20120202

Aku Orang Biasa - Tak Mungkin Mangkat Dijulang.



Petang ini, ketika masih berkira-kira tentang wang dan tentang berapa perbelanjaan yang harus aku belanjakan bulan ini - sambil itu cuba untuk jadi penulis pojok dan penulis surah songsang - aku berfikir bagaimana agaknya hidup seorang menteri, seorang raja, atau seorang YB yang tak perlu berkerut dahi memikirkan soal wang, dan risau apakah hari esok masih ada untuk meneruskan kehidupan.

Ketika ini aku membaca laporan tentang jumlah pungutan wang kempen Mitt Romney calon Republikan kini mencecah $40 juta, dan Newt Gingrich mengekori dengan $22 juta, dan Barack Obama masih belum bertanding lagi sudah mencecah $100 juta. Ketika ini juga aku mendengar Zizan Razak membayar Karpal Singh RM75,000 untuk lawan dengan anak-anak muda dalam pertandingan bertekak dalam mahkamah. Ketika ini juga aku mendengar surah tentang menteri berniaga lembu dan dapat rumah di One Menerung - kawasan perumahan paling elit di Kuala Lumpur.

Dan bagi orang macam aku - yang bekerja dapat cek, masih lagi memikirkan apakah aku akan dapat wang pada hari sepatutnya aku bayar sewa rumah - RM150 - sebab cek hanya akan masuk cash tiga hari bekerja - dan oleh sebab Malaysia ini banyak cuti perayaan - dan berderet-deret, 3 hari menjadi sampai 8 hari. Kadang-kadang aku terfikir kenapa bank - yang memegang instrumen paling penting - wang - boleh cuti pada hari cuti, sedangkan manusia yang bekerja di kedai lampu dan chandelier tak boleh cuti pada hari cuti. Seven Eleven juga tidak cuti. Bahkan aku dengar sesetengah kilang pun tak cuti. Aku rasa manusia tak beli lampu hari-hari, tapi hari-hari manusia guna wang.

Pada ketika ini aku tersenyum merindukan kekasih aku - Erica Micheal. Semalam dia terlibat dalam kemalangan, aku bersedih. Sepanjang hari aku tak dapat tidur, aku sungguh risau. Aku bertambah risau bila ibunya patah kaki. Aku risau bukan sebab apa - aku risau sebab dalam dunia kapitalisme ini - jatuh sakit adalah berdosa besar. Bila kau jatuh sakit kau kena uruskan macam-macam, kadang-kadang aku rasa ridiculous bila majikan suruh kau telefon, berhubung walaupun kau separuh nyawa sedang sakit. Entahlah, apalah sangat nyawa orang berbanding dengan wang ringgit, bukan? Harap-harap ibunya dapat claim PERKESO.

Ahad lepas semasa makan di kedai mamak, aku tertonton Nona. Nona ni seingat aku rancangan wanita yang dah ada semenjak aku tahu TV itu wujud. Selain Melodi, Nona adalah salah satu dari dua rancangan bangang TV3 yang tak pernah dibuang oleh TV3. Jangan marah sangatlah, pujuk diri aku. Biasalah, rancangan bangang kat mana-mana pun ada. Amerika pun sama banyaknya rancangan bangang. Di Amerika ada Dr. Phil, di Malaysia ada ustaz-ustazah yang membebel macam bagus.

Aku menonton kisah perkahwinan anak Datuk sipolan dan anak Tan Sri sipolan. Bagi aku Nona langsung tak berniat ikhlas nak membantu anak muda nak berkahwin. Nona adalah satu rancangan TV yang membentuk masyarakat Melayu pasca DEB yang telah dibentuk secara pesat sejak awal 1990an. Masyarakat yang konservatif, yang selalu mengejarkan faux riche dan masyarakat yang kitsch. Bila Nona menyiarkan rancangan seperti ini - maka berkoyan-koyanlah manusia Melayu ini nak berkahwin macam Datuk itu, macam artis ini. Tak dapat yang mahal - yang plastik pun jadi. Jadi, aku tengok bersepah-sepahlah perkahwinan yang aku rasa macam tidak ada istimewanya hari pada hari tu sebab hari kahwin kau sama macam hari member kau kahwin. Tu belum cerita pasal kad kahwin. Kad kahwin wangi, kad kahwin dengan ayat Quran. Aku kalau kahwin nanti aku nak kad kahwin aku berunsur sekular - takde ayat-ayat atau hadis-hadis. Make it simple. I don't feel guilty about it.

Aku dengar kawan aku loan ah long - bila nak berkahwin dulu - berderau jantung aku. Sampai begitu sekali. Ini kerana dasar budaya kita yang mementingkan wang hantaran dan macam-macam lagi. Aku bertanya kepada kawan aku ni - apakah bini kau yang mintak macam-macam sampai jadi macam ni - dia jawab, isteri dia pun tak minta - tapi keluarga sebelah isterinya. Bapaknya nak kahwin di 'dewan aircond' dan katering yang sedap-sedap. Ibunya nak hantaran satu set persalinan serba berdiri serba duduk (tak faham pergi tanya orang Johor). Isterinya cuma mahu kasih dan sayang serta apa yang dia mampu seadanya. Tapi bila orang tua - yang gila tonton Nona ni mula masuk campur, akhirnya si isteri akur dengan kehendak orang tua - jika tidak akan dijodohkan dengan lelaki lain. Demi nak berkahwin dengan lelaki yang dicinta - si isteri pun terpaksa minta suaminya untuk menuruti kehendak ibu bapa. Si suami, demi isteri tercinta - terpaksa pinjam loan ah long. Yang puakanya siapa? Bukan ah long, sebab itu dah memang business dia. Bukan ibu bapanya, sebab bodoh. Yang puaka adalah Nona dan penerbit rancangannya. Ini paling puaka. Kalau aku tersalamlah penerbit rancangan Nona ni, yang pedajal hidup member aku ni - aku pasti kena cari tanah untuk bilas 7 kali air dan satu air tanah.

Aku menyeru kepada anak muda untuk mula mendesak para ibu bapa kita bahawa kita semua ini orang biasa - tak mungkin mangkat dijulang. Kalau Nona benar-benar ikhlas nak menolong anak muda untuk berkahwin - tolong tunjukkan perkahwinan pekerja kilang atau petani. Tolong jangan jual kehidupan orang kaya untuk membodohkan orang miskin yang dah sedia bodoh ni.

Ah - apa aku nak susah. Orang miskin yang nak ini semua. Ilusi untuk nampak kau seorang kaya. Bahkan title "raja sehari" pun untuk kau rasa diri kau adalah raja untuk sehari. Apa bendanya yang raja sehari - kalau kau terpaksa turut dengan perintah orang sekeliling kau? Pada hari perkahwinan kau - kau adalah boneka yang duduk bersanding di depan orang ramai. Cukup bulan pening kepala nak bayar hutang.

Aku teringat apa pesan arwah Elly dulu, dia kalau boleh nak kahwin dengan kakak, abang, ayah dan maknya dengan aku dan keluarga serta keluarga terdekat je. Mungkin dua-tiga orang sahabat paling akrab. Tak mungkin sepelaung satu kaum akan datang. Yang paling penting ialah bersederhana dan cinta.

Pada akhirnya - Tuhan pada djaman moden ada dua - kertas yang bernama wang - dan imej visual yang dipaparkan di TV, internet, atau billboard. Inilah Tuhan kamu. Suka atau tidak - kamu terimalah. Kalau tak, kenapa kamu cukup senang dengan seorang ustaz yang dah jadi Menteri - yang walaupun nampak sangat menipu tapi sebab dia pakai kopiah, kamu terima je argument dia? Sebab imej visual sudah mengaburi anda.

Aku orang biasa - tak mungkin mangkat dijulang. Sebab tu aku prefer untuk tak letak gambar aku di mana-mana juga account laman sosial aku. Sebab imej - mungkin mempengaruhi pendapat anda. Kalau tak, masakan ramai yang bangang boleh tweet "Justin Is My Hero" tempoh hari?

p/s:It's not about Vorsprung Durch Technik you know, and it's not about joggers that goes around and round and round and round and round.... - Blur, Parklife.

20120201

Selamat Hari Cukai Tanpa Perwakilan - Wilayah Persekutuan



1.7 juta penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya bergembira menyambut Hari dimana mereka tidak diberi pilihan untuk memilih perwakilan mereka untuk mentadbir kawasan mereka.

Saya pernah ke bandar-bandar besar.Singapura,Jakarta,London dan Brussels - dan satu perkara yang saya tahu ialah (kecuali Singapura sebuah negara kota - ditadbir oleh Perdana Menteri) semua bandar besar ini - Datuk Bandarnya dipilih oleh rakyat jelata.Dan saya amat terkejut kenapa Kuala Lumpur - yang mempunyai penduduk seramai 1.7 juta orang - dinafikan haknya untuk melantik ketua kawasan mereka.

Jika di peringkat negeri - kita mempunyai kuasa untuk melantik ADUN yang akhirnya menjadi dikalangan ADUN untuk menjadi Menteri Besar.Tetapi di Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang lain - ia dipilih secara hand-picked oleh Perdana Menteri untuk memberi nasihat kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik beliau.

Menurut kata Johan,dah namanya Wilayah Persekutuan - kenalah Persekutuan berkuasa.But bagi aku even kalau ianya Wilayah Persekutuan - hendaklah ada satu pilihanraya khas untuk melantik Datuk Bandar atau Menteri Wilayah Persekutuan ni.After all,dasar-dasar mereka ini memberi impak kepada penduduk Wilayah Persekutuan.

Di negara-negara lain - ibu negara diberi istilah "Wilayah Autonomi".Di Argentina - Buenos Aires walaupun adalah sebuah Wilayah Persekutuan - tetapi rakyat masih memilih Datuk Bandar.Di London - ditadbir oleh Greater London Authority - dan pengasingan kuasa dari kuasa eksekutif.Bermakna London dipilih secara direct - dan pentadbiran London diuruskan sendiri oleh London tanpa campur tangan kerajaan pusat.Begitu juga dengan di Jakarta - ditadbir oleh Datuk Bandar melalui pilihanraya.Kecualilah Beijing,Pyongyang,Yangon atau Harare - yang tu memang handpicked dari pihak atasan.

So macam mana?Dalam impian nak menjadikan Kuala Lumpur ni sebuah metropolitan yang unggul - kau kena bagi ruang untuk rakyat untuk membuat dasar mereka atau at least kalau takde referendum pun,untuk memilih Datuk Bandar mereka sendiri.Aku yang pernah menghuni di Bangsar - pun bengang dengan sistem perparitan yang selalu tersumbat,perkhidmatan bas yang lembab sampai gua Tweet baru nak respond,lepas tu suka halau penduduk kampung dalam kawasan Wilayah untuk pembangunan baru,kamon,apa orang-orang Wilayah ni takde hak ke nak suarakan pendapat dorang?

Satu soalan:Siapa mamat Raja Nong Chik ni?Well,honestly kalau lu orang tanya penduduk Kuala Lumpur(aku consider penduduk Kuala Lumpur sebab aku bekerja di sini) well jawapan aku ialah "who the hell he is".Siapa malaon ni?Orang Kuala Lumpur tak kenal dia kecuali kawasan UMNO Cawangan.De fak?Kamon la - Kuala Lumpur ni memang ada cop mohor rasmi UMNO ke?Woit - 10 dari 11 Parlimen Kuala Lumpur semua undi Pakatan - takkan tak sedar-sedar lagi?

Satu soalan terbuka untuk warga Kuala Lumpur tanpa membuka Wikipedia - siapa Datuk Bandar Kuala Lumpur?I bet dari 10 orang aku tanya,10 orang tak tau.Kecuali kalau dia bekerja kat DBKL.De fak?Di London semua orang tau siapa Datuk Bandar dorang which is Boris Johnson.Dan mereka tahu sebelum tu ialah Ken Livingstone.Kalau kau tanya orang Selangor orang Selangor tahu siapa itu Khalid Ibrahim.So does kalau tanya orang Sarawak jawapannya Colonel Sanders.(sebab muka dia macam Colonel Sanders).Tapi orang Kuala Lumpur tak tau siapa Datuk Bandar dorang sendiri sebab dia bukan dipilih dikalangan rakyat.

For once - orang Kuala Lumpur adalah orang paling menderita bayar cukai yang tertinggi di Malaysia.Jumlah pendapatan cukai DBKL jauh lebih tinggi dari negeri Kedah.Atau Perlis.Kalau orang Perlis atau Kedah mempunyai hak untuk memilih siapa kepala mereka - kenapa Kuala Lumpur tak boleh?

Kalau tak - buat sakit hati aku je sebagai seorang yang bekerja di Kuala Lumpur,melihat orang Kuala Lumpur tak kenal siapa kepala mereka,dan dasar-dasar bandar semua tak ditentukan oleh orang Wilayah.Tau kena bayar cukai tanah.Tau kena bayar cukai lesen niaga.Tapi tak tau apa dasar mereka.

Jadi - mulai hari ini - kalau korang nak panggil 1 Februari ni sebagai Hari Wilayah Persekutuan - aku memanggil hari ini sebagai Hari Percukaian Tanpa Perwakilan - selagi Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur tak diberi hak untuk memilih wakil mereka sendiri.

Jadi bayangkanlah kau beli rumah - kau bayar bank tiap-tiap bulan untuk rumah - tapi bank kau tak kasi kau pilih cat rumah apa,TV apa,perabut apa - semua bank decidekan,kau rasa patut tak?

Ada 13 Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan - kalau terbacalah artikel ni - sila respond.

Cheras - Tan Kok Wai(DAP)
Bukit Bintang - Fong Kui Lun(DAP)
Batu - Tian Chua(PKR)
Wangsa Maju - Wee Choo Keong(BEBAS)
Titiwangsa - Lo Lo Ghazali(PAS)
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar(PKR)
Kepong - Tan Seng Giaw(DAP)
Seputeh - Teresa Kok(DAP)
Setiawangsa - Zulhasnan Rafique(BN)
Bandar Tun Razak - Khalid Ibrahim(PKR)
Segambut - Lim Lip Eng(DAP)
Putrajaya - Adnan Mansur(BN)
Labuan - Yusuf Mahal(BN)





20120128

Daulat Tuanku Raja Kenny.



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Baginda Sultan Raja Kenny ibni Dalglish, Raja Pemerintah bagi seluruh jajahan takluk Liverpool Darul Power, Dirgahayu Tuanku Raja Kenny.

Semoga pemerintahan Tuanku akan terus aman dan makmur.

Daulat Tuanku!

20120126

Memahami Sistem Pilihanraya Amerika Syarikat.

Saya mengikut rapat berita dan cerita Pilihanraya Amerika Syarikat. Ini kerana ketua negara ini secara literalnya adalah ketua seluruh dunia. Jika Najib Razak atau Robert Mugabe - ia tidak memberi sebarang signifikan kepada dunia. Tetapi Amerika Syarikat - salah satu dari lima kuasa veto - dan negara yang paling besar bajet ketenteraanya - secara tidak langsung sebagai penghuni dunia - kita telah ditadbir oleh mereka yang tinggal di Rumah Putih.

Secara umumnya sebenarnya di Amerika Syarikat ada banyak parti - Constitution Party, Green Party, Socialist Party etc., tapi hanya ada dua parti yang paling dominan. Ini sama seperti La Liga - ada banyak kelab dalam La Liga tapi hanya Real Madrid dan Barcelona sahaja yang ada peluang untuk muncul juara.

Jadi, ketepikan semua parti yang kecil - saya ingin menerangkan tentang bagaimana pilihanraya AS berjalan.

Primary and Caucuses


Electoral Votes


Problems of Electoral Votes


Sistem pilihanraya paling mengarut yang pernah aku tengok.

20120125

Asal Usul Serbanistas.



[sila baca ini dengan nada macam Azhar Idrus] Saya telah ditanya oleh seseorang di Twitter, apa itu serbanistas, minta Nami beri pencerahan [/Azhar Idrus]

Soalan ni membuatkan aku termenung seketika, apa itu serbanistas? Siapa yang beri definition serbanistas sehingga perkataan ini dah jadi macam urban dictionary dah. Well, lapan tahun yang lepas semasa aku couple dengan Ez, semasa nampak ustaz sibuk sound beberapa pasangan couple di KL (kami berjaya mengelak), dia seraya berkata dengan verbatim;

"You know what Nami, I hate these moralist police that keep telling off people to do this and to do that, not to do this not to do that. And these pakcik suka cakap kuat-kuat dalam ceramah, are good for nothing to our society. They're serbanistas."

Perkataan tu tak pernah keluar lagi sampai satu hari aku jumpa dengan kawan aku, J, dan dia mencadangkan aku supaya kami bekerjasama menulis The Serbanist Manifesto, parodi dari The Communist Manifesto(so far, tak buat lagi). Dan dari situ, sekali lagi timbul perkataan serbanistas ni wujud. Memandangkan Ez dan Johan pernah duduk di USJ,(J tinggal di USJ tahun 2002) I think it's a USJ thing. Perkataan ni start di USJ, mungkin.

So, Selasa lepas aku lepak dengan kawan pakar pasca-moden aku Farid Ridzwan, dan kami berbual tentang serbanistas. Somehow, kewujudan golongan ini diceritakan secara detail dan epik oleh Farid sampai aku rasa kalau aku buat filem pasal ni, cerita ni pasti boleh menang anugerah Cannes. Terlalu epik, lebih epik dari JRR Tolkien.

So, dari mana serbanistas ni datang? Aku plan nak tulis dalam bentuk buku non-fiksyen tapi well, kalau aku tulis confirm orang pertikaikan aku, so instead of writing books, why not aku tulis dalam bentuk blog je.

Sejarah serbanistas bermula selepas wafatnya Nabi Muhammad. Selepas wafatnya nabi terakhir, Khalifah Ar-Rasyidin memerintah umat Islam. Tetapi khalifah bukan nabi. Tu adalah perkara pertama kau harus faham. OK, selepas itu berlaku First Fitna, dan macam-macam lagi. Bagi aku start dari sini semua dah cerita politik. Perpecahan Sunni dan Syiah bermula dengan politik. Sifir aku mudah - politik untuk kuasa, ekonomi untuk kewangan, kuasa untuk wang untuk kuasa. Simple, no mumbo-jumbo here.

Selepas itu berlaku Pencerahan dalam umat Islam - yang kebanyakannya bukan datang dari Arab, tapi dari Parsi dan Sepanyol. Ini aku quote secara verbatim dari Farid Ridzwan. Pencerahan datang dari para ilmuwan yang liberal, sekular dan Yahudi(ada Zoroastrian(Majusi) dan ada yang atheist. Ini serius. Kalau tak, mana datang quote Umar Khayyam "susu basi halal tapi kenapa wain jernih haram" yang epik itu. Ibnu Sina adalah pelopor kepada sekularisme yang mereka ambil idea-idea dari ketamadunan Greek dan Parsi. Ibnu Rushd dari Sepanyol, Ibnu Sina dari Uzbekistan, Umar Khayyam dari Iran.

Kota Baghdad menjadi kota ilmu. Semua warga pemikir telah datang ke kota Baghdad mentelaah ilmuwan Greek dan falsafah seperti Plato, Aristotle dan bermacam-macam lagi sebelum dimampuskan oleh dogma Kristian. Eropah pada masa ini yang maju cuma Sepanyol - yang lain semuanya terlalu mundur dan terlalu uzur ekonominya. Pope yang korup dan dogma memerintah seluruh Eropah. Dalam golongan ini, muncul seorang yang bernama Imam Al Ghazali, seorang Parsi dengan fahaman Neoplatonisme. Perdebatan dengan ibnu Rushd adalah satu perdebatan intelektual yang epik.

Kemudian datang Mongol pada abad ke-13, menyerang dan menjarah kota Baghdad. Semua buku-buku ilmuwan dibakar. Para pemikir dibakar hidup-hidup. Seluruh Baghdad dibakar dan dimusnahkan. Entah apa tapai yang diminum Gengkhis Khan sampai dia punya ting-tong lain macam, aku pun tak pasti. Mungkin tapai susu Orom terlampau lama diperam jadi gila macam tu. Tapi kesimpulannya, dari datang gila Gengkhis Khan ni, hancurlah tamadun di sini. Seperti dalam cerita Star Wars, Revenge of the Sith - semua Jedi dibunuh, macam tu lah juga. Hilanglah semua bijak pandai.

Kemudian dari Harran, Turki - lahirlah seorang yang bernama Ibnu Taymiyyah pada 1263. Dia ini berpindah ke Damsyik selepas perang dengan Mongol. Dia kemudiannya berguru dengan ibnu Hanbal yang mengkaji imam As-Syafie dan Hanafi, dan lain-lain. Dari peperangan Mongol ini, Farid memberitahu aku bahawa Ibnu Taymiyyah menganggap "bahawa kafir akan sentiasa mahu memerangi". Dari sini timbul satu defence mechanism terhadap Islam. Kafir kena perang tak kira siapa. Kalau pemimpin Islam menindas, lebih baik dari pemerintah kafir yang baik. Dalam erti kata lain, ingin menegakkan ketuanan Islam.

Tahun 1300 Ibnu Taymiyyah menjadi leader dalam melawan Mongol di Damsyik. Dan dia secara terus menolak ilmu dari Greek dan Parsi yang telah dipelopori dulu. Akibatnya, selepas Mongol kalah perang, negara telah ditadbir oleh mereka yang bukan dari golongan saintis dan filosofi macam di Kota Baghdad dulu.

Kemudian Ibnu Kathir pula yang datang. Dari sini dia menubuhkan satu kumpulan mencari golongan murtad. Siapa yang murtad (atau menentang pandangan ulamak) akan dianggap murtad dan dihukum bunuh, which contradicting with Surah Al-Kafiruun. Kenapa doktrin Ibnu Kathir ini ada? Sebab dia adalah pengikut Ibnu Taymiyyah. So, dari situ, beribu-ribu orang mati dibunuh - hanya kerana disyak murtad. Jadi, rakyat jadi takut sebab mereka telah terlalu berkuasa dalam pemerintahan pasca-Mongol.

Kemudian datanglah Turki Uthmaniyyah. Tidak seperti ketamadunan sebelum ini yang berasaskan ilmu, Turki Uthmanniyah berasaskan ketenteraan. Dengan golongan pasca Ibn Taymiyyah seperti Ibnu Kathir dan lain-lain, rakyat tidak berani mempersoalkan Sultan, atau Khalifah as per say. Dan mereka menjalankan pemerintahan monarki dimana keturunan cucu cicit yang akan terus memerintah.

Beratus-ratus tahun dalam pemerintahan Turki Uthmanniyah, dengan harem penuh dengan gundek-gundek Sultan, ugama disebarkan melalui ketakutan bukan dengan keilmuan. Pembunuhan beramai-ramai Armenian Genocide pun dari perkara yang sama juga. Beribu-ribu warga Armenia yang Orthodox Kristian 'halal' ditumpahkan darahnya oleh pemerintah tanpa banyak bicara.

Sehinggalah perang Dunia pertama di mana Turki berpihak kepada Jerman dan Austria-Hungary, dan Turki tewas dalam perang itu. Dari situ, muncul golongan sekular, dari golongan The Young Turks menjadikan Turki sebuah negara republik. Dan aku pernah tanya orang yang lahir di Turki dan aku tanya, "kalau Turki jadi sebuah negara khalifah balik, kau setuju tak?" dia terus geleng seolah-olah macam tanya orang Melayu adakah patut wakil DAP jadi Perdana Menteri. Ya, orang Turki menolak sekeras-kerasnya pemerintahan khalifah macam orang Jerman ban Nazisme dan Adolf Hitler, tapi orang Melayu kat sini pulak gila nak jadi khalifah. Dan ada yang gila nak jadi Nazi.

So, selepas Perang Dunia Pertama, Mesir diperintah oleh British. Dalam pemerintahan British ni - they don't give a flying fuck about religion, mereka cuma mahu sumber ekonomi. Mereka bina Terusan Suez untuk mengangkut timah dan rempah ratus dari Timur ke negara mereka. Dan dalam masa ini, Muhammad Abduh telah muncul sebagai ilmuwan al-Azhar. Terkenal dengan quote "Di negara Barat saya tak nampak Muslim tapi saya nampak Islam, di sini saya tak nampak Islam, cuma Muslim", Muhammad Abduh menggalakkan harmoni antara Syiah dan Sunni untuk berbaik-baik.

Tapi - Muhammad Abduh ni ada dua anak murid yang terkemuka - Ali Abu Raziq dan Rashid Ridha. Ali mewakili jalur sekularisme dan Rashid mewakili jalur fundementalis. Dan apabila Muhammad Abduh meninggal, mereka berdua bersaing untuk mendapat pengaruh di Al-Azhar. Rashid Ridha memegang falsafah Ibnu Talmiyyah dan bertegas "kita perlukan kerajaan khalifah, dan tujuan kerajaan Turki Uthmaniyyah runtuh kerana Barat mahu hancurkan Islam". Tetapi Ali Abu Raziq berkata, "lebih baik kita berada di sebuah negara kafir yang adil kepada seluruh rakyatnya, daripada pemerintah Islam yang kejam dan menindas". Ini membuatkan mereka terus bertikam lidah. Dan semasa itu, golongan fundementalis bangkit - (seperti yang berlaku di Mesir sekarang - Ikhwanul Muslimin) nak menentang British. Dan fahaman Ali Abu Raziq ini disingkirkan dari Al-Azhar dan akhirnya dia jadi pengemis di Kota Qahirah.

Tetapi selepas itu Raja Farouk berjaya menubuhkan kerajaan monarki Mesir, tetapi selepas itu anaknya Raja Fuad II telah digulingkan oleh Gamal Abdul Nasser, yang sosialis. Nasser, seorang yang radikal telah menentang imperialisme seperti Soekarno dan Fidel Castro, dan bekerjasama dengan Soviet Union. Ini menjadikan Sayyid Qutb bangkit. Sayyid Qutb, yang datang dari pengikut Ikhwanul Muslimin - Hassan Al Bana - mengatakan Nasser ini pada mulanya baik sebab nak menentang British, tapi last-last jadi sekular. Jadi dari Sayyid Qutb ini berkata, seperti juga Ibnu Taymiyyah - dia berkata "darah orang kafir halal ditumpahkan - sebab saya pernah pergi Amerika dan melihat kerusakan bangsa mereka tanpa ugama suci". Dan pergerakan Rashid Ridha juga tersebar di Arab Saudi dan terbentuk ajaran Wahabbi - dari Ibnu Muhammad al Wahabb - yang dipengaruhi kuat oleh Ibnu Taymiyyah untuk menjadikan segala yang Arab diensemblekan dengan ugama Islam. Pakai serban misalnya, atau bela jambang. Atau pakai jubah. Dari sini Ibnu Saud memperkukuhkan kedudukannya sebagai keturunan Raja Saudi.

So, dari mana pulak datangnya serbanistas ini datang ke Tanah Melayu ni? Well, macam aku pernah tulis dalam entry Melayu pasca DEB dulu, Melayu urban djaman proto-DEB adalah Melayu yang liberal dan mereka tidak voyeurist macam sekarang. Tetapi selepas Tunku dan ramai lagi pemimpin negara Islam menubuhkan OIC, ada banyak pelajar yang dihantar keluar ke Al-Azhar untuk belajar ilmu ugama. Dan dari sini, mereka yang terpengaruh dengan Ibnu Talmiyyah balik ke Malaysia, bawak ajaran tu. Selepas DEB, penghijrahan Melayu dari luar bandar ke Kuala Lumpur semakin meningkat. Dan dengan geng-geng Al-Azhar ini datang, mereka membentuk satu golongan yang diberi nama ABIM. Dan "you-know-who" adalah leadernya. Dan bila "you-know-who" ini masuk dalam UMNO sebagai parti pemerintah, "you-know-who" ini membawa golongan ABIM ini masuk dalam UIA. "You-know-who" ini kemudiannya mengasimilasikan ugama dengan kaum Melayu. Dulu ustazah mak aku kat sekolah rilek tak pakai tudung, nowadays cikgu English pun pakai tudung. Dan dulu - kat sekolah budak Melayu rilek je pakai pinafour, now semua diwajibkan bertudung.

Dan kemasukan fahaman ini secara perlahan-lahan dalam pentadbiran Malaysia menjadikan apa yang ada sekarang ini. Dan "you-know-who" ini menerapkan fahaman sama seperti golongan di Mesir yang menentang Nasser dulu. Dan bila "you-know-who" ini diberhentikan kerja oleh Mahathir, suddenly dia buat 180 degrees turn dan keluarlah ayat "anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya anak India anak saya juga". Epik weh masa tu.

Tapi dalam masa sama, golongan-golongan dari geng "you-know-who" ini, yang menjadi ahli UMNO masa "you-know-who" ini masuk, telah bersarang di JAKIM, JAIS, JAWI, dan macam-macam lagi jabatan ugama. Dari sini seperti djaman Ibnu Kathir yang sentiasa memburu orang murtad, sama juga dengan djaman sekarang - cuma bezanya mereka skodeng dan mencari pasangan yang sedang bercumbu dalam bercinta. Kita jadi voyeurist nation pada hari ini adalah kerana kuasa dan wang, ekonomi dan politik.

Dan somehow, Saudi yang buat hukum hudud, supply petroleum kepada Israel. What a wonderful world.

Akhir sekali, haram bagi kamu meminum Ribena sampai mabuk. Terima kasih.
Related Posts with Thumbnails