
Bro, apa gila tiba-tiba lu tulis entry Ombak Rindu ni, apa lu ni dah hilang akal ke? Lu bukan Nami yang gua kenal dulu der - petik si Jack yang cuba menidakkan aku untuk menulis entry kali ni. Ye lah, nak tulis pasal apa lagi? Politik? Balik-balik cerita sama. Cerita Ariff Alfian dan pasangan gay berkahwin pakai baju Melayu? Gimam - selagi golongan homophobia dan golongan busybody dari Melayu pasca DEB ni masih lagi berkeliaran, dan dalam masa sama menjadi closet lesbian(bagi perempuan) kepada artis Kepop dan Justin Bieber, aku malas nak tulis. Karang ironik pulak jadiknya.
Aku tak pernah baca novel ni, let alone aku pernah menontonnya. Maybe not my cup of tea, macam gadis-gadis closet lesbian yang suka Kepop ni, memang bukan my cup of tea. Tak boleh paksa walaupun terpaksa terima kewujudan mereka. Dalam djaman pasca moden ini kita harus terima kepelbagaian walaupun degenerated generation semakin menular - patut makin ada internet makin bijak tapi lain jadiknya. But seperti memegang kata Voltaire - "saya mungkin tak bersetuju dengan anda, tapi saya akan bermati-matian mempertahankan hak anda". Yeah, seperti konsert Justin Bieber di Malaysia pada ehem, hari lahir saya tahun ini. Walaupun saya memang terus straight tutup radio bila dengar malaon ni nyanyi, tapi saya tetap menyampah dengan Pemuda PAS yang nak berdemo membantah konsert Justin Bieber. Walaupun saya menyampah dengan artis Kepop, tapi jika Pemuda PAS menggunakan hujah "closet lesbian" saya untuk menidakkan mereka berkonsert, memang aku menyampah jugak.
Biarlah nak jadi closet lesbian, ada aku kisah?
Anyway, berkenaan Ombak Rindu ni, ia adalah kesinambungan dari kegilaan manusia Melayu membaca novel. Dulu manusia Melayu ini hanya baca Mastika atau Harian Metro, syukur golongan ini semakin hari semakin pupus. Diharapkan golongan ini akan pupus macam Burung Dodo. Sejak novel Karipap-Karipap Cinta ke filem, kali ni Ombak Rindu pula ke filem. Dengar kata novel Pecah Nizam Bakeri juga akan ke pawagam. Tunggu juga bila novel Cekik Ridhwan Saidi nak ke pawagam. Pasti ala-ala Stanley Kubrick kalau novel ini difilemkan.
Anyway dengar kata filem ini pecah panggung mencecah jualan tiket sampai RM9 juta. Dari konteks Malaysia - penjualan tiket wayang RM9 juta boleh dikatakan sangat hebat. Bukan senang dari novel nak ke filem untuk cecah RM9 juta. But here's the problem: ROYALTI minah ni tidak dibayar dengan adil. Sebab dalam syarat-syarat perjanjian kontrak tidak menyebut bahawa jika novel ini ke filem maka minah ni dapat percentage juga.
Masa aku sign kontrak novel Pengejar Bintang dan Bau Semangat Anak Muda, Al-Ameen ada menyebut pasal hal ni tapi, ah, what the hell - ada ke pulak orang nak buat filem novel ni? Satu hal Pengejar Bintang agak anti-Aristotlelian - yakni dari sudut jalan cerita berdasarkan empirikal berbanding berdasarkan apa yang dimahukan oleh pihak berkuasa, jadi cerita macam ni siapa nak buat anyway? Tapi kalau ada jugak la producer yang gila nak filemkan novel aku maka Al-Ameen dah sebut. Which by the way tak terbit-terbit lagi disebabkan proof-reader bertukar orang disamping kilang printing yang tengah renovate (menurut yang dikaborkanlah).
Menurut aku dengar cerita, minah ni hanya memperoleh RM1,600 je masa buku ni diterbitkan. Somehow tiba-tiba filem ini meletup sampai RM9 juta - ini agak menggila percentagenya. Kalau aku dapat RM1,600 je tapi novel aku dapat RM9 juta - aku pun emo. Kalau boleh siapa yang keluarkan filem novel aku - aku nak bom pawagam tu sebagai tanda bengang.
Tapi belit punya belit, auta punya auta - cerita pasal undang-undang. Hal ni yang aku ingin katakan: Negara ini tidak ada undang-undang melindungi hak penulis dan pencipta seni.
Kalau tak salah dulu ada seorang pengarca menyaman sebuah syarikat korporat kerana mengubah arcanya tanpa kebenarannya. Tapi syarikat korporat tu cakap arca tu milik dia since arca tu dalam kawasan tanah milik syarikat, serta sudah membayar hak royalti pada tahun dulu. Tapi lawan kes punya lawan, nasib baik pengarca tu menang. Tapi tak semua senasib macam tu.
Dengar cerita Fauziah dah dapat RM261,000 hasil royalti buku, kerana bukunya diulang-cetak 26 kali. Tapi kalau let's say untung penjualan filem dia bagi 5% - dah RM450,000. Either way, bagi aku RM261,000 dah cukup banyak dah. Kalau Awek Chuck Taylor dapat sold banyak sampai aku dapat RM10,000 tu pun aku dah melompat tinggi dah. Dah boleh hantar rombongan meminang di depan rumah Erica Micheal. Tu kalaulah. Kalau RM261,000 tu dah cukup banyak dah. Maybe aku dah bukak kilang membuat barangan orang kidal seperti yang aku mahukan. Atau berpindah dari Malaysia dan mulakan hidup bercommune di tengah hutan di Komi Republic di Russia. Atau tubuhkan Parti Sekular Malaysia yang bersimbolkan tiga segi dan mata satu.
Tu kalaulah.
Perhaps Fauziah dah boleh settle down dah dengan hasil penjualan novel tu. Something better than nothing. Orang lain bergolok gadai nak tulis novel untuk makan - macam aku. Kira oklah tu. Tapi aku rasa kes ni takkan timbul - kalau seni di dalam negara ini dihargai.
Kadang-kadang aku kesian tengok penyanyi djaman 60an - ramai di antara mereka yang sekarang hidup kais pagi makan pagi, kais-kais tak makan-makan. Ada yang sakit, ada yang hidup keseorangan, ada yang hidup merempat, kemiskinan. P Ramlee sendiri meninggal dunia dalam keadaan serba miskin dan hidup dalam hutang piutang. Jadi, Yo Rais janganlah asyik nak sekat-sekat internet ke, nak buat law itu law ini. Kata Menteri Seni. Tolonglah sikit orang seni kita. Kang kalau orang kita sendiri tak ambik pot dengan seni orang sendiri, apa jadi la pulak.
p/s:Aku tak tau lah kalau novel Awek Chuck Taylor boleh jadi filem atau drama - but kalau berlakulah - satu je aku nak. Ramona Azween jadi watak Mira. Bab-bab royalti ke apa belakang cerita.
Watak Hafiz siapa ek? Uhmmmmmmmmmmm.........
19 gelas teh tarik:
hafiz? kau pon boleh nami. ce try
Wadi: tak nak. tak seronok berlakon watak sendiri. tambah-tambah kalau awek cun macam Ramona Azween jadi Mira. kehkehkeh!
adaaaa jugak tulisan yang sedikit ke arah gossip urtv.. bukan apa, sekali sekala tulisan macam pancaindera memang meringankan otak
afdlin shauki.
serius.
aku nak watak satu.. haha.. tetiba menyampuk..
bagi ke gua je la
klau awekchuck masuk jd filem gegar dunia,hang yg punya ye dak?hee
takda masa bca novel nih:D
nak suruh sapa arah filem lu ni nami?
haha
Perh kalau ACT dibuat filem , mesti gempakk , lagi lagi part carutan by hafiz , memang asik nak mencarut je nanti kau . HAHA ;P
*Hafiz ? - Nami mesti best ! :D
ombak rndu hahaha
Sometimes, nasib ayam dalam usaha mencari makan lebih baik dari nasib para penggiat seni di Malaysia untuk mencari makan.
Ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Penggiat seni pula, kais-kais tak makan-makan macam yang lu cakapkan tu.
Hafiz is anyone but Shah Jaszle or Gambit or Aaron Aziz.
Cekik Ridhwan Saidi itu ala-ala Stanley Kubrick?
Itu lucu.
No offense, aku sukakan Cekik dan aku suka Ridhwan, tapi Cekik itu hasil hentam keromo tangkap muat dan Kubrick pula seorang perfectionist. Tiada yang lebih kontra dari itu.
Tapi, mungkin kau cakap pasal semangat seks dan ultra-violence ceritanya kan? Mungkinlah ada "ala-ala Kubrick" sebab rencah exploit ala B-movienya dah cukup.
Cuma tunggu kalau-kalau Ridhwan sendiri nak adaptasi Cekik dari novel ke filem (aku rasa tak kot). Filem Cekik ala Kubrick? Dalam mimpi je la kot.
p/s: ini lah yang dikatakan making a mountain out of a mole hill kan? LOL.
ko:ko punya p/s tu memang tepat.
nami : kalau jadi filem buku2 hang tu nanti..aku nak jadi pelakon tambahan. tukang cuci pinggan pun xpe. hahaha
salam. x abis2 menyampah ngan org ni la org tu la! tgk diri kamu tu dlu. benci org penyibuk, tpi bleh je trime org lesb@gay. ad org xske org gay tpi bleh trime org penyibuk.ap msalah?? nobody perfect arr, spe ko..nk ikut taste ko jerrr. mmg x tenang ahh idup, ad je x kene.
azreen patah: ada aku cakap aku anti gay?
bila aku cakap aku anti gay?
ini bangang namanya.
aku tak anti gay, aku tak anti lesbian dan aku tak anti closet lesbian.
yang aku anti - closet lesbian yang lepas tu kutuk gay dan lesbian tapi tak nak mengaku diri sendiri lesbian.
if you can't read this sila terjun lubang tandas thank you.
hafiz? kau bagi angah raja lawak tengok kahkahkah
em..nami sndrila jd pengarah..takut kalau org lain nanti jadi lain..tp bg sy, bgus xpy filemkan...:))
biar terbyg2 dan bt gambaran mental sndri..lagi syok...
tapi kalau mau jgk, watak aiman...kalau ble Aril jgk la yg lakonkan.. :))
Catat Ulasan