Bolsheviks - The Only Party I Trust

Bolsheviks - The Only Party I Trust
Tidak Kepada Berbaris Dan Berpakat!

Ahad, 2009 November 08

Kerajaan Kamera.


Hari ini melalui tol - aku nampak CCTV.

Isi minyak,nak pergi bayar - ada lagi CCTV.

Lepas tu minum teh tarik sambil tengok Manchester United vs Chelsea,habis tu nak pergi bayar,ada nampak muka kat CCTV.

Pergi bank - nampak lagi 3 ketul CCTV.

Aku diam.Pandang kiri,pandang kanan.Bukan buat salah apa pun.Tapi mana tau kalau dia boleh detect aku terkentut tadi.Aku diam lagi.

Balik rumah,lalu kat kawasan perumahan.Tiba-tiba tengah lalu spotlight satu rumah menyala - aku terkejut.Lepas tu aku blah - lampu tu padam balik.Mesti ada pasang motion sensor kat depan gate.Mesti ada pasang CCTV.

CCTV.Kenapa manusia pasang CCTV?

Sebab nak menjaga keselamatan.Sebab tak nak pencuri mencuri.Sebab tak nak orang lakukan kesalahan.

Pernah terdengar satu kes di Singapura - seorang warga disaman kerana lupa flush jamban.Macam mana kerajaan boleh tahu yang mamat ni lupa nak flush jamban?

Masa berak,ada CCTV tengok ke?

Macam mana dengan kes Nasha Aziz dahulu bila orang pasang CCTV kat rumah dia,privacy dia - dia marah kan?

Sekarang mana-mana pun pergi,kita sedang diperhati.Mungkin di rumah sendiri juga kita diperhati.

Pada tahun 2000 saya hampir tidak percaya dengan kata kawan saya yang Amerika mempunyai satu teknologi yang boleh tengok semua orang dalam dunia.Saya tanya "termasuk bila nko sembunyi dalam almari pun dia boleh nampak?"

Dia kata,"ya".

Echelon,satelit pertama Amerika yang merakam pergerakan semua di dunia - termasuk seekor semut pun.Lalu saya pun terfikir,apakah Google Earth atau Yahoo Map menggunakan Echelon ini untuk kita lihat dimana rumah kita walaupun jauh dari bumi.

Apapun,ada satu mata besar memerhatikan kita semua.Bergerak,bercakap,menulis.Ini mewujudkan perasaan paranoid di kalangan warga.Nanti nak berak cepat-cepat pam,takut kena saman.Buang sampah betul-betul nanti kena saman.

Tapi yang pasti,apakah kita perlukan mata besar ini untuk kita jadi berdisiplin?

Macam mana dengan mata-mata kecil ni?CCTV,motion sensor?

Big Brother is watching you.

6 gelas teh tarik:

Chegu Peace berkata...

CCTV pun pasang murah je tu yg gambar blur hahaha

Johan berkata...

ohahaha well,aku spent 5 tahun kat negara "most spied nation in the world"..Britain paling banyak cctv kat dunia..sangat ironik kan?Geirge Orwell mesti menyesal tulis nineteen eighty-four..

kat bebberapa bandar kat England ade "talking cctv" hahaha..kat Middlesbrough,Ipswich,Blackpool n bebrapa borough dlm kawasan Greater London..talking cctv ni ade speaker,si penjaga cctv control room boleh maki orang..woit talking cctv ni terang2 curik idea dari George Orwell ni haha..

pada Dec 2008,gua join protest kat Edinburgh menentang ketidakadilan pengagihan funding "Fairer Scotland Fund" kpd inisiatif2 kebajikan anti-kemiskinan,women's welfare,youth groups,etc..ape kena-mengena dgn CCTV?..sbb projek penambahan cctv depa sanggup kasi funding kat Edinburgh City Council tapi inisiatif2 kebajikan funding kena potong lak..

menurut Edinburgh City Council,ni tuk spot "behaviorial oddities" dan "antisocial behaviour" dan jenayah..kat Malaysia gua tak tahu sgt tapi kat UK mmg ade kes2 salahguna CCTV ni utk tujuan voyeurism a.k.a skodeng..ni bukan nak perli Arsene Wenger(tahu lawak voyeurism Wenger? haha)..
ok,tapi takde pun turun2 index jenayah sejak benda alah ni diperkenalkan..

macam mana kita nak moralize manusia?sejak zaman purba dulu lagi manusia terlibat dgn jenayah dan "kelakuan tak senonoh"..yg makin ketara sekarang,kita makin menjadi 'nosey-parkers' atau pak sibuk..

tapi even kat Britain yg rakyat dia amat sensitif kpd invasion of privacy,tak ramai amik pot..hmm..fikir punya fikir,kita ni memang hidup di era di mana voyeurism is okay,heck even good..cuba tgk youtube,blog2 ramai yg vid-blog aktiviti hidup dorg..byk rancangan2 tv haprak yg tunjuk aktiviti hidup si polan ni,si polan tu..

balik kpd cctv,ni bukan satu solution kpd jenayah,etc..dia tak selesaikan apa2..ni hanya kejar manifestasi,kejar bayang..lagi teruk,ni mgkin buat manusia rasa 'selamat',false sense of security dan ni sebenarnya disempower manusia dari membuat keptusan sendiri mcm mana nak protect diri sendiri n menyelesaikan masalah..cctv ni adalah tyranny,kita semua dicurigai dan jd suspek bakal melakukan kesalahan..ni dah bukan demokrasi di mana kita tak bersalah hingga dibuktikan

p.s teringat gua kat filem "the Truman Show"

nami o fish berkata...

Jerinho:Hahahaha,cakap pasal CCTV kat padang bola,nko tengok Thierry Henry cover diri dia offside masa goal first Pedro hari tu?

Aku sampai sekarang tergelak-gelak tengok muka si Henry yang cover cool dari offside.

Johan:Aku pernah tulis review The Truman Show tapi aku tak keluarkan.

Nanti aku keluarkan.

Chegu Peace:Tak guna pun beli CCTV camtu,takleh buat bukti langsung.

nami o fish berkata...

Goal nombor 2 best beb..gila babi keeper Mallorca tahan bola,last2 gol gak.

Aku tak tengok,aku tengok youtube je.Aku bukan ape,asal tengok je,draw la,kalah ngan Rubin Kazan la.sakit ati.

Tengok youtube sudah..

lafemmerouse berkata...

Paranoid android.

Anti-ATM berkata...

Dulu-dulu orang tak guna CCTV. Orang bela hantu utk jadi CCTV hahahahahahaha..... Sebab tu ada ahlil nujum.. Pastu raja2 tu pun diperbodohkanlah oleh ahlil2 nujum tersebut..

Sherina's Quote.

"People loves to listen to lies because truth hurts".

"Love is not about impression,it's about expression".

"We don't need guns and weapon to protect us,all we need is love".

"Life without love is like living in the open air but still caged steel prison".

"Cats knows better to love each other rather humans".