Bolsheviks - The Only Party I Trust

Bolsheviks - The Only Party I Trust
Tidak Kepada Berbaris Dan Berpakat!

Khamis, 2009 November 12

Pulau Batu Tiga,Chernobyl dan Gong Badak.


Dikatakan tahun 2011 Malaysia terpaksa mengimport minyak dari luar untuk memenuhi bekalan tenaga negara.

Dikatakan tahun 2014 Malaysia terpaksa menandatangani perjanjian dengan Australia untuk membeli gas asli.

Dikatakan tahun 2027 sumber petroleum Malaysia akan habis sepenuhnya.

Semua itu dikatakan di Astro Awani,dalam Sudut Pandang.Lalu Kamarul Baharin Haron hari ini berkata tentang apakah kepentingan nuklear bakal mengatasi segalanya untuk memenuhi permintaan tenaga negara Malaysia.Kemampuan nuklear untuk menjanakan kuasa untuk jangka masa panjang dikatakan lebih praktikal dari ombak,laut,angin dan solar tenaga matahari.Itu kata pegawai PUSPATI(Pusat Penyelidikan Tun Dr Ismail) yang tugasnya menyelidik nuklear.Tambah lagi dia berkata di sekitar kita semua sudah ada nuklear,dari menghasilkan baka padi ke x-ray sehingga penghasilan baka orkid - semuanya menggunakan nuklear.

Saya tidak pernah menolak kaedah saintifik untuk kemajuan - bagi saya jika itu keperluannya,maka kita akan gunakannya.Bahkan semasa Singapura memajukan teknologi NEWater yang menggunakan air loji najis untuk kegunaan minum dan mandi - dan NEWater ternyata lebih bersih dari air biasa - maka saya rasa negara pulau kecil seperti Singapura wajar menggunakan teknologi yang ada untuk memenuhi keperluan penduduknya.

Malaysia mempunyai keperluan tenaga yang tinggi.Ditambah pula dengan hasrat kerajaan mahu meluaskan jalur lebar di seluruh negara.Aspirasi kerajaan itu tidak saya bantah jika itu yang diminta rakyat - tapi bagaimana pula dengan pelaksanaannya?Itu yang dipertikai dan dipersoalkan rakyat sebenarnya.

Semasa insiden Three Mile Island berlaku,sehingga hari ini rakyat Amerika di Harrisburg masih lagi menuntut tentang kejadian tersebut.Bahkan kerana insiden itu punca kenapa Jimmy Carter tewas kepada Ronald Reagan dalam pilihanraya tahun 1980.Dan hari demi hari,rakyat Amerika juga menolak reaktor nuklear dari dibina di kawasan mereka.Bukan rakyat tidak mahu faham - tapi kerajaan yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Babcock and Wilcox itu terus berdolah-dalih untuk memberitahu apa masalahnya.Apa yang dikatakan di media-media adalah masalah tekanan air di reaktor nuklear itu punca masalah - tapi apa yang tak pernah diberitahu adalah pengurangan bajet untuk keselamatan untuk memaksimakan keuntungan punca insiden Three Miles Island berlaku.

Pun begitu insiden Chernobyl adalah yang paling buruk dalam sejarah tenaga nuklear.Seramai 56 orang mati - 9 daripadanya adalah kanak-kanak - akibat terkena kanser tiriod - dan 336,000 orang mengalami radiasi dan mengalami kecacatan genetik - dan kesannya sehingga hari ini.4,000 orang mati 10 tahun kemudian akibat kanser,dan 600,000 orang mengalami kesan akibat Chernobyl ini.Dan kejadian ini bukan sahaja di Soviet Union bahkan sehingga ke United Kingdom radiasinya bergerak.

Dan sekarang negara-negara yang mempunyai teknologi nuklear ini,membina reaktor nuklear mereka dengan penuh berhati-hati.Segala keselamatan dan langkah-langkah mencegah kerosakan diambil kira.Dan ini tidak terhenti di reaktor nuklear semata-mata - bahkan sekiranya jambatan kampung runtuh mereka akan tubuhkan jawatankuasa menyiasat - dan melibatkan penduduk setempat dalam siasatan - bukan siasat-siasat tulis dalam buku lepas tu senyap je.Di negara-negara Scandinavia segala apa yang hendak dibina oleh kerajaan dan swasta memerlukan tandatangan sekurang-kurangnya 2/3 dari penduduk kampung tersebut - walaupun membina jambatan kampung.Mereka tidak sewenang-wenangnya membawa jentolak dan terus meradah tanpa kebenaran penduduk setempat.

Sekarang,kalau katakan teknologi nuklear ni dibawa ke Malaysia,apakah kita pasti kerajaan akan bertanya kepada kita,rakyat jelata?

Pulau Batu Tiga dan Chernobyl adalah manifestasi dari ketamakan.Pegawai kerajaan Jimmy Carter ada share di Babcock and Wilcox,di Chernobyl birokrat Soviet yang ada kepentingan dalam reaktor nuklear itu - (kerajaan soviet sebenarnya adalah datang dari rakyat,bukan dari birokrat,itu yang digariskan oleh Lenin,malangnya Stalin menolak ini semua dan jadi diktator).Jadi,apakah pasti kerajaan Malaysia tidak mempunyai kepentingan dalam 'cucuk-cucuk' tentang nuklear ni?

Dan bagaimana pula dengan Stadium Sultan Mizan yang runtuh,mana laporan yang diminta oleh rakyat?Bagaimana jambatan yang runtuh di Kuala Dipang,mana laporan yang diminta rakyat?

Bayangkan sekiranya reaktor nuklear yang dicadangkan ini akan runtuh,apakah ada laporan akan dikeluarkan untuk pengetahuan rakyat?Saya rasa tak perlu kot,sebab pada masa itu rakyat jelata dah jadi satay.

Sebelum rakyat jelata jadi satay - ingin saya katakan di sini,jika kerajaan ingin membina reaktor nuklear di sini,apakah jaminan kepada rakyat yang reaktor nuklear ini tidak runtuh seperti Stadium Sultan Mizan atau jambatan Kuala Dipang?Dan sekiranya dibina - apakah rakyat akan membenarkannya?Jika rakyat membenarkannya di mana reaktor nuklear itu akan dibina?

Lalu ada golongan pro-nuklear ini berkata "kalau tak bina nuklear,nak pakai apa?Petroleum makin habis,gas asli pun nanti kena import.Nak harapkan ombak,angin,solar?Ciput je".

"From each according to his ability and according to his need".Mengikut kemampuan negara dan mengikut keperluan negara.Kalau dah tak mampu nak keluarkan petroleum,kurangkanlah kereta.Banyakkan perkhidmatan awam.Luaskan jaringan komuter di Lembah Klang.Penduduk Puchong ada 335,000 tapi seketul komuter pun takde.Yang ada cuma highway dan highway.Macam mana nak kasi jimat penggunaan tenaga?

Waltham Forest di London yang ada 223,000 penduduk tu pun ada 8 stesen Underground dan Overground.

Sebelum kita jadi satay - eloklah kita fikir dahulu.Bina stadium boleh runtuh,bina jambatan pun runtuh,apatah lagi reaktor nuklear.

Tukang kebas songlap ni ramai.Dari pakai necktie sampai pakai serban.Masing-masing ada kroni,masing-masing ada menantu dan bini untuk menadah duit rakyat untuk mereka sendiri.

10 gelas teh tarik:

-Mind Pollution- berkata...

yang nih aku sangat sokong!~ artikel yang sangat bagus.terus kan perjuangan tanpa berat ke mana mana pihak.

Dari Jalan Kopi berkata...

aku rasa nuklear ini penting - penting untok kita semua jadi satay.

Johan berkata...

alasan takde sumber alternatif lain yg berkesan tak boleh pakai..seamail berpuluh tahun ni nape pulak tak memikirkan dan membangunkan teknologi lain yg lebih selamat untuk menggantikan minyak bila habis nanti..

dan malaon2 ni ada fikir ke,sisa nuklear tu nak sumbat dalam kopek atau juboh siapa??..kesemua 31 negara yg guna nuklear masih tak tahu mcm mana nak lupuskan sisa,sisa cuma disimpan di terowong2 bawah tanah..sampai bila nak disimpan?atau ada tujuan lain simpan sisa ni..

Mr berkata...

topic ni satu2nya tulisan lu yg gua stuju n sokong 100%, yg lain2 tak smpai 100%.. amat setuju..

MariaFaizal berkata...

Akak just nak cakap akak tak yakin perlaksanaan loji nuclear kat our Bolehland akan telus!Mati hidup balik ponk akak tak kan percaya kat politicians kita!

Lebih2 lagi org kita well known for the 'tidak apa' attitude. Bottom line is profit here.Leaders kita x kisah apa yg akan jadi kat the people (risks or consequences).Janji masyukkk!

Tookoo berkata...

dulu-dulu masa kerajaan nak bina empangan kenyir, ramai aktivis alam sekitar uang bantah. tapi elektrik yang terang benderang dekat rumah mak bapak diorang tu dari mana datang tak tau la. ok saja tenaga nuklear ni. tapi kalau kita tak ada pilihan saja. kita masih ada tenaga yang bersih macam angin. tapi halaju angin kita cuma 30km/j. solar adalah pilihan terbaik, tapi teknologi tu israel saja ada. kita beli melalui singapore. untuk satu rumah kat tu saja lebih rm25k kos dia. itu dulu. sekarang aku ingat dekat 4ok dah kot. jadi kau pikirlah. aku lebih suka solar.

lafemmerouse berkata...

Bayangkan sekiranya reaktor nuklear yang dicadangkan ini akan runtuh,apakah ada laporan akan dikeluarkan untuk pengetahuan rakyat?Saya rasa tak perlu kot,sebab pada masa itu rakyat jelata dah jadi satay.


hik hik!I dah gelak-gelak sampai kat sini..

Last sekali I tau u attack jugak kat Nik Aziz tu.Macam-macam I baca pasal Nik Aziz.Dia kata zaman Nabi dulu ada kroni,dia pun nak ada kroni.

Open your eyes la pemuda PAS.In the end,you belok-belok pasal agama pun,you all kena sebut pasal ekonomi jugak aigh?

You tau,kat Iran ni,ada golongan yang macam Nik Aziz jugak-the diff is they are Shi'tte.Ayatollah ni akan cerita pasal agama dan siapa yang menentang mereka,bermakna menentang Allah.Hello,to that extend orang-orang macam ni gila kuasa..

I told all of you banyak kali,the best thing is secularism.You tak perlu indoctrine people untuk ikut apa yang you nak percaya,sebab everyone ada kepercayaan masing-masing.Bila secular,semua orang boleh beragama ikut haluan masing-masing.

Sebelum orang Iran jadi kebab,I rasa lebih baiklah rakyat revolt and gulingkan rejim Ahmadinejad tu.Sebab gila dia nak bina nuclear tu buat unemployment kat Iran skyrocketing.

nami o fish berkata...

lafemmerouse:Apa best sangat ke nuklear ni?

Mencemar alam jer.

Dari Jalan Kopi:Oleh itu marilah kita lumurkan diri kita dengan perapan satay dan serai..

Johan:Boleh simpan nak lawan Captain Planet..manalah tau dorang kena tibai dengan Captain Planet..

Mind Pollution:Beb,berat-berat ni sensitip sikit.

Gua dah berat dah ni!

Tookoo:Aku pun prefer solar,tapi soalnya,kenapa Jerman yang kat iklim sejuk tu sanggup invest billion2 kat tenaga solar,Malaysia berlambak cahaya matahari ni xnak?

Mr:Beb,kita memang tak boleh setuju dalam semua perkara beb,tapi ada benda,kita wajib setuju bersama.

Kak Maria:Tidak apa dan apa nama..hahahaha!

Apa nama..apa nama..

Nox berkata...

Sapa la yang untung dalam projek nuklear second hand ni?

Tookoo berkata...

bos, solar sangat mahal sebetulnya. kita tak mampu lagi. itu saja. maintain dia pun memang teruk sangat. kau tengoklah sekarang, betapa murah sebenarnya tenaga hidro, sampai rm20 pun kerajaan sanggup tanggung (ini bukan aku nak puji, ini perbandingan). kalau solar, untuk buat pagar letrik kandang lembu pun habis RM30k.

dan tenaga nuklear untuk negara arab memang patut pun. aku tak pasti berapa ribu hektar, tapi seorang kawan aku yang pernah kerja di sudan cerita, stok uranium bawah bumi uranium tu gila babi banyaknya. itulah punca huru hara sudan sekarang bila US sibuk2 nak masuk kaki. jadi apa salahnya mereka (baca: dunia arab) nak guna tenaga nuklear? itu hak mereka. mereka miskin kena banyak sekatan oleh barat. itu sumber kekayaan mereka. yang bahaya bila tak betol cara. itu saja.

Sherina's Quote.

"People loves to listen to lies because truth hurts".

"Love is not about impression,it's about expression".

"We don't need guns and weapon to protect us,all we need is love".

"Life without love is like living in the open air but still caged steel prison".

"Cats knows better to love each other rather humans".