20111213

Dari Jalan Telawi - Revisited.



Masihkah anda ingat gambar ini?

Dari Jalan Telawi, setiap Rabu di Teh Tarik Gelas Besar?

Setiap hari Rabu, saya akan bersurah tentang apa yang saya nampak di Jalan Telawi. Setelah sekian lama sejak April - saya sudah meninggalkan Jalan Telawi. Dan saya rasa eloklah kiranya saya "revisited" kembali.

Tagline, "seorang mamat grunge yang berada dalam wilayah paling mengada-ngada dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur" - pada tatkala itu saya masih lagi gila dengan muzik Nirvana dan saya masih lagi menampal poster Che Guevara di bilik saya. Hari ini, koleksi CD Nirvana saya sudah jual di Cash Converter manakala buku-buku Marxis saya entah kemana hilangnya. Satu-satunya perkara paling "Marxis" saya lakukan ialah mendengar lagu kebangsaan Soviet - lagu kebangsaan paling awesome dan epik.

Dimana hilangnya Nami yang dulu? Mana hilangnya bintang merah dan cakap-cakap tentang satu bangsa manusia, dunia tanpa negara sehingga ramai yang membaca bullshit yang ditulis dalam blog ni? Dimanakah kata-kata Nami tentang tulisan ekonomi, kritik sosial dan segala tulisan macam bagus yang ditulis selama ini?

Sesetengah orang cakap, menulis dalam blog ni dah hilang stim. Macam dah takde erti nak menulis lagi. Semua orang go on Twitter now. Nampak benda sikit terus tweet. Sebelum Disember 2010 - tweet aku cuma 630. Disember 2011 - tweet aku 53,000. Aku mula buka akaun Twitter pada September 2009. But kalau dilihat pun, kalau masa Twittingmania aku pun - aku boleh tweet 5,000 tweets setiap bulan, now mungkin 2,000. Mungkin lepas ni turun lagi. Mungkin satu hari nanti mentweet pun akan hilang stim.

Kemanakah hilangnya nanti blog-blog macam Terfaktab, Sokernet, Obefiend, mahupun Tukar Tiub 10 tahun dari sekarang? Mana pulak hilangnya Teh Tarik Gelas Besar 10 tahun dari sekarang?

10 tahun yang lalu - aku pernah memiliki "blog". Ia bukan blogspot, wordpress atau tumblr - tapi "geocities". Pengalaman hidup di Cheras aku tuliskan dalam bentuk puisi. Geocities aku mati dengan kemunculan Friendster sekitar tahun 2002. But then again Friendster aku mati bila Myspace muncul pada tahun 2003. Masa tu aku ingat lagi cover background pertama Myspace aku bila dapat tau coding html yang aku korek-korek tu, background The Killers. Since then every week aku tukar-tukar gambar band - Radiohead, Weezer, Muse, Oasis dan band-band yang kini aku anggap "mainstream" - satu masa punya gila layan. Oh, pada ulangtahun kematian Kurt Cobain yang ke-10 pada April 6th 2004 - aku buat layout Kurt Cobain dengan lagu "You Know You're Right" di Myspace.

Why everything I like back then seems to fade away? Apakah satu hari nanti Teh Tarik Gelas Besar nanti - akan terkubur tanpa nesan macam blog Geocities aku dulu? Apakah Twitter aku akan jadi macam Friendster atau Myspace aku?

Tapi aku sayang tulisan-tulisan tentang Jalan Telawi. It was the awesome job I ever had despite mengadap karenah yuppie dan para hipster jadian di sana. But then again, I got great pay there, ada ramai chicks hot dan despite pokok plastik kitsch menghiasi tempat kerja aku, so fucking what?

Dua bulan aku kerja di Shah Alam. Apa yang aku nampak ialah Melayu pasca-DEB urban konservatif yang berada di sekitar aku. Mereka beli chandelier plastik, dan besi dispray warna emas so nampak mereka seperti nouveau riche yang menghiasi meja makan mereka. Apa yang aku cuba tulis di sini, ialah membandingkan orang-orang di Jalan Telawi, dan orang-orang yang kebanyakan aku jumpa di Shah Alam. Mereka - di Jalan Telawi, mungkin a bit snobbish but they are be themselves for real. Meanwhile, di Shah Alam - apa yang aku nampak ialah orang Melayu pasca DEB urban konservatif golongan pertengahan ialah mereka yang nak nampak kaya tapi sangat kemut dan kedekut. Sebab bila aku di Jalan Telawi - aku jarang dengar samada Melayu, Cina atau India meminta diskaun bila membeli barang. Dan aku tak perlu keluarkan kalkulator untuk kira berapa percent yang perlu dibayar. Di Shah Alam, mintak barang besar tapi mintak diskaun nak besar juga.

So akhirnya aku putus asa dengan Marxis - sama macam aku putus asa dengan fan Manchester United. Aku putus asa dengan Marxis kerana dia kata golongan proletariat sahaja yang mampu memenangi revolusi. Tapi apa yang aku nampak hari ini - golongan proletariatlah yang sibuk nak beli chandelier besi yang dispray emas dan kristal plastik. Golongan proletariatlah yang sibuk nak beli ukiran kerawang-kerawang, sedangkan golongan pertengahan bergolok gadai mempertahankan hak mereka untuk bersuara di blogger. Dan sama yang berlaku di Republik Bersatu Sosialis Soviet pada 1917, bila proletariat lawan dan mati, akhirnya golongan "borjois komunis" macam Stalin dan Khrushchev juga yang memerintah dan mempelangkung proletariat. Tapi siapa yang naikkan malaon ni kalau bukan proletariat sendiri.

Bagi aku - apa yang aku nampak sekarang - proletariat sendiri yang mengkhianati diri mereka sendiri. Mereka boleh je diberi political conscious yang bersepah-sepah di sini sana tapi mereka memilih untuk membayangkan diri mereka sebagai nouveau riche bila gaji up sikit. Bila Leon Trotsky tulis "Revolution Betrayed" - kalau boleh aku nak pergi Mexico sekarang dan tulis sepucuk surat untuk diselitkan celah kubur dia "the proletariat themselves betrays the revolution".

Jadi, butoh apa lagi nak bercerita tentang Marxism? Butoh apa lagi kalau nak cakap tentang hak-hak pekerja sedangkan pekerja sendiri selesa untuk dipelangkung dan diherdik-herdik?

Now, semasa di Jalan Telawi, aku tersilap. Pandangan prajudis aku terhadap golongan pertengahan somehow menemplak balik aku pada masa sekarang - bila aku kerja di Shah Alam. Di Jalan Telawi - mereka yang urban jati, yang memang datang di Kuala Lumpur sebelum DEB - dari keturunan mereka, mereka akan sentiasa menjadi rebel dan tidak tunduk dengan sistem. Buktinya Kuala Lumpur selalu jadi kubu kuat pembangkang. Sementara itu mereka yang kerja rendah dan duduk di pinggir-pinggir bandar - terutamanya Melayu pasca DEB urban konservatif ini, yang gemarkan chandelier dan perabot kerawang-kerawang ini, hidup takdelah kaya mana tapi nak nampak kaya. Ada pekerja gaji RM1,000 tapi sibuk nak pakai kereta. RM600 je bayar kereta RM300 bayar sewa rumah lagi RM100 nak makan apa?

Akhirnya - kalau aku jadi Marx - aku akan padam balik tang "revolusi dari kaum proletariat" tu bila aku nampak ini. Rasa-rasanya, apa yang akan berlaku ialah, falsafah Marx - sama macam Geocities, Myspace atau Friendster - akan mungkin akan dilupakan. Kapitalisme - seperti Facebook, Blogger dan Twitter - satu hari nanti akan dilupakan juga.

Aku rasa aku nak terbitkan Dari Jalan Telawi lah. OK ke tak?

16 gelas teh tarik:

Cob Nobbler berkata...

saja aku up entry ni hari rabu.

zulfikar hazri berkata...

Nami. semuanya ekonomi nami...semuanya ekonomi..


cari maaaakan.

Reportero local berkata...

As I read this, I raise my glass for yoy, Obe, Tukar Tiub, and al, those blogs that are way betterbthan thr mainstream sickness that are everywhere. Even if they are a few mate, we all will fight to the death to defend the rights of the people. The government should fear the public, not the other way round

Reportero local berkata...

As I read this, I raise my glass for yoy, Obe, Tukar Tiub, and al, those blogs that are way betterbthan thr mainstream sickness that are everywhere. Even if they are a few mate, we all will fight to the death to defend the rights of the people. The government should fear the public, not the other way round

ron97 berkata...

projek buku fixi hang macam mana?
dah berkubur macam Geocities, Myspace & Friendster hang ka?

syj berkata...

aku suka diup balik..sebab aku baca dr situlah

Irshadim berkata...

masyarakat Shah Alam (most of those you are referring to in your entry live in section 2 4, 6, 7 , 8 and 9) lebih kurang macam masyarakat Bandar Baru Bangi. Gotta admit that masyarakat Jalan Telawi got more style and savoir-vivre than those of BB Bangi and Shah Alam. Jalan Telawi folks also are more concerned about the environment and recycling.

cyrusdavirus berkata...

sila buat buku!

ku-cit berkata...

nostalgia jln telawi

greek goddess berkata...

-rabu yg almost wordless bile jumpe nami, hihihhh....
-im really waiting for jalan telawi....hooyeah!
-nami stay la kl balik, shah alam x grunge lah....lol

AliffAzham berkata...

Publish Dari jalan telawi as a book . Would be great to read that altogether as a book .

unknown berkata...

tak, ko silap. marx once said, "ignorance never yet help anyone". things would be different if the proletariat have the knowledge.

Cob Nobbler berkata...

unknown:what makes Marx wrong was, he actually didn't leave in this post-post-post modern age.

Information and knowledge banyak je. Pick it up. Dorang je yang sibuk kejar chandelier dan kereta bikin.

firdaus.9898 berkata...

Comrade Nami,

Gua sangat2 terpanggil hari ni pasal isu ni.

http://blogserius.blogspot.com/2011/12/serius-shit-accident-ampang-superman.html

http://www.mmail.com.my/content/63553-biker-dies-after-falling-elevated-highway

one of the comments in the link:

"The KL-Ampang Elevated Highway was a highway that was not designed to accomodate motocyclist; and motocyclist have never been allowed to use this highway. However, the last couple of years, for some reasons, motocyclist have been "allowed" to use this highway due to reasons only known best to the authorities. Now that a fatal incident have taken place, lets see if anything will change or we'll see how the drama & finger pointing will begin.."

My point is:-
1. highway not designed for motorcyclist?

2.Motorcyclist adalah golongan yg x mampu beli keter..
and they die like that?

in summary, if i can't afford a car, i had to ride a motorcycle (public transport bleh harap?), yet the road's not safe for me... henceforth the country's is not safe for people who can't afford cars?

Damn.
Xde utilitarianism kat economy malaysia islam ni ya?
ironic.
http://en.wikipedia.org/wiki/Utilitarian

Shahrul Yusof berkata...

Proletariat betrayed by the proletariat. It is all about human greed.

Golongan pekerja di Malaysia mudah ditindas sebab mereka sendiri yang membiarkan dirinya ditindas sebab ada antara kita yang berfikir bahawa mereka adalah bakal menjadi kaum pemodal yang akan melakukan penindasan yang sama terhadap pekerja lain bila mereka berada di atas nanti.

Missnote berkata...

Sila buat buku pasal jalan telawi supaya warga shah alam boleh beli dan baca.

Related Posts with Thumbnails