saya boleh berpegang dengan pendapat saya. apa yang saya harap ialah pihak pemerintah tidak memegang hak saya untuk saya tentukan sendiri cara saya berfikir.
sekian.
Muis Nasrallah: kalau kita buka sejarah balik - tentang peperangan mongol dahulu - kita akan lihat dari ibnu taymiyyah kemudian dari ibnu khatir - semua ini kelihatan.
ini kerana defense-mechanism - seperti menaikkan semangat nasionalisme dalam perang misalnya, ini memang biasa.
cuba saudara refer balik pemburuan orang kafir dari ibnu khatir, anak murid ibnu taymiyyah.
kalau saya silap saya pohon maaf. tapi dari sinilah titik punca serbanistas - apa yang kita nampak hari ini.
sebab panjang lagi nak tulis, dan saya rasa setakat ni sahaja saya tulis.
Sehebat mana sekalipun seorang serbanistas bicara agama dan menentang sekularisme, mereka tetap akan jadi sekular juga ketika di dalam jamban..
Tatkala itu tak boleh bawa masuk ayat Quran, nama-nama suci, etc.. Tak pernah kedengaran pula ada sebanistas mengucapkan 'Alhamdulillah' sebagai tanda syukur atas nikmat kepuasan kerana dapat meneran taik keluar dari lubang buntut..
At that time, every man is for himself..
Ada berani?? Cuba baca dan fahami semua artikel didalam blog ini Lihat disini (klik), nak soal jawab atau kritik pun boleh...
Cob @ Nami;
1. Setiap individu ada hak masing². Tak salah. Yg penting penyuaraan itu dgn cara betul. Tiada paksaan..
2. Personally, aku suka tulisan hang. Keep up. Cuma kekadang aku tergerak nak komen.
Saudara yg menggelar dirinya Iblis
1. Terima kasih kerana membetulkan tafsiran aku tempoh hari. Aku tersilap.
2. Dalam jamban ketika memerut pun adap adap, sopan dan etikanya. Adap dan sopan inilah yg dipandukan oleh agama. Kan ada hukum bersuci bila berhadas mengikut Islam.. Agama buka hanya dalam erti baca Quran dll. Lagipun, kalu yang teror sikit, doa sebelum masuk dan dan stelah selesai berhadaskan ada..
In a nut shell, cara hidup yg dianjurkan @ dipandukan drpd Quran dan sunnah adalah cara hidup Islam. Tak kiralah smada bekerja burug, pengurus, bersukan, berhibur dll. Ia juga bergantung pd niat.
pawi:ada doa sebelum keluar tandas kan?tapi kenapa ada kenyataan yang cakap tak boleh sebut nama Allah dalam tandas?
*Adakah quran mempunyai kemungkinan telah diubah sedikit sebanyak?
aku pun tidak tahu ayat quran/hadis mana yang melarang kita sebut nama Allah di dalam tandas.
Salam tuan, mohon dipautkan blog saya ke blog tuan, saya dh pautkan blog tuan di blog saya, terima kasijh.
http://sribuana.blogspot.com
Dear Nwa,
Just for you.
Memang ada doa sebelum dan selepas buang hadas. Selalunya benda nie belajar time tadika @ sekolah rendah. Kat kedai buku yg jual buku dan barangan Islam pun ada jual dalam bentuk poster. Kalu malas sgt hang cari kat internet.
Hang boleh je sebut Allah time buang air besar. Tak caya bleh try. Hahaha. Just kidding. Tp ia tidak sopan dan sgt²sgt² tak dibenarkan. Sama juga dgn membaca Quran time buang air. In short tak ble lah. Dalam tandas ok, tp sebelum masuk tandas dgn tujuan tersebut lebih baik. Tp semasa proses tak ble lah. Ini adap yg dianjurkan dlm Islam.
Al Quran tak pernah diubah dr dahulu hingga sekarang. Cuma kefahaman berubah mengikut semasa. Contoh berkaitan asal usul kehidupan dr air. Dulu org paham yg makhluk yag hidup mesti minum air. Tp kini terbukti yg asal hidupan primitif memang dr air.
Sungguh pun begitu, perkara berkaitan tauhid sentiasa sama isya'allah.
tulis buku lah, please?
Catat Ulasan