20111204

Antara UMNO dan Parti Komunis Soviet Union.



Minggu ini penuhlah dengan Perhimpunan Agung UMNO. Setiap hari ada sahaja yang akan update di Twitter tentang PAU ni walaupun sebenarnya aku tak ambik pot pun. But somehow, aku dapat rasakan situasi di Malaysia sekarang seolah-olah hampir sama macam Soviet Union - 20 tahun yang lalu.

Aku tak kata yang UMNO ni komunis. Tu kenyataan lebai malang yang tak pernah baca buku Marx. Cuma apa yang aku nampak - adalah cara yang berkemungkinan sama macam bagaimana CCCP akan padam, nampak pada UMNO.

Biar aku surahkan cerita yang berlaku pada 1991. Tahun itu, Mikhail Gorbachev dengan dasar glasnost dan perestroika mengubah lanskap republik soviet-soviet di rantau tersebut. Negara yang membentuk 22,000,000 kilometer persegi ini merupakan negara terbesar di dunia dengan keluasan 1/5 dari keluasan muka bumi daratan dunia. Dengan 25,000 bom nuklear di republik ini, ini sebuah negara yang besar baik dari segi pengaruh politik mahupun kekuatan tenteranya.

Tapi sejak penghujung 1979 - Leonid Brezhnev gagal membawa ekonomi kawalan pusat USSR untuk berkembang. Apa yang aku boleh cakap ialah projek mega berduyun namun tidak ada income. Projek empangan di Sungai Ob, Yenisei, ataupun Lena, projek perindustrian di Ukraine, projek pertanian besar-besaran di Caucasus serta Sukan Olimpik 1980 jelas sekali tak membawa impak kepada ekonomi USSR. Kegagalan ini adalah kerana kawalan pusat dari mereka yang menguasai politik USSR. Selepas Brezhnev mati, USSR diperintah oleh Supreme Leader yang memerintah tak sampai setahun - Yuri Andropov dan Konstantin Chernenko, sebelum digantikan oleh seorang yang berjiwa muda kononnya yang bernama Mikael Gorbachev.

Sebelum Brezhnev - dua pemerintah Soviet yang bertanggungjawab menjadikan negara ini kuasa dunia - Jozef Stalin (dengan nyawa, darah dan keringat hamba abdi gulag) dan Nikita Khrushchev (yang membangunkan pembangunan angkasa) telah membangunkan Soviet Union dari djaman Vladimir Lenin mula-mula menubuhkan negara ini - sebuah negara yang miskin dan taraf hidup rendah. Tetapi dua pemimpin ini (dengan nyawa darah dan keringat hamba abdi serta pembangunan angkasa) telah menjadikan ekonomi negara ini kuat. Setibanya ke Brezhnev - ekonomi menjadi perlahan walaupun banyak projek dijalankan.

Sampai ke Gorbachev - dia memperkenalkan slogan glasnost iaitu keterbukaan dan perestroika bermaksud perubahan struktur ekonomi. Ini samalah seperti dasar 1Malaysia dan transformasi Najib. Tetapi dasar ini yang akhirnya menjadikan rakyat memberontak kerana mendapat maklumat dari luar bahawa mereka sudah dikelepet oleh pemerintah Soviet yang membina dacha(rumah agam) yang besar di pinggir Moscow.

Seperti yang telah diperkatakan oleh Friedrich Hayek - sosialisme akan membentuk sebuah oligarki kleptokrat yang merompak tenaga rakyat kerana pemusatan kuasa dan ekonomi. Harus diingat - dengan ekonomi maka datangnya kuasa, dan dari kuasa dapat punca ekonomi yang lebih banyak lagi. Golongan aparatchik terus mencari projek-projek baru untuk mendapat kekayaan yang bertimbun-timbun.

Apabila dasar glasnost dan perestroika ini muncul - rakyat pada mulanya gembira kerana pemimpin mesra rakyat, suka senyum dan salam orang ramai di tengah jalan. Bahkan sampai satu level pemimpin ni sampai makan bersama orang awam di soup kitchen di Moscow. Ini samalah dengan bila Najib makan nasi RM4 di restoran mamak. Imej mesra rakyat cuba ditimbulkan untuk meraih sokongan.

Tapi bukan mesra rakyat yang paling penting pun. Yang paling penting ialah sejauh mana projek ekonomi digunakan untuk manfaat rakyat. Malangnya, kleptokrat yang mencengkam semua sumber ekonomi enggan mengikut dasar glasnost dan perestroika Gorbachev.

Akhirnya satu demi satu republik menuntut kemerdekaan. Bermula dengan wilayah Baltik - Lithuania, Latvia dan Estonia yang mengundi di dewan Prosidium untuk menuntut kemerdekaan. Diikuti dengan wilayah Caucasia seperti Azerbaijan dan Armenia. Kemudian wilayah Asia Tengah yang negaranya prefix -tan. Ini kerana golongan kleptokrat ini sudah mulai dibenci rakyat.

Akhirnya Boris Yeltsin menjadi hero dan pembangkang kepada Gorbachev. Gorbachev akhirnya terpaksa tunduk bila pengaruh Yeltsin semakin kuat. Dan seperti yang ditulis oleh Francis Fukuyama dalam The End of History and The Last Man - demokrasi liberal akhirnya yang mahu dituntut oleh rakyat Russia. Soviet Union akhirnya jatuh walaupun Mikael Gorbachev cuba membawa dasar keterbukaan dan dasar transformasi ekonomi Soviet.

Sama seperti Najib - dek kerana dasar 1Malaysia dan dasar transformasi - bukannya orang makin suka UMNO - makin benci. Kenapa? Sebab macam Gorbachev - Najib gagal untuk menjentik apatah lagi menghalau golongan kleptokrat ini.

Lalu apa jadi?

Yeltsin menjadi Presiden Russia yang pertama. Ekonomi jatuh teruk bila Russia membuka ekonomi seluas-luasnya kepada kapitalis. Yang jadi kapitalis ni siapa? Tu lah - kleptokrat yang memiliki harta masa djaman Soviet dulu. Contoh paling dekat ialah Roman Abramovich yang dulunya pegawai KGB.

So - apa jadi jika Najib jatuh? Mesti Pakatan naik. Anwar akan jadi PM.

Tapi lepas tu apa jadi? Pembukaan ekonomi yang lebih besar - tapi dalam kerangka sistem sama - golongan kleptokrat masih tidak melepaskan harta mereka. Ekonomi jatuh lebih teruk.

So, macam Aqram Lensa Rosak pernah cakap - ekonomi Malaysia akan jatuh - cepat atau lambat je. Somehow, Macam Gorbachev dan Yeltsin, ini juga aku nampak dari Najib dan Anwar. Muhyiddin? Mungkin dia akan jadi Gennady Yanayev. Siapa itu Gennady Yanayev? Timbalan Presiden USSR yang cuba gulingkan kuasa Gorbachev melalui coup d'etat August 1991.

Akhirnya, dalam djaman post-post-post modern ni, sama ada Marxist atau kapitalisme sekalipun - either way akan jatuh. Dan berbalik kepada kejatuhan Soviet, yang menjadi dia jatuh bukan sebab negara sosialis, tapi sebab tyranny. Sama la macam Arab Spring. Yang dijatuhkan bukan sebab dia sosialis sebab negara Arab apa yang sosialis?(kecuali yang diproklaim oleh Gadaffi).

Dan macam ditulis oleh Fukuyama, yang jatuh sebab maklumat sudah semakin banyak dan satu maklumat boleh mempengaruhi keseluruhan dasar. Dan tersilap sikit maka jatuhlah kerajaan. Sebab tu Kim Jong Il tutup maklumat di Korea Utara.

Jadi perhimpunan UMNO kali ini mungkin mirip Perhimpunan Kongress Soviet Union di Kremlin tahun 1991. Mungkin ini petanda kejatuhan UMNO, mungkin. Tapi apabila Pakatan memerintah nanti - ia mungkin akan sama macam Boris Yeltsin.

Jadi, memetik kata Marx, "history repeats itself - first it's tragedy, second it's a farce". Mungkin bila UMNO jatuh dan Pakatan mengambil alih - ia seperti farce yang bakal menjadi bahan ketawa dalam lipatan sejarah. Mungkin.

11 gelas teh tarik:

~emiazsur~ berkata...

" bukannya orang makin suka UMNO - makin benci. Kenapa? "

nami boleh list kan sape yang makin benci tu tak?

redzabes berkata...

emiazsur: aku n ramai lagi rebel2 muda macam aku

SiGila berkata...

So , pendapat saudara nami , apa jalan penyelesaian nya utk mengelakkan 'farce' itu tak berlaku ?

miestuff berkata...

Aku nak cari parti politik yg x menjatuhkan org lain tp lbh kpd idea @ usaha bukan shj unk negara mlh kemajuan dunia. Agk2 ad x ?

Junaidi Mohamed berkata...

Lama dah follow setiap artikel, memang mantap selalu dan penuh dengan analisis kritikal walapun bersahaja. Politik akan terus berubah kerana politik di Malaysia berpaksikan kepada parti dan kaum. Bila agaknya ahli politik Malaysia sanggup letak jawatan kalau gagal dalam melaksanakan portfolio kementerian seperti ahli politik di negara-negara tertentu seperti Jepun. Nak tukar pemimpin pun kena tunggu pilihanraya, semua nak jadi VIP dan kalau ada masalah minta diberi peluang hingga ke penggal seterusnya (hatta dalam pentadbiran persatuan sukan sekalipun sekarang). Nampak gaya PRU14 nanti baru kerajaan berubah kot bila maklumat semakin tersebar dan golongan muda makin terbuka pemikiran sert golongan muda makin bijak menilai maklumat daripada media massa. TV3 vs TV3suku + Harian Metro vs Harian Metrol, Papagomo vs Anak Sungai Derhaka. Pak Awang! Teh Tarik gelas besar satu...hehehehehehe (aku tak minum di kedai mamak)

_akmalraman berkata...

BN will Be End??

monoxcotic berkata...

mungkin. dan mintak maaf bagi aku kemungkinan kau ni mengarut. andaian dan kemungkinan ini tidak akan berlaku.

Shaiful berkata...

Satu teori yang 'mungkin' boleh berlaku.

Kamarul Adli Bachek berkata...

kite jugak jadi mangsanya!

Cob Nobbler berkata...

monoxcotic:mungkin.

cuba kau baca - kenapa USSR runtuh?
Informasi. Bila informasi dibuka dari satu spektrum tertutup maka terdedahlah segalanya. masa tu semua program kerajaan dah tak berguna lagi.

tunggu aku sambung episod kedua.

Non-Governmental Individual berkata...

mungkin...

mungkin akan berlaku, mungkin tidak.

Related Posts with Thumbnails