
First sekali aku dah lama tak update Teh Tarik Gelas Besar - dan hari ini aku tengok viewers blog aku sudah mencecah 1 juta viewers. Nak cecah sejuta pun kena cecah bertahun, lainlah Blog Serius dah almost 40 juta dah.
Anyway - thank you for all viewers, dari yang suka baca, dari serbanistas, dari kawan-kawan, mahupun yang jadi stalker dari Berunai Darul Salam. Kadang-kadang terfikir kalaulah 1 view dapat seringgit dah millionaire dah aku ni.
Aku rasa sepanjang 2011 adalah tahun yang sukar dan memenatkan. Sepanjang 2011 ni - aku tinggal di Bangsar, Cheras, Shah Alam Seksyen 17 dan 24, tumpang sekejap di rumah Syahid(dan menyusahkan kawan-kawan dia - saya mohon maaf), dan rumah di Seremban seketika selama dua minggu.
Tahun 2011 adalah tahun pergolakan dan protes. Dari Tunisia, Mesir, Libya, dari Bersih 2.0, dari Occupy Wall Street hingga protes pilihanraya Rusia - sehingga TIME memilih The Protester sebagai Person of the Year tahun ini. Dalam masa sama, aku sendiri - melancarkan protes terhadap diri aku sendiri. Diri aku sendiri meminta perubahan rejim pemikiran, dan kalau perasan, ton suara aku dalam blog ini sudah semakin berubah.
Aku mulakan dengan Januari 2011. Adik aku bertunang, dan 1 Januari 2011 - hari pertama tahun ini - adalah hari terakhir aku tinggal di Bangsar. Boleh aku katakan di Bangsar aku bertemu dengan "zen" aku tersendiri. Aku hidup sangat selesa - dapat komisen dan gaji hampir RM5,000 bulan November yang lepas. Hidup sangat stabil sehingga aku berfikir - tahun 2011 adalah tahun aku bakal mengakhiri djaman bujang aku. Seperti yang sepatutnya - yang aku berjanji kepada arwah Elly.
Januari 2011 di Bang & Olufsen, segalanya stabil dan gembira. Rumah depan stesen LRT, hidup aman dan tenteram, segala-galanya mudah dicapai. Dan bila terpaksa berpindah ke Cheras, aku rasa ralat dan sedih. Terima kasih kepada Lefty Goodfella dan arwah isterinya, Sheila yang menjemput aku pada hari itu. Sejak itu aku tinggal di Cheras - dan aku bayar sewa rumah dan deposit 2+1 untuk bulan itu. Tapi sebulan je aku tinggal di rumah itu sebelum berpindah ke tingkat atas. Rumah baru dan deposit baru - deposit lama aku burn macam tu je. Almost RM500 aku hilang macam tu.
Februari 2011 aku agak tertekan bila rumah agak jauh. Antara berhenti Bang & Olufsen dan pindah, aku lebih rela pindah. Tapi aku gagal memperoleh rumah berhampiran semula. Aku sayang tempat kerja aku di Jalan Telawi tu. Aku lebih rela naik teksi menipu - RM10 untuk ride tak sampai 1km pun. Sebab aku balik kerja pukul 10 malam - dan aku takde pilihan lain. Sebab aku tak nak berjalan 1km tu sebab aku pernah kena pau dengan mat Sabah(no prejudice but yang pau aku tu memang orang Sabah), dan aku tak berani. Kadang-kadang dah lewat sangat, aku tidur dalam showroom Bang & Olufsen tu. Selesa dan tidak stressful.
March 2011 - aku lancarkan blovel Awek Chuck Taylor sempena birthday Ezreen yang ke jubli perak. Aku anggap ini adalah hadiah untuk dia setelah selama ini dia bersama aku dan membantu aku pada awal tahun 2010. Blovel ini aku tulis dan aku expect no one could read this shit. Story life pasal kisah hidup aku 4-5 tahun lepas kot. And somehow - this blovel hit so hard - dan sampai satu masa viewers Awek Chuck Taylor lagi banyak dari Teh Tarik Gelas Besar per day.
April 2011 - adalah bulan paling perit bagi aku. Bang & Olufsen terpaksa menutup cawangan di Malaysia - dan aku terpaksa pergi mencari periuk nasi baru. Dan aku bekerja sebagai penjual insurans. Dalam masa sama Awek Chuck Taylor terus hit - tetapi sampai Nana episod 14 - kerana terlalu sedih dengan pemergian Elly 4 tahun lepas - aku decide untuk berhenti menulis. Tapi sepucuk e-mail dari seorang gadis menyelamat aku dari aku terjun di jejantas di Jalan Cheras.
April 2011 adalah bulan yang memeritkan. Bila Bang & Olufsen tutup, aku kerja di tempat yang baru dan aku rasa aku hilang banyak benda. Dalam masa sama, ada seorang gadis datang dalam hidup aku, singgah untuk lima hari sebelum dia dump aku - pada hari lahir aku. Aku kena buang kerja - dan kena dumped - pada hari lahir aku - pada usia 27 tahun. You know how significant for me - 27 years old.
Oh ya - Justin Bieber juga berkonsert pada hari lahir aku.

In UK - what Justin Bieber do with his finger signs - is not "peace". It means - fuck you. And he really says to me "I'm coming to your town on your birthday, so fuck you Nami. Love, Justin. hikhik"
Mei 2011 - aku berpindah ke Shah Alam sebab aku bergaduh dengan housemate aku yang tak reti-reti nak pulangkan deposit aku rumah pertama aku. Lefty pun tinggal rumah tu. Aku tinggal dengan adik aku, dan hidup dalam pengangguran. Hidup dalam pengangguran adalah satu dosa yang dikutuk dalam dunia.
Tapi disebalik keserabutan hidup dan terfucked-up, there's a silver lining over cloud. Gadis yang e-mail aku dan selamatkan aku dari terjun jejantas - aku jumpa di gerai mihun sup utara di Seksyen 17.
Dia adalah Erica binti Micheal.
Jun 2011 - Erica datang dalam hidup aku dan menyinari hidup aku. Tapi dua-dua ada masalah masing-masing, tapi berbekalkan semangat "You'll Never Walk Alone" - kami berdua mengatasi masalah itu. Pada masa itu aku rasa - Elly sangat bahagia melihat aku dengan Erica. Akhirnya - setelah hampir empat tahun - aku berjaya get over from her death.
Julai 2011 - pasukan kesayangan Liverpool FC datang ke Kuala Lumpur. Aku sibuk memburu kerja tapi gagal sini sana. Mungkin bak kata Lilian Too, "feng shui you takda ong la kat sini", tapi aku takde pilihan lain. Julai juga adalah bulan paling perit - Ezreen disahkan menghidap kanser payudara. Masa ini aku sangat down dan mengambil keputusan untuk menutup blog Awek Chuck Taylor.
Ogos 2011 - bulan puasa. Bulan ini Erica banyak membantu aku dari segi kehidupan. Dan bulan Ogos juga aku berjaya struck deal dengan Al-Ameen Publication untuk novel Pengejar Bintang dan Bau Semangat Anak Muda (unfortunately, sampai sekarang tak siap-siap lagi, tukar editor katanya).
September 2011 - hari raya aku pulang ke rumah buat pertama kali. Tapi ayah dan mak tak bertegur walau sepatah perkataan pun. Dua minggu aku rasa macam aku bukan duduk dalam keluarga aku. Aku rasa macam dorang tak perlukan aku pun. Aku keluar balik dari rumah. Dalam proses mencari kestabilan - aku banyak menyusahkan kawan-kawan dan sepupu-sepupu, serta Erica sendiri. Kadang-kadang aku rasa malu. Aku cuba cari dan lagi gagal. Stucked in the puddle. Hidup menyusahkan orang dan badi diri sendiri. Orang mula mengata dan mengutuk.
Oktober 2011 - novel Awek Chuck Taylor dibukukan dan buku Kitab Terfaktab dilancarkan. Dalam masa sama hidup macam biasa tidak stabil. Sampai satu masa aku rasa macam nak gantung diri je, tapi aku kuatkan diri aku - cari sejauh Kelang dan sejauh Gombak mencari kerja. Tapi gagal.
November 2011 - barulah aku dapat kerja. Tapi hidup masih lagi tak stabil tak tentu arah. Hidup aku seminggu dioccupy kerja 11 jam sehari 6 hari seminggu - dan gaji aku RM800. Ramai cakap aku underpaid tapi aku takde pilihan lain. Sementara ni aku bertahan dulu sebelum aku fikir untuk kembali ke Kuala Lumpur untuk life yang lebih stabil.
Disember 2011 - semuanya okay sehingga seorang gadis Brunei mula menelefon aku jam tiga pagi setiap hari. Emosi jadi kacau bilau, semua kerana dia bayangkan bukan-bukan dalam Awek Chuck Taylor. Nak tau apa cerita seterusnya - baca blog Erica .
Aku tak suka cakap perkataan azam tahun baru. Azam baru adalah perkataan paling poyo - sebaliknya aku sebut "harapan tahun baru". Ini sebab kalau kau takde benda ni - setahun kau akan hilang macam tu je dan buang masa. At least ada something aku harap akan berlaku pada 2012.
Harapan aku pada tahun 2012 ialah menemui kembali kestabilan seperti tahun 2010. 2012 juga aku harap aku dapat siapkan sekurang-kurangnya 2 buah novel. Dan dapat jual dengan angka yang besar. Dan dengan wang ini - dapatlah aku propose Erica untuk jadi suri hati aku. Kalau Yusry ada Surihani - biarlah aku ada Erica Micheal.
Dan ya - setahun lewat dari apa yang aku rancangkan dengan Elly dulu. Tapi better late than never. Dan aku harap 2012 aku menemui kerja yang aku boleh buat bukan aku terpaksa buat. Bukan sebab aku memilih kerja, tapi mental aku tak cukup kuat, aku mengaku. Sekali snap entah apa jadi kat diri aku.
Dan tahun 2012 juga - segala CD Nirvana aku telah aku jual di Cash Converter. Aku mula dengar dengan Russian Circles, Red Sparrowes, Board of Canada dan juga Mogwai. Taste dah berubah dah.
Dan semoga 2012 adalah tahun untuk aku kembali jadi kuat - demi hidup.
Semoga Liverpool menang satu piala - Carling Cup pun jadiklah - dan katakan ya kepada ABU - Asalkan Bukan UMNO dan (Man) United.
15 gelas teh tarik:
life must go on bro.
*mohon buat kenduri doa selamat sempena viewer sejuta
A year of drama.
Sama2 lah kita mencari harapan baru 2012.
semoga kau terus kuat nami
Nami, jual dekat aku je la cd Nirvana ko tu.
gud luck for 2012 nami!
AWEK CHUCK TAYLOR mmg phenomena 2011...
since 2008? good job! :-)
nami kalau tk hilang cd green day ko tu, ko jual kt aku. kaya ko nami
aku percaya kau akan senang suatu hari nanti sebab kau cukup tabah sekarang.
rumble
You're awesome Nami..Have a fantastic year ahead. I love Harapan Tahun Baru phrase..Simply awesoem ! Take care..
*typo : simply awesome ..:)
Kak Maria:orang kerja kat seksyen 9 bukan nak jumpa kan???
Apa blog Erica? Nak baca.
Catat Ulasan